Thursday 28 June 2012

NFC Dicabar Pulang Wang Rakyat

Rafizi Ramli dicabar pulang wang rakyat


SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicabar untuk memulangkan kembali wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan ekonomi Selangor kerana lebih gemar berpolitik.

“Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan,” katanya.

Sohaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.

Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.

“Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu,” katanya. Justeru katanya, Rafizi juga perlu meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebaliknya lebih banyak beretorik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badrudin berkata, peletakan Rafizi itu juga membuktikan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor semakin bergolak dan hilang hala tuju.

Katanya, rakyat perlu membuka mata melihat sendiri pergolakan dan perebutan kuasa yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga menjejaskan tumpuan dalam usaha memajukan ekonomi Selangor.

“Mereka ini tidak mempunyai keutamaan kepada rakyat, sebaliknya hanya mengejar jawatan untuk kepentingan diri dan agenda peribadi semata-mata,” katanya.

Sinar Harian Online

P/s: Alang-alang cabar Rafizi
Cabarlah mak cik Shahrizat sekali
Minta pulangkan wang rakyat jutaan ringgit tu

Minta Najib letak jawatan PM
Sana sini habiskan wang rakyat
Lepas letak jawatan pulangkan wang rakyat yang digunakan


Berani ke tak nak minta?


Hahahahahahahaha!!!


Ahad ini kita ke #Occupy Temerloh



No comments: