Saturday 25 February 2012

Protes Juga Boleh Dalam Tandas

Sarapan dengan dua orang kawan masa sekolah menengah dulu berakhir sekitar jam 9. Menghantar kawan ke destinasinya dan kemudian memandu terus ke Pahang. Pasti singgah dulu di Temerloh untuk menyaksikan soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus di Taman Kubang Gajah. Petang baru ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 bantah Lynas.

Sebelum memasuki lebuhraya LPT, singgah buang air sebentar di stesen minyak Shell sebelum tol Gombak. Agak terkejut melihat dinding dan pintu tandas yang diconteng dengan kata-kata yang berbentuk protes kepada kerajaan UmnoBN.

Kebiasaannya hanya contengan kata-kata berunsur seks dan no. telefon gadis-gadis untuk dihubungi. Siapa yang berminat boleh cuba mendail. Siapa yang menulis semua ini pasti tiada siapa yang tahu.

Apa yang jelas di sini, protes itu dilakukan di mana-mana sahaja. Masa termenung pun tidak terkecuali rupanya.

Mari anak-anak muda tunjukkan rasa protes anda. Protes itu tiada sempadan tempat dan waktu. Asalkan ia protes dan Asalkan Bukan Umno!

No comments: