Tuesday 31 January 2012

Gambar: Sekitar Ceramah Umum Malam Kemuncak Di Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-60 PAS Peringkat Parlimen Bera

Ahad malam pada 29 Januari 2012 merupakan kemuncak kepada Majlis Sambutan Ulangtahun PAS Ke-60 Peringkat Parlimen Bera. Malam kemuncak ini dipenuhi dengan acara ceramah umum dari para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO. Lokasi yang sama iaitu di Markas Tarbiyyah Darul Ikhwan, Mengkarak, Bera, Pahang.

Ucapan pembukaan dimulakan oleh YDP PAS Kawasan Bera iaitu Ustaz Sulaiman Mohd. Kemudian dikuti oleh YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang / ADUN Triang), Sdr. Mazlan Aliman (ANAK / AJK PAS Pusat), Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS / PJ Pahang), Che'gu Bard (Solidariti Anak Muda Malaysia) dan DS Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS).

Seperti biasa, biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakam.

YDP PAS Kawasan Bera, Ustaz Sulaiman Mohd


YB Leong Ngah Ngah dengan ceramahnya yang banyak menyentuh mengenai kasih sayang sesama manusia yang melangkaui sempadan kaum dan agama


Antara masyarakat yang hadir


Sdr. Mazlan Aliman sempat bersembang dengan DS Tuan Guru Haji Hadi Awang

Sdr Mazlan Aliman dengan ceramahnya yang banyak menyentuh isu Felda dan peneroka


Che'gu Bard dengan ceramahnya yang penuh bersemangat



Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyentuh tentang isu Lynas yang diibaratkannya bagai bom jangka di Pahang



DS Tuan Guru Haji Hadi Awang penceramah akhir dengan isi ceramahnya yang menyentuh serba sedikit sejarah kerajaan Islam zaman Rasulullah dan sahabat baginda



Rakan-rakan SAMM menjual baju T Asalkan Bukan Umno (ABU) dan pelbagai lagi produk SAMM



Sampai di sini sahaja laporan dari BTJ. Terima kasih kepada urusetia media majlis ini yang memberi ruang kepada BTJ untuk merakam gambar.

Hebahan: Ceramah Perdana Di Markaz PAS Sungai Gau


Hebahan: Majlis Perasmian Pusat Dakwah Muslim Care Malaysia Di Gombak


Program begini lebih baik dari Festival Fesyen Islam Rosmah! Hahahahahahahaha

Hebahan: Malam Derita Bangsa


Seni untuk melawan.
Lawan dan terus melawan!

Hebahan: Bonanza Amal Hope 2 Walk


Mari menjadi menusia.
Manusia yang punya kasih sayang dan cinta.
Perasaan kasih yang meruntuhkan tembok perbezaan agama, warna kulit dan bangsa.


Monday 30 January 2012

Gambar: Sekitar Ceramah Umum Di Majlis Sambutan Ulangtahun PAS Ke-60 Peringkat Parlimen Bera

Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-60 Penubuhan PAS Peringkat Parlimen Bera diadakan bermula dari Jumaat hingga Ahad iaitu 27 hingga 29 Januari 2012 yang berlangsung di perkarangan Markas Tarbiyyah Darul Ikhwan, Mengkarak, telah berjalan dengan jayanya. 

Pelbagai program dan acara yang mesra rakyat dianjurkan. Alhamdulillah BTJ difahamkan semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit halangan seperti hujan yang di luar kawalan.

BTJ sampai pada petang Sabtu dan agak kepenatan lalu berehat dan tidur dulu. Jadi program di waktu malam adalah menjadi sasaran iaitu ceramah umum yang bakal disampaikan oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang umum mengetahui kehebatan mereka ini.

Antara yang hadir memberikan ceramah pada malam itu ialah Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar dan juga Timbalan Presiden PAS yang namanya tidak asing lagi iaitu Mat Sabu.

BTJ tidak mahu mencoret panjang mengenai ceramah umum ini. Namun bagi yang hadir, banyak pendedahan yang telah mereka dapat. Pendedahan ini tidak mungkin akan dapat dibaca di media cetak atau media elektronik perdana yang umum sedia tahu dikawal oleh sang penguasa.

Biarlah gambar memberi seribu cerita mengenai sekitar ceramah umum yang berlangsung ini. Lihat gambar-gambar di bawah.

Ahmad Nizam Hamid Sedang Menyampaikan Ceramah

YB Nurul Izzah Yang Baru Tiba Bersalaman Dengan Para Muslimat Yang Hadir


Muslimin & Muslimat Yang Hadir




Ceramah Oleh YB Nurul Izzah





Ketibaan Mat Sabu



Ceramah Oleh Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar

Kaunter Semakan Daftar Pemilih Yang Disediakan



Ceramah Oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim


Bacaan Puisi Yang ditujukan Khas Buat Peneroka Yang Hadir

Perasmian KERABAT

Ceramah Oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu


Inilah antara gambar yang BTJ telah rakam di sekitar ceramah umum pertama bagi majlis ini. Akan bersambung ke ceramah malam kemuncak iaitu malam akhir yang akan dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.