Thursday 12 January 2012

Siapakah Pemilik Cek RM300,000.00 ini?


Cek siapa RM300,000.00 ni?

 

Cek yang tertera di atas adalah sekeping cek yang dikatakan telah dibayar oleh syarikat milik AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang, Dato’ Yahya Abd Jalil, Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada penama yang tertera di dalam cek itu.

Jumlahnya sememangnya amat besar bagi kita rakyat marhaen ini, namun dengan jumlah RM300,000.00 itu ianya masih tidak cukup untuk membayar 10% wang pendahuluan bagi membeli sebuah kondominium seperti yang telah dibeli oleh keluarga Shahrizat seperti di SINI ataupun di SINI.

Namun begitu ianya adalah mencukupi untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini..


Atau untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini..


Tetapi tidak mencukupi untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini.


Dan ianya juga adalah tidak mencukupi untuk membeli secara tunai lain-lain kereta yang boleh dilihat di SINI

Kalau korang nak tahu siapa sebenarnya penama didalam Cek tersebut dan ingin mengetahui dari parti manakah beliau samada PKR, PAS , DAP atau parti yang giat memperjuangkan nasib melayu iaitu UMNO.. silalah lihat di SINI.





No comments: