Saturday 28 April 2012

Hampir 500 Berkumpul Di Pintu Pulapol

Solidariti kepada pejuang BERSIH 30 yang ditangkap
Mari turun ramai-rama
Kita beri tekanan
Semua demonstran yang ditangkap disimpan di Pulapol KL
Lokasi Pulapol di Jalan Semarak
Mari turun ramai-ramai








Gambar: Menanti Saat Memerdekakan Dataran




Gambar: Sekitar Bersih 3.0 Menuju Ke Dataran Merdeka



Siap Sedia Untuk Bergerak Ke Dataran Merdeka


Peserta BERSIH 3.0 Menuju Ke Dataran Merdeka




Pagi Di KL - 28042012

Jalan raya masih lengang. Hanya marhaen-marhaen kelihatan keluar awal kerana mahu mencari rezeki. Marhaen-marhaen ini akan turun BERSIH 3.0. Mereka akan turun kerana mereka juga mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. Mereka akan turun kerana mereka sudah tidak mahu diperintah oleh golongan elit.


Pihak Berkuasa Di Dataran Merdeka

Update Dari Dataran Merdeka - 02:15 am




Update Dari Dataran Merdeka - 12:25 am




Rakyat sudah mula berkumpul di Dataran Merdeka. Aspirasi rakyat jelas mahukan regim pemerintah tumbang. Esok penentu segala-galanya.

Kepada yang masih ragu-ragu untuk ikut serta esok, sila buat keputusan yang tebaik. Ikut sera bersama kami. BERSIH 3.0!

Friday 27 April 2012

Jemputan Ke Majlis Duduk & Bantah Di Dataran Merdeka Esok

Datang jangan tak datang


Soal Selidik Tentang PTPTN

Sila sms untuk soal selidik ini
Pendidikan percuma perjuangan kita


Video: Lagu Mahasiswa Sokong BERSIH 3.0

Mari kita ikut nanyi sama-sama



Timb. Pengerusi SPR Hidap Penyakit Mudah Lupa



P/s: BTJ nak tanya timb. pengerusi SPR ni, siapakah orang yang mendaftarkan dia untuk menjadi ahli Umno?


Boleh pula orang lain tolong daftarkan?


Mesti tak nak jadi ahli Umno ni


Hahahahahahahaha!!!


Kesian, inilah antara orang Melayu yang kena penyakit lupa ciptaan Mahathir


Hahahahahahahaha!!!

Sekitar Dataran Merdeka - 2604


Pengerusi SPR Ahli Umno Putrajaya?

Pagi ini BTJ baca blog Addin kerana ada tajuk post yang sangat menarik iaitu 


Jadi, adakah benar Pengerusi SPR merupakan seorang ahli Umno Putrajaya berdasarkan bukti bergambar yang BTJ salin dari blog Addin ini? Jika benar, mudah sahaja tindakan yang perlu diambil. Pengerusi SPR wajib letak jawatan!

SPR adalah sebuah badan yang berkecuali. Sepatutnya SPR adalah sebuah badan yang menjalankan pilihanraya yang adil tanpa pengaruh dari mana-mana parti politik. Jika Pengerusi SPR sendiri sudah ahli Umno, peratusan wujudnya elemen berat sebelah atau cenderung kepada Umno dalam SPR adalah 99%.

Untuk ini, BERSIH 3.0 adalah tindakan yang paling tepat sebagai satu desakan untuk membersihkan pilihanraya dan juga membersihkan SPR itu sendiri.

BTJ tidak mahu mencoret panjang. Jumpa esok di Dataran Merdeka!


DBKL Jangan Curi Duit Kami

DBKL jangan curi duit kami
Ini yang keluar dari mulut seorang mahasiswa
Keluar dari mulut seorang anak muda
Mewakili harapan seluruh anak muda dan rakyat
Mewakili hasrat seluruh anak muda dan rakyat
28 April ini minta DBKL bekerjasama
Sama-sama menumbangkan regim!


Thursday 26 April 2012

Kasihan Penguatkuasa DBKL Bekerja Lebih Masa


Inilah kakitangan DBKL yang telah "dikambing hitamkan". Terpaksa bekerja lebih masa atas alasan menguatkuasakan undang-undang. Pada hal di kaki-kaki lima restoran di KL ini dapat dilihat dengan jelas adakah undang-undang benar-benar dikuatkuasakan.

N Surendran @Dataran Merdeka

Setengah juta rakyat bakal berhimpun di Dataran Merdeka. Akta Perhimpunan Aman bercanggah fasa 10 Perlembagaan Persekutuan. Rakyat hendak berhimpun itu adalah hak rakyat.


Rakyat Mula Memenuhi Dataran Merdeka


Kata Latheefa Koya, malam ini nasihat guaman diberkan percuma.

Latheefa Koya & Fadiah Nadwa @Dataran Merdeka



Nasihat peguam kepada bakal peserta BERSIH 3.0, rakyat ada hak. Jika ditangkap jangan panik. Jangan takut dan mesti berani biarpun dikurung dalam lokap oleh polis.

Kemaskini Dari Dataran Merdeka: Mahasiswa sedang menyanyikan lagu perjuangan mahasiswa



anti

Makin Keras Makin Melawan!

Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH - Mkini

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

"Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang.

"Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini.

Demo anti-PTPTN menyaksikan enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pertemuan hari ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan.

BERSIH berkeras mahu tetap berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad mencadangkan mereka mengubahnya ke Stadium Merdeka - yang terletak kira-kira 1km dari situ.

Ditanya sama DBKL akan menghalang penyokong gabungan itu untuk berhimpun di situ, Ahmad Fuad berkata adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga Dataran Merdeka dan ia terikat undang-undang yang digunapakai sejak 1992.

"Kita akan berpegang kepada undang-undang yang ada. Dan Akta Perhimpunan Aman yang memberikan (keizinan berhimpun) di tempat-tempat yang tertentu. Tetapi tempat yang tak boleh, itu yang (mereka) nak masuk," katanya.

Ditanya sama Dataran Merdeka akan ditutup pada tarikh tersebut, Ahmad Fuad berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak tertentu termasuk pihak polis berhubung perkara itu kerana khuatir akan berlakunya "pertembungan" jika perhimpunan itu diteruskan di situ.

"Kalau berlakunya konfrantasi... Kita kata ia perhimpunan aman, sedangkan orang lain kata bukan perhimpunan aman, jadi ada dilema di situ.

"Jika berkaitan dengan ketenteraman, ia diserahkan kepada polis, kita akan menjaga tempat kita," katanya sambil menambah Dataran Merdeka merupakan tempat kedua popular yang dikunjungi pelancong.

Ahmad Fuad turut membidas rancangan BERSIH yang didakwanya memberi indikasi akan duduk di atas jalan sekiranya DBKL tidak memberi keizinan gabungan itu berhimpun di situ.

"Tadi kata perhimpunan aman... Saya tak fahamlah. Jangan bikin kerja susah (untuk) DBKL. Itu nampak gayanya tak berapa amanlah," katanya sambil menambah ia bakal menimbulkan kemarahan orang awam yang mahu menjalankan aktiviti harian mereka.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad mendakwa BERSIH cuba menimbulkan huru-hara kerana tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Siapa yang (cuba) timbulkan huru-hara... kita beri alternatif, mereka tak beri alternatif," katanya.

P/s: DKBKL memang dah betul-betul dijadikan "kambing hitam" Umno

Nak selamatkan nama polis, DBKL jadi mangsa

Masa BERSIH 2.0 dulu DBKL diam membisu

Hari-hari tersiar di media polis buat kenyataan

Jumpa senjata sana jumpa senjata sini

Akhirnya sampai masa polis yang mengganas

Sekarang DBKL pula nak "main keras"

Ingat!

Makin keras makin melawan!

Ini bukan kali pertama

Woit DBKL!!! Peserta BERSIH 3.0 ni semuanya yang bayar gaji korang!

Bukan Rosmah dan bininya yang bayar gaji korang

Minta DBKL sedar diri

Hahahahahahahaha!!!
















Video: Ayuh, Jadilah Sebahagian Daripada Sejarah!

Video ini wajib tonton
Sila dengar pesanan Pak Samad di akhir video
Sejarah akan tercipta
Sejarah ini akan terpahat
Sejarah ini akan merubah
Akhirnya masa depan negara akan menjadi milik anak-anak muda!







Perhatian: Peserta BERSIH 3.0 Sila Ikut Arahan Ini!

Ini merupakan petunjuk untuk BERSIH 3.0 Sabtu ini
Semua peserta sila ikut petunjuk ini


Dapat khabar sudah ramai yang mula memasuki KL pada hari ini
Dari Terengganu, Kelantan dan Kedah sudah pasti


Mari! Mari! Mari!
Kita ke Dataran Merdeka!




Wednesday 25 April 2012

SPR Terbit 5 Ribu Naskah Buku Jawab Fitnah

Aziz tolak dakwaan peningkatan pengundi baru dirancang SPR -Mkini

Peningkatan pengundi baru di beberapa kawasan yang diwakili pembangkang adalah ekoran langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan promosi secara agresif selain suasana semasa yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13.

Justeru itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak dakwaan bahawa peningkatan jumlah pengundi baru itu adalah sesuatu yang dirancang SPR bagi tujuan tertentu.

"Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya seluruh negara.

"Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Perkara itu adalah antara yang terkandung dalam buku bertajuk 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang akan diedarkan SPR di seluruh negara termasuk kepada media, parti politik dan agensi kerajaan.

Sebanyak 5,000 buku yang mengandungi 12 jawapan terhadap dakwaan yang ditimbulkan beberapa pihak terhadap SPR, akan diedar di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri dakwaan berkenaan.

Abdul Aziz berkata jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di Selangor diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak.

"Maka, jika peningkatan pendaftaran tertinggi berlaku di Selangor, itu adalah selari dengan fakta yang mana seramai 750,000 warganya belum mendaftar sehingga Jun 2011," katanya.

Beliau berkata terdapat bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang tinggi seperti di kawasan P107 Subang sebanyak 34 peratus, P154 Tebrau (34 peratus); P111 Kota Raja (33 peratus); P086 Pekan (33 peratus) dan P032 Gua Musang (30 peratus).

- Bernama

P/s: SPR siap terbit buku jawab fitnah

Habis wang rakyat cetak sampai 5 ribu naskah

Kroni mana la yang dapat tu

Hahahahahahahahaha!!!

Buku SPR ini seperti Najib terbit buku jawab fitnah dia dan Altantuya

Buku SPR ini seperti Najib terbit buku jawab fitnah dia dan Scorpene

Hahahahahahahahaha!!!

500000 Ke Dataran Merdeka!!!


Hari Ini, Khamis, Jumaat & BERSIH 3.0

Sudah tidak lama atau boleh juga dikatakan semakin hampir. Apa yang semakin hampir? Ya, BERSIH 3.0!

Tanggal 28 April 2012, Dataran Merdeka di Kuala Lumpur bakal menyaksikan 500000 atau mungkin lebih rakyat Malaysia yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil berkumpul di sana.

Cuma perasaan kali ini kurang bersemangat. Tidak seperti BERSIH 2.0 yang diadakan pada Julai 2011 yang lepas. Namun hati ini masih lagi bertekad untuk ikut serta. Ini adalah demi negara. Mana mungkin aku bisa melihat negaraku ini terus berada dalam pemerintahan yang zalim dan tidak adil. Dengan kes NFC dan Scorpene sahaja sudah cukup jelas regim pemerintah sekarang perlu dihumbankan. 

Menghumbankan regim yang sudah tua berakar ini bukanlah satu kerja yang mudah. Dalam dasar demokrasi yang diamalkan, maka jelas kuasa untuk menukar pemerintah ini adalah di tangan rakyat. Secara mudah aku katakan, tangan rakyat perlu memangkah undi selain UmnoBN! Untuk itu, rakyat perlukan SPR menjalankan pilihan raya dengan telus dan bersih tanpa campurtangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Kali ini provokasi dari pihak berkuasa dan juga media perdana yang menyiarkan berita yang tidak benar tentang BERSIH sangat kurang. Jadi mood rakyat untuk turun melawan juga kurang. Walaupun kurang tetapi apinya tetap panas.

Melihat pada situasi sekarang, adakah peserta BERSIH 3.0 bakal berhadapan dengan penguatkuasa DBKL? Kali ini pihak DBKL dilihat lebih menonjol dalam melawan gerakan rakyat ini. Contoh yang jelas ialah tindakan DBKL melarang Occupy Dataran hingga khemah dirampas dan juga ada anak muda yang ditangkap lalu dibawa ke balai polis.

Mungkinkah DBKL dijadikan "kambing hitam" untuk menjaga imej polis yanh terjejas teruk semasa BERSIH 2.0 dulu? Kemungkinannya agak tinggi.

Pada aku sepatutnya pihak DBKL hanya memberi kebenaran dan menolak sebarang tekanan dari segenap sudut.

Tidak mengapalah, rakyat sudah bersiap sedia untuk turun BERSIH 3.0. Dataran Merdeka adalah lokasi tetap dan tiada siapa dapat menghalang kebangkitan ini.

Hari ini, khamis, Jumaat dan seterusnya hari BERSIH 3.0. Jumpa kamu semua di sana. Dataran Merdeka milik Kita!!!


Tuesday 24 April 2012

DBKL Semakin Terdesak Pagar Dataran!

DBKL pagar Dataran, usir peserta perkhemahan - Mkini


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang tidur.



Pegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanya yang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku seperti dalam operasi pada Ahad lalu.


P/s: DBKL sudah terdesak


Rakyat tak nak mengalah


Anak-anak muda sudah berani


Kata Hishamuddin Rais, jikalau anak-anak muda tidak berani negara akan hancur!


Ayuh bangkit anak-anak muda!


Jangan biarkan negara ini hancur!









DBKL Meyerang Dataran Lagi

Dari facebook Fahmi Redza:

BERITA TERKINI: DBKL datang dan raid kem #OccupyDataran jam 6:15 pagi ketika semua occupiers tengah tidur dan rampas semua khemah2, barang2 & supplies kami semua. Tolong turun Dataran Merdeka untuk tunjukkan solidariti dan pertahankan kem kami! Defend Dataran!

P/s: Kini DBKL sudah jadi ajen gerombolan

Untuk jaga nama baik polis dan kerajaan

DBKL telah "dikambing hitamkan"

Rakyat tidak bodoh

Rakyat tidak putus asa

28 April rakyat tetap ke Dataran Merdeka!


Umno: Buat Apa Minta Maaf Jika Tidak Buat Salah?

Tg Adnan: 'Sikap diam diri Umno-BN makan diri' - Sinaran Hairan

KUALA LUMPUR - Sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, malahan pembangkang juga telah 'menjenamakan' Umno dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme sedangkan realitinya bukan begitu. BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri pada PRU Mac 2008.

Justeru tegas beliau, BN tidak akan mengambil sikap sedemikian dalam menghadapi PRU13.

“Sebelum ini kita cuma mendiamkan diri dan hanya membiarkan pihak pembangkang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak benar, memang itu kesilapan kitalah.

“Tetapi sejak beberapa tahun lalu, barisan kepimpinan telah bangkit untuk membaiki kesilapan ini dan mula menjelaskan kepada rakyat bahawa Umno, BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online, semalam.

Malah kata beliau, mengatasi ‘musuh’ dalam parti sendiri berbanding ‘musuh’ di luar adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh Umno ketika ini.

Katanya, masalah ini timbul apabila ahlinya yang tidak menjiwai perjuangan Umno sehingga ada yang kecewa dan tidak mempertahankan parti.

Sehubungan itu katanya, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengenal pasti individu berkenaan dan memastikan mereka tidak sabotaj ataupun mengkhianati parti.
“Kita telah melantik ejen-ejen di peringkat negeri untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya,

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, mereka yang didapati mengkhianati parti tidak akan diambil tindakan drastik seperti dipecat, sebaliknya diberi teguran ataupun amaran supaya menghentikan perbuatan itu.
“Kita bukan seperti PKR ataupun Pas yang mengambil tindakan melulu dan mengikut sesuka hati.

“Sebab itulah kita tubuhkan jawatankuasa ini kerana kita ingin mengambil langkah pencegahan daripada menghukum,” jelasnya.

P/s: Hahahahahahahahaha!!!

BTJ gelak dulu sebelum ulas

Su Agung Umno ini buat lawak

Hahahahahahahahahaha!!!

Katanya pembangkang juga telah 'menjenamakan' Umno dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme sedangkan realitinya bukan begitu

Bukankah realitinya begitu?

Katanya lagi pihak pembangkang membuat tuduhan tidak benar

Bukankah tuduhan itu benar?

Katanya lagi BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya

Sebab terlalu bertanggungjawab, habis wang rakyat dirembat

Hahahahahahahahahaha!!!

Woit!!! Nak tipu pun bajet-bajet la

Rakyat sekarang bukan bodoh

Jika benar semua yang dikatakan oleh SU Umno ni

Buat apa Najib minta maaf di Kedah hari tu?

Jika tak buat silap buat apa minta maaf?

Jika bertanggungjawab buat apa minta maaf?

Jika tuduhan tak benar buat apa minta maaf?

Hahahahahahahahahaha!!!

Kita Turun Dataran Merdeka 28042012!


Monday 23 April 2012

Rakyat Akan Tibai Kelab Tibai Di PRU 13


Kelab Tibai mahu lawan Anwar di PRU13 - Sinaran Hairan

KUALA LUMPUR - Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.

Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.

Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.

P/s: Rupanya kelab ini yang conteng "TIBAI" di banyak lokasi kemudahan dan tempat awam

Memang dah jelas ahli-ahli kelab ini yang conteng

Polis tak nak siasat?

Ini adalah vandelisme

Dua orang anak muda yang conteng "TTR" di KL telah dihukum bayar denda

Ini sangat tidak adil

Sangat-sangat tidak adil

Kepada rakyat di luar sana jika nampak ahli kelab Tibai conteng "TIBAI" di mana-mana sila tibai mereka

Hahahahahahahahaha!!!

Masa itu baru sesuai dengan nama kelab Tibai

Hahahahahahahahaha!!!




Rakyat Akan Tetap Ke Dataran Merdeka Sabtu Ini!

Polis 'tak akan benar' protes BERSIH Sabtu ini - Mkini



Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

P/s: Semua ini rakyat memang sudah agak

Semua ini rakyat sudah tidak peduli

Tanah Malaysia ini sebuah negara yang merdeka

Rakyat berhak untuk berhimpun secara aman di mana-mana sahaja

Soal keselamatan Unit Amal PAS lagi cekap dari polis

Hahahahahahahahaha!!!

Masa BERSIH 2.0 dulu siapa yang menggugat keselamatan rakyat yang berhimpun secara aman?

Siapa yang sembur tear gas?

Siapa yang tembak bom asap?

Siapa?

Siapa?

Siapa?

Ada peserta BERSIH 2.0 mencederakan orang awam dan polis?

Ada peserta BERSIH 2.0 sembur tear gas pada polis?

Ada peserta BERSIH 2.0 tembak bom asap pada polis?

Polis tak payah nak sembang lebat la soal keselamatan

Ingat sikit, rakyat bayar gaji kamu semua

Bukan Najib atau Rosmah!

28 April Kita Tetap Ke Dataran Merdeka!!!