Monday 27 February 2012

Gambar: Sekitar Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan

BTJ bersama-sama dengan 2 orang lagi sahabat sempat berhujung minggu di Kuantan pada 26 Februari baru-baru ini. Samtu malamnya kami menjamu selera dari Tanjung Lumpur iaitu medan selera makanan laut yang terkenal di Kuantan. Ya, bandar ini cukup menarik hingga pernah mendapat jolokan "Hatyai Malaysia". 


Menumpang tidur di rumah seorang kawan telah menjimatkan belanja kami di sana. Terima kasih kepada kawan tersebut. Rumah beliau telah menjadi pusat untuk tidur bagi komrad-komrad yang akan turun di Himpunan Hijau 2.0.


Tidak sangka sambutan bagi himpunan ini begitu baik hingga ribuan manusia memenuhi padang. Pelbagai bentuk protes ditunjukkan oleh mereka yang hadir iaitu dari banner hinggalah sketsa. Semuanya begitu dan tambah menarik lagi semua ini adalah hasil inisiatif sendirian berhad atau secara berkumpulan.


Ramai juga pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat yang hadir dan tidak kurang juga wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia. Semuanya begitu bersemangat walaupun cuaca pada mulanya panas terik dan syukur masa dipertengahan program himpunan, awan mendung melindungi peserta dari hangat cahaya matahari.


Himpunan dikawal ketat juga oleh pihak berkuasa dan ucapan terima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program himpunan berlangsung. Tiada provokasi atau perkara yang tidak diingini berlaku. Himpunan Hijau 2.0 tamat sekitar jam 11.30 iaitu agak awal dari masa yang ditetapkan.


Sampai di sini BTJ mencoret. Silalah melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar itu bisa membawa seribu cerita.

























P/s: Siap sedia untuk Himpunan Hijau 3.0!










Sunday 26 February 2012

Menjamu Selera Di Tanjung Lumpur

Sampai di Kuantan malam telah di pangkal lewat. Perut agak lapar. Di Kuantan ini lokasi makanan yang sedap ialah Tanjung Lumpur.

Terus ke Tanjung Lumpur untuk menjamu selera. Kami makan di benteng kampung Tanjung Lumpur. Lala, ikan kerapu dan pari menjadi bahan asas menu yang dipesan.

Makan dengan bersemangat hingga menjilat sepuluh jari. Lebih menjilat jari dari KFC. Tidak sabar untuk berhimpun esok. Ayuh!

Gambar: Ustaz Azhar Idrus Di Temerloh

Memang ramai dan terbaik sebab audien yang datang sanggup berpanas hanya kerana mahu bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. BTJ sempat ke sana dan bersyukur ada pencerahan mengenai agama Islam yang boleh didapati secara santai dan gembira. Inilah pendekatan cara baru yang perlu dipraktik dan digunapakai oleh ramai pendakwah untuk mengambil hati anak-anak muda.

BTJ tidak mahu mencoret panjang. Biarlah gambar menceritakan segalanya. Ustaz Azhar Idrus memang terbaik.












Harap Ustaz Azhar Idrus akan datang lagi ke Temerloh.

Esok Kita Berkumpul Di Padang MPK 4 Kuantan!






Saturday 25 February 2012

Protes Juga Boleh Dalam Tandas

Sarapan dengan dua orang kawan masa sekolah menengah dulu berakhir sekitar jam 9. Menghantar kawan ke destinasinya dan kemudian memandu terus ke Pahang. Pasti singgah dulu di Temerloh untuk menyaksikan soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus di Taman Kubang Gajah. Petang baru ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 bantah Lynas.

Sebelum memasuki lebuhraya LPT, singgah buang air sebentar di stesen minyak Shell sebelum tol Gombak. Agak terkejut melihat dinding dan pintu tandas yang diconteng dengan kata-kata yang berbentuk protes kepada kerajaan UmnoBN.

Kebiasaannya hanya contengan kata-kata berunsur seks dan no. telefon gadis-gadis untuk dihubungi. Siapa yang berminat boleh cuba mendail. Siapa yang menulis semua ini pasti tiada siapa yang tahu.

Apa yang jelas di sini, protes itu dilakukan di mana-mana sahaja. Masa termenung pun tidak terkecuali rupanya.

Mari anak-anak muda tunjukkan rasa protes anda. Protes itu tiada sempadan tempat dan waktu. Asalkan ia protes dan Asalkan Bukan Umno!

Mungkinkah Padang MPK 1 Dipagar Untuk Dijadikan Kandang Lembu?

Ini strategi hendak menyulitkan perhimpunan diadakan.
Ini hanya strategi untuk menggagalkan perhimpunan.
Rakyat seluruh Malaysia sudah memasuki Kuantan ketika ini.
Rakyat seluruh Malaysia sudah mula memenuhi Kuantan ketika ini.
Pada yang tidak upaya untuk ke Kuantan sudah ada lokasi alternatif.
Padang MPK 1 sudah bertukar ke MPK 4.
Jika MPK 4 tidak dibenarkan, rakyat berhimpun di jalan!

Petunjuk Ke Padang MPK 4


Lokasi & Jadual Himpunan Hijau 2.0 Luar Kuantan


Himpunan Hijau 2.0 di Sungai Petani


P/s: Jika padang MPK 4 tidak cukup luas, kita berkumpul di atas jalan!
Hahahahahahahahaha


Friday 24 February 2012

Menanti Hari Untuk Melawan!

Ini rasa yang ada dalam jiwa anak muda.
Ini rasa yang ada untuk melihat negara bersih dari segala pencemaran.
Ini rasa yang ada iaitu mahu melihat semua rakyat dalam keadaan selamat.
Ini rasa yang ada iaitu mahu menghalau Lynas dari Malaysia!!!


Ayuh anak-anak muda kita turun Kuantan Ahad ini!!!





Ahad Kita Berkumpul Di Kuantan!

See you this Saturday night at TC & Sunday morning at Padang MPK4, Kuantan !

Citizens to take to the street to stop Lynas


Press Statement of Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) February 24, 2012

SMSL urges the authorities to exercise restraint to allow citizens their democratic rights and to give them the 
space to peacefully express themselves in the forthcoming Sunday’s Himpunan Hijau 2.0 rally in Kuantan.

Chairperson of SMSL, Mr Tan Bun Teet explained, “The people have fought hard to stop Lynas and a number of other environmental problems. It is our duty as responsible and caring citizens to keep our country and our family safe.”

Earlier this month, a temporary operating licence was issued to Lynas Malaysia, a wholly owned operation of Australia’s Lynas Corporation,for its controversial rare earth refinery plant in Gebeng, an industrial estate about 20 km from Kuantan.

“We have tried every possible avenue and yet the Government has gone ahead with its bad decision which threatens our future. It is understandable that this will spark outrage and anger amongst people.” Said Haji Ismail Abu Bakar, Vice-Chairperson of SMSL.

He added, “Many families living in kampungs along the coast in Pahang will be directly affected once Lynas starts to dump its waste water into the South China Sea. These families depend on the seafood and tourism industry. They run small businesses to sustain their livelihoods. Who will want to buy contaminated seafood? Who will want to holiday next to a toxic plant?”

SMSL is disappointed that the Government has not taken on board grave concerns of the public which leave the people no choice but to take to the street to protest. The injustice is felt everywhere, not just in Kuantan but the whole of Malaysia. The good reputation of Malaysia is at stake over the handling of this issue.

The Lynas issue is a problem for ALL Malaysians. The pollution will spread over a wide area,even into our ASEAN neighbours through the South China Sea. Contaminated seafood and agricultural produce can create serious food safety issue not just for the people of Kuantan but to all the consumers of agriculture and seafood and seafood products. Air pollution from the Lynas plant can be carried far and wide by the north eastern monsoon wind.

Where will Lynas find a permanent location for its waste? Which state in Malaysia or which town in Pahang will be the next target?

Having a polluting industry will deter investment from clean technology and ethical companies which is the way of the future. Rare earth oxides are crucial raw materials but locating it in an ecologically sensitive area so close to so many families is a bad and regressive move.

“SMSL has engaged a strong team of experts to prepare for our legal action with the help of the Pahang Bar. We have strong grounds and we want to leave no stone unturned to present the strongest possible case. Letting Lynas operate is NOT an option.”

This Sunday, SMSL and our members and supporters will be gathering next to the site of the previous tennis court near Padang MPK4 at Jalan Kemunting to meet and greet our interstate supporters. We want to thank them in person for their tremendous effort and support to create a better future for Malaysia.


SMSL will also be present at the Teluk Cempedak precinct on Saturday night to provide the public with information on the Lynas project.


P/s: Jumpa kita di sana.
Anak-anak muda yang tidak datang memang rugi!!!
Anak-anak muda yang tidak datang memang tak muda!!!
Hahahahahahahahaha

Thursday 23 February 2012

Bukti Putera Umno Terlibat Buat Kacau Di Ceramah Anwar Di Johor!!!


Ini bukanlah perkara yang mengejutkan bagi BTJ. Perkara sebegini memang banyak dilakukan oleh puak-puak UmnoBn untuk memberi tekanan kepada parti lawannya. Namun, zaman kini yang telah maju dan rakyat sudah bijak untuk berfikir telah menyusahkan propaganda jahat UmnoBN ini.

Kereta Anwar kemek dan cermin depan retak. Ada peserta yang dilastik, letupan mercun dan pelbagai lagi. Ini semua adalah teknik orang yang sudah mati akal. Sudah tiada cara untuk menambat hati rakyat, jadi teknik jahat sebegini adalah jalan akhir yang ada untuk menewaskan pihak parti lawan.

Saya tidak mahu mencoret panjang tentang UmnoBN. Saya pasti ramai yang sudah meluat dan bosan dengan UmnoBN dan pastikan kita tumbangkan UmnoBN pada PRU 13 nanti.

Bukti Putera Umno terlibat BTJ dapat dari sebuah blog dan sila layari blog ini untuk lebih kepastian.


Ini post mamat ni yang penat selepas membuat kacau di majlis ceramah Amnwar


Inilah gambar yang lebih jelas. Lihat pada logo dan tulisan di atas poket bajunya. Logo apa tu?

BTJ hanya memanjangkan info ini. Pihak berkuasa perlu memainkan peranannya apabila ada pendedahan sebegini. Mungkin Menteri KDN sendiri boleh turun padang untuk menyiasat dan menangkap ahli Putera Umno ini.


Mari Berhimpun Halau Lynas!