Wednesday 9 November 2011

Haji Twitter PM Malaysia

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak dan keluarganya telah pergi menunaikan haji. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk pergi ke sana. Pelbagai cerita dan gambar dapat di lihat di laman sosial facebook. Kelihatannya Najib Razak dan keluarga senang ketika berada di Mekah. Buktinya anda boleh lihat gambar di bawah.



Seperti dalam gambar nombor dua, pastilah tiada banyak masalah untuk Najib Razak dan keluarga untuk mengerjakan haji kerana mereka dikelilingi oleh pengawal keselamatan Arab Saudi. Beginilah mudahnya haji seorang pemimpin Islam di sebuah negara yang kononnya negara Islam.

Dalam kawalan keselamatan ketika menunaikan haji ini, tidak hairanlah Najib Razak berkesempatan untuk ber-twitter untuk memberitahu rakan-rakan twitter-nya tentang perkembangan beliau di sana. Tidak pasti pula saya adakah itu Twitt dari Najib Razak sendiri atau admin yang melakukan twitt tersebut. Walaubagaimanapun, wajarkah Najib Razak melakukan perkara ini ketika beliau menunaikan haji? Mungkinkah beliau ada agenda lain? 

Marilah kita sama-sama fikirkan. Di bawah adalah print screen dari twitter Najib Razak ketika beliau menunaikan haji. Sila baca dan hayati.


Inilah namanya Haji Twitter!

Pasukan blog BTJ sokong 8 tuntutan Bersih 2.0 dan tuntutan tersebut mesti ditunaikan sebelum diadakan PRU-13!


No comments: