Saturday 31 March 2012

Earth Hour 2012

Tidak kira apa kaum, agama dan fahaman politik.
Masa ini adalah untuk kita bersama.
Bumi ini adalah milik bersama.
Berilah masa untuk bumi kita.
Hanya untuk satu jam.
8.30 malam hingga 9.30 malam.



Jelajah Anak Muda SAMM


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.

Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.

Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.

Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.

SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.

Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/  .

Pertemuan-pertemuan(seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.

Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;

10 April (5.30 ptg) JOHOR 
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS 
13 April (5.30 ptg) P.PINANG 
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR 
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN

Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda!

Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM

4 April Di Temerloh




















Kempen Kita!



Friday 30 March 2012

Gambar: Sekitar Ceramah Anwar Ibrahim @BB Bangi

Melihat kepada jumlah kehadiran di ceramah kali memang membanggakan. Semuanya datang dengan sendiri tanpa ada sesiapa yang mengarahkan. Itu BTJ sangat percaya dan pasti.

BTJ lihat ramai anak-anak muda begitu bersemangat dan berminat dengan setiap butir-butir kata yang disampaikan oleh para penceramah. Walaupun ini hanya sekadar komunikasi satu hala yang lebih kepada sebuah kempen politik, tetapi ia satu permulaan yang baik apabila ramai anak-anak muda sudah mula berminat dan ambil tahu tentang situasi politik dalam negara.

Cukuplah sekadar di sini sahaja. BTJ tidak dapat mengulas tentang ceramah yang disampaikan kerana fokus BTJ untuk merakam gambar. Berikut adalah gambar yang sempat BTJ rakamkan.
















Sekian.


Thursday 29 March 2012

Hebahan: Malam Ini Anwar Ibrahim Di BB Bangi

Kepada penduduk sekitar BB Bangi, Kajang, Serdang, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain kawasan yang berhampiran, mari turun ramai-ramai.
Biar penuh kawasan stadium.
Biar sampai takde tempat untuk SB.
Hahahahahahahaha!!!


Wednesday 28 March 2012

Apakah Respon KM Melaka Tentang Isu YB Yang Diperiksa Di Sebuah Pusat Hiburan Itu?

Tidak mungkin akhbar Sinar Harian memenyiarkan berita yang tidak benar atau menipu. Ya, walaupun akhbar media perdana di Malaysia ini seperti Utusan Malaysia, Berita harian dan juga tidak ketinggalan iaitu media elektronik seperti RTM dan TV3 yang produk beritanya sangat bias dan pernah berlaku beberapa penipuan yang berjaya dibongkar oleh masyarakat. 

BTJ agak bingung dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka iaitu Ali Rustam yang seperti tidak dapat menerima dakwaan bahawa ada YB Melaka yang terlibat sama diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sana. Berita ini bukan disiarkan oleh akhbar milik Pakatan Rakyat tetapi ia adalah akhbar media perdana yang pada BTJ agak bebas dari mana-mana kuasa politik. Kenyataan KM Melaka yang seperti tidak percaya itu boleh dibaca di portal berita Malaysiakini atau boleh terus lihat gambar di bawah ini.


Jelas sekali KM Melaka tidak menyiasat dulu dakwaan ini tetapi terus mendakwa bahawa ini adalah fitnah yang dilontar pihak pembangkang. Inilah masalahnya apabila menjadi Ketua Menteri tetapi kurang bijak. BTJ juga mempersoalkan adakah perlu laporan dibuat kepada polis atau pihak-pihak tertentu dulu kemudian baru KM Melaka ini akan mengambil tindakan atau siasatan? BTJ juga tertanya-tanya apakah perlu laporan polis dibuat dalam kes ini sedangkan YB yang diperiksa tersebut memang diperiksa oleh pihak polis. Jika menanti pihak pembangkang atau mana-mana NGO membuat laporan polis, BTJ rasa itu hanya membuang masa dan tiada keperluannya. Adakah kenyataan KM Melaka ini hanya sekadar mahu mengelak dari menjawab tentang isu ini?

Baiklah, jika ada yang belum tahu dan hendak tahu tentang kes ini atau KM Melaka sendiri juga hendak tahu, berita mengenai kes ini disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. BTJ memperolehi berita ini melalui akhbar Sinar Harian atas talian yang bertajuk Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa. Berita tersebut bertarikh 25 Mac 2012 dan wartawannya pula ialah Siti Shahrosamirah Shaharman. Jika tidak percaya BTJ ada gambarnya di bawah ini.


Jika ada mana-mana ahli Umno yang membaca post ini, silalah tunjukan kepada KM Melaka supaya beliau boleh menyiasatnya. Saranan BTJ kepada KM Melaka supaya tidak hanya membaca akhbar Utusan Malaysia tetapi bacalah juga akhbar lain seperti Sinar Harian ini.

Sekian.


Tuesday 27 March 2012

Gempar!!!: Risiko Lynas Telah Terbongkar!

BTJ dapat info ini dari wall seorang kawan di facebook. Berikut adalah post kawan tersebut.



TERBONGKAR !! .. Lynas senaraikan RISIKO dalam Laporan Tahunan sykt itu bagi tidak mengelirukan pemegang sahamnya. Rakyat boleh ditipu, tapi tidak kepada Pemegang SAHAM LYNAS. Kenapa Pemimpin UMNO BN termasuk PM dan MB kata Lynas tiada RISIKO dan TIDAK BAHAYA kepada keselamatan penduduk?. CEO Lynas boleh tipu kerajaan Malaysia, tapi akhirnya ianya terbongkar. Mara sebarkan maklumat ini dan pastikan rakyat terus bangkit menolak projek itu. Keselamatan dan kesihatan rakyat itulah yang perlu diutamankan, bukan poket masing2 !! Terima kasih Tahir Nisa atas maklumat terbaru ini. "Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas. Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi. Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata. Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan oleh mereka dengan terperinci". 

Ini pula gambar yang tertera senarai risikonya. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar.




Tolak Lynas & Tolak Umno!
PRU 13 - Asalkan Bukan Umno!


Masihkah Jalanraya Pilihan Anak Muda?

Malam tadi iaitu pada jam 9 malam, Isnin 26 Mac 2012 telah berlangsung sembang santai atau boleh juga dikatakan forum santai yang bertempat di Nuin Cafe Bandar Baru Bangi. Kehadiran anak-anak muda mahasiswa agak kurang. Mungkin publisiti tidak cukup meluas dilakukan.

Panel yang hadir terdiri daripada 3 orang iaitu Fahmi Redza ( aktivis anak muda), Bro Shake (Free Public Forum) dan Adam Adli (aktivis mahasiswa). Ketiga panel ini begitu santai dalam berdiskusi dan memberi respon dalam isu anak muda, demonstrasi, pilihanraya dan juga jalanraya.

Secara mudahnya BTJ simpulkan bahawa ketiga-ketiga panel bersetuju dengan pilihan ke jalanraya dan juga menyatakan bahawa demonstrasi jalanraya masih relevan selagi ada segolongan masyarakat yang tertindas mahupun teraniaya.

Komen BTJ pula, pilihan ke jalanraya ini merupakan satu pilihan yang terbaik bagi segolongan minoriti yang tertindas bagi menyatakan rasa protes mereka. Jika saluran yang formal disediakan tetapi tidak memberi apa-apa kesan, maka jalanraya adalah pilihan yang terbaik. Ini juga ditegaskan oleh Fahmi Redza.

Bagi BTJ, mahasiswa dan anak-anak muda sekarang dilihat sangat sedikit yang menunjukan sifat-sifat aktivisme. Tidak mahu ditunjukan atau mereka ini tiada sifat tersebut. Dalam soal ke jalanraya ini, budaya aktivisme itu sangat penting. Turun ke jalanraya sebagai seorang aktivisme. Itu prinsip yang sepatutnya dipegang golongan anak muda dan mahasiswa ini.

Sampai di sini sahaja BTJ mengulas. Selebihnya adalah gambar yang sempat BTJ rakamkan malam tadi. Walaubagaimanapun, program sangat sempoi dan BTJ seronok menyertainya. BTJ akan terus menyokong program sebegini dan moga akan diadakan selalu.






Sekian.


Hebahan: Program Keadilan Cabang Temerloh "Aku Bekas Umno"

Program ini wajib kepada semua rakyat Temerloh untuk hadir.
Program ini adalah cerita pengalaman dari bekas-bekas pemimpin Umno.
JIka nak tahu apa ceritanya, silalah hadir.
Pasti tak rugi!
Hahahahahahaha!!!
Jika Umno ada Ezam Hassan Ali, Pakatan Rakyat tidak kurang juga hebatnya.
Asalkan Bukan Umno!


Monday 26 March 2012

Inikah Rupa YB Melaka Yang Ditahan Di Pusat Hiburan Itu?

Baru-baru ini ada kisah yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian iaitu berita mengenai seorang YB di Melaka antara 27 yang diperiksa ketika serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. Berita mengenainya boleh di baca di post ini.


Melalui blog ini pula, gambar YB tersebut telah didedahkan dengan jelas sekali. Melihat dari gambar yang didedahkan ini, YB tersebut seperti dari parti Umno kerana melihat pada rupanya yang segak bersongkok.


Jika benar ini YB yang dimaksudkan dalam akhbar Sinar Harian itu, jadi YB Umno juga ada yang terlibat dengan tabiat seperti ini. Ya, Umno dan hiburan memang tidak dapat dipisahkan. Bolehkah BTJ kata begitu? Anda jawablah soalan ini dengan jujur.


Inilah gambar YB tersebut. 



Saya tidak mahu menyatakan namanya di sini. Nanti terlalu aib pula kerana orang ini mempunyai nama yang bercirikan Melayu dan Islam. Tambah lagi orang ini baru sahaja dilantik oleh Ali Rustam sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka.

Jika anda bersetuju dengan apa yang YB ini lakukan, anda boleh terus undi Umno iaitu bermakna anda mengundi untuk dangdut dan hiburan. Jika tidak bersetuju, silalah undi selain UmnoBN atau kata yang lebih mudah, ABU!

Sunday 25 March 2012

Ada Juga Masjid Yang Melarang Orang Membaca Di Dalamnya. Hahaha

Baru-baru ini BTJ ronda-ronda dengan seorang kawan di KL. Kawan masa belajar di universiti dulu. Boleh juga dikatakan sebagai reunion walaupun hanya berdua. Hahaha.

Sampai masa azan Maghrib berkumandang, kami mendapatkan masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. Masjid itu sudah agak biasa bagi kawan BTJ tetapi belum biasa bagi BTJ. Selama ini hanya lalu dan melihat dari luar sahaja.

Usai solat berjemaah, kami pun keluar dari masjid ini. Ada program ilmu tetapi hati tidak tertarik pula untuk mendengar.

Ada papan peringatan yang agak menarik di masjid ini. Kawan BTJ juga tergelak melihatnya.

Tidak sangka ada larangan untuk membaca di dalam masjid. Kata kawan BTJ, ini adalah teknik-teknik membodohkan orang Melayu dan Islam. BTJ bersetuju.

Sebagai bukti BTJ sempat merakam gambarnya.

Sebelum Ubah Persepsi Rakyat Terhadap PDRM, Kita Ubah Kerajaan Dulu!

Sinaran Hairan: PDRM perlu ubah persepsi rakyat, kata KPN

KUALA LUMPUR - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi kepolisan dengan memantapkan kualiti perkhidmatan demi kepuasan orang ramai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata persepsi sesetengah masyarakat terhadap perkhidmatan polis yang didakwa tidak "memuaskan" perlu ditangani bagi menjaga kredibiliti pasukan yang telah wujud sejak 205 tahun lalu.

"Usaha menangani persepsi bermula dari akar umbi, dan anggota yang berdepan dengan orang ramai atau 'frontliners' mestilah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka malam tadi.

Ismail berkata amalan integriti dalam diri setiap pegawai dan anggota polis akan menyerlahkan lagi sifat profesionalisme malah gandingan kedua-dua sifat itu, yang juga merupakan "magna carta" PDRM, akan berjaya meningkatkan lagi persepsi positif masyarakat terhadap pasukan tersebut.

Beliau berkata PDRM amat mengalu-alukan semangat 'voluntarisme' di kalangan belia, penduduk kawasan perumahan, masyarakat sivil, penjawat awam dan sektor awam yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada polis dalam membanteras jenayah serta menjaga keharmonian rakyat.

Ismail berkata beberapa langkah awal telah dimulakan di ibu kota untuk mengimplementasi projek 'World Class Policing' untuk menjadikan Kuala Lumpur tersenarai dalam Global Top 20 sebagai bandar yang sesuai didiami menjelang tahun 2020.

"Sasaran PDRM ialah untuk menyediakan sistem keselamatan dan infrastruktur bertaraf antarabangsa dapat direalisasikan.

"Ini adalah sebahagian inisiatif penjenamaan semula PDRM untuk mencapai matlamat transformasi polis agar setaraf dengan agensi kepolisan di negara maju," katanya.

Beliau juga berkata tema "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami" untuk sambutan Hari Polis kali ini dianggap satu ikrar untuk memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan. - Bernama

P/s: tak payah sudah-sudah nak ubah persepsi rakyat.

Yang penting ubah perangai-perangai polis kat luar sana tu termasuk pegawai-pegawai tinggi dan KPN sendiri!

Nak ubah persepsi tetapi perangai tak ubah baik tak payah!

Polis kena berhenti jadi balaci pemimpin Umno!

Barulah persepsi rakyat akan berubah itu pun sedikit je.

Hahahahahahahaha!!!

Hapuskan rasuah secara total dalam PDRM!

Barulah persepsi rakyat akan berubah itu pun sedikit je.

Hahahahahahahaha!!!

Sebelum ubah persepsi rakyat, kita ubah kerajaan dulu!

Humbankan Umno, biar Pakatan Rakyat memerintah!

Malam Ini Ramai-ramai Di Temerloh!




Seorang YB Antara 27 Yang Diperiksa Di Melaka

Sinaran Hairan: Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

P/s: Agak-agak YB parti mana yang terlibat diperiksa oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka ini?

Agak-agak YB parti mana yang mengunjungi pusat hiburan di Melaka ini?

Agak-agaknya kenapa wartawan Sinar Hairan ini tidak mendedahkan identiti YB tersebut?

Agak-agak kenapa tidak didedahkan YB ini dari parti mana?

BTJ agak jika ia YB dari parti pembangkang, pasti jadi berita utama muka depan Sinar Hairan.

Ini double standard!

Jika sesiapa ada info atau gambar, sila info pada BTJ.

Biar kita dedahkan!

Hahahahahahahahahaha!!!

Malam Ini Di Temerloh!


Saturday 24 March 2012

Video: Beginikah Polis Malaysia?


Ini bukan polis tapi samseng.
Jika benar ini polis, maka ini adalah polis samseng!

Sah PM Malaysia Tali Barut AS!


Sinaran Hairan: Susulan sekatan AS, Malaysia henti import minyak Iran


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu 
dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari 
ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. - Bernama

P/s: Cuba baca berita ini betul-betul.

Tindakan PM Malaysia sudah mendahului AS.

Apa maknanya?

Maknanya PM Malaysia nak mengampu AS!

Ini jelas PM Malaysia jadi tali barut AS dalam isu sekatan ke atas Iran ini.

Ini bermakna PM Malaysia juga bersetuju dengan sekatan yang AS bakal lakukan.

Iran adalah sebuah negara Islam.

Walaupun Iran berfahaman Syiah, tetapi ia tetap Islam!

Buka mata buka hati.

Kita tidak perlu simpan PM macam ni lagi.

PRU 13 kita buang PM ini!

28 April 2012 kita gegar KL!

Berhujung Minggu Di Temerloh!


Friday 23 March 2012

Hebahan: Rapat Rakyat Perdana Di Ampang Bersama DSAI

Anak-anak muda sekitar KL dan Selangor wajib turun.
Bawa keluarga.
Ajak jiran.
Ajak rakan-rakan.
Biar lautan manusia memenuhi Padang Awam Taman Kosas Ampang ini.



Beginikah Rupa Anak Menteri Ketuanan Melayu?

Agak-agak berapa keputusan SPM anak menteri ini?
Agak-agak berapa banyak duit yang anak menteri ni ada?
Agak-agak anak menteri ni baik ke?
Agak-agak anak menteri ni faham makna wasatiah ke?
Agak-agak anak menteri ni sokong ketuanan Melayu ke?
Agak-agak anak menteri ni akan sokong Hassan Ali JATI ke?

Mkini: Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri 

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.


Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Balut Nangka Ke Tu? Hahaha

Lagi gelak untuk hari Jumaat.


Gelak puas-puas di hari Jumaat.


Hahahahahahahahahaha!!!



Gempar!!!: Ribuan Hadir Ke Ceramah Hassan Ali JATI!

Tidak sampai ribuan tetapi ratusan sahaja.

Itu pun kerusi sahaja yang datang.

Yang ribuan tu mungkin ada dalam gelap jadi tidak dapat dilihat.

Semuanya menyorok malu sebab dipaksa datang.

Hahahahahahahaha!!!


Nak gelak lagi.

Hahahahahahahahaha!!!




Hebahan: Mari Warga Felda SeMalaysia Turun Demo


Ini yang dinanti-nantikan oleh warga Felda seluruh Malaysia.
Ini peluang yang sudah lama diimpikan oleh warga Felda.
Selama ini hanya tonton TV3 dan baca Utusan.
Semuanya merugikan dan membodohkan.
Mari buat tindakan paling cerdik.
Warga Felda SeMalaysia turun berdemo di Putrajaya!

Warga Felda SeMalaysia Bersatulah!

Thursday 22 March 2012

Geng 1Malaysia Tegar

Ini BTJ tak tahu nak komen camne dah.
Memang totok 1Malaysia mereka ni.
Kamu semua fikir sendiri la ye.



Ini Pemimpin Umno Yang Bakal Mengganti Najib

Mkini: Saifuddin - MP pertama terima ikrar integriti p'raya 

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi ahli parlimen pertama yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya yang dilancarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), Sabtu lalu.

Ikrar tersebut bertujuan untuk meyakinkan calon membuat komitmen terhadap integriti dan urus tadbir yang baik.

Presiden TI-M Datuk Paul Low berkata, Saifuddin yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri pengajian tinggi, akan menandatangani dokumen ikrar itu di bangunan Parlimen esok.

"Sebelum kita lancarkan inisiatif ini, kami tidak mengajak mana-mana ahli politik kerana kami tidak mahu dilihat sebagai berat sebelah.

"Saifuddin (kiri) ialah orang pertama yang memberi maklum balas. Dia menegaskan kepada saya pada pagi Ahad dan mengatakan beliau bersedia untuk menandatangani ikrar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


P/s: Pemimpin Umno dari Temerloh ini ada ketokohan lebih dari Najib.

Sama negeri dengan Najib tapi dia lebih cerdik.

Sila lantik beliau ini sebagai Presiden ganti Najib.

Baru Umno akan berubah.

Najib biar duduk rumah jadi suri rumahtangga sahaja, Rosmah plak yang berpolitik.

Hahahahahahahahaha!!!

Dengar khabar pemimpin Umno dari Temerloh ini tidak akan bertanding lagi.

Kepada ahli-ahli Umno di luar sana sila pastikan beliau ini kekal bertanding jika mahu Umno berubah dan maju.

Pemimpin flip flop hanya jadikan Umno flip flop.

Hahahahahahahahaha!!!

Mungkin MP Temerloh Ini Juga Akan Hadir Ke Program Ini!

Terima Kasih Rakyat

Ini jarang-jarang kita dengar dan lihat di Malaysia.
Pemimpin ucap terima kasih kepada rakyat.
Ini yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin yang memerintah.
Najib yang jadi PM pun belum ucap terima kasih kepada rakyat.
Walaupun tempoh untuk dia sudah makin hampir untuk tamat.
Hahahahahahaha!!!


Program-program Melawan Hujung Minggu Ini.


Wednesday 21 March 2012

Mari Beli Buku Kartun Zunar 1Moolaysia

Mkini: Zunar angkat isu lembu dalam buku terbaru

Walaupun bukunya sering menjadi mangsa pengharaman oleh kerajaan, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar terus menerbitkan karya terbaru yang mengusik perjalanan politik negara.

Kali ini, beliau tampil lagi dengan 1MOOLAYSIA yang antaranya memuatkan jenaka tentang isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.

"Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!" katanya.

Selain terus mengusik isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai subjek yang digemarinya, Zunar juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menurutnya "gagal" disentuh kartunis politik di Malaysia.

Isu-isu itu antaranya berkaitan tindakan imam kontroversi Hoslan Hussein yang membaling kasut ke arah panel hakim, isu dakwaan Rosmah suka membeli-belah dan demonstrasi BERSIH 2.0.

Selain kartun-kartun terbaru, 1MOOLAYSIA turut memuatkan karya-karyanya yang termuat dalamMalaysiakini dan laman antarabangsaCartoonmovement.

Buku kelima Zunar ini akan dilancarkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 25 Mac di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Ia boleh dibeli secara langsung hari tersebut selain tempahan melalui laman webnya dan kedai buku dalam talian Kinibooks.


Tuesday 20 March 2012

DS Nizar @Bandar Baru Bangi

Hebahan: Mari Beli Komik Ramai-ramai

Kartun Zunar terbaik.
Mari pergi membeli beramai-ramai.
Kemudian kita gelak ramai-ramai.
Sebelum gelak dikenakan cukai.
Hahahahahahahaha!!!






Hebahan: Mari Berhimpun Untuk Pembebasan Imam Hoslan

Sabtu ini jam 2 petang selepas solat Zohor di Masjid Wilayah Jalan Duta.
Ini temujanji yang wajib untuk dihadiri.
Jika tidak hadir sangat rugi kerana terlepas peluang membaling kasut!
Hahahahahahahaha!!!


Siap sedia dengan kasut masing-masing.
Baling sejauh dan sekuat mungkin!
Hahahahahahahahahaha!!!