Wednesday, 11 July 2012

Mengapa Baru Kini Nyatakan Sokongan?

Lagi isu hudud dipanaskan oleh media perdana. Cuma ia agak berbeza dari banyak berita sebelum ini atau lebih tepat sebelum Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan hukum hudud. Berita kali ini dipanaskan dengan sokongan sesetengah pemimpin UmnoBN. Sokongan yang terkini boleh lihat gambar di bawah.



Terlintas juga di kepala otak BTJ yang tidaklah sebijak mana ini iaitu mengapa baru kini (pemimpin-pemimpin UmnoBN) menyatakan sokongan untuk melaksanakan hukum hudud? Mengapa juga baru kini mereka berani tampil untuk mencadangkan supaya hukum hudud dilaksanakan di Malaysia? Timbul juga persoalan kelakar iaitu hudud jenis apa yang mereka cadangkan atau sokong ini? adakah berbeza dengan hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini? Adakah pencadang atau penyokong ini tahu apa itu hudud? Semua jawapan kepada persoalan ini tiada pada BTJ dan secara mudahnya usah minta jawapan pada BTJ.


Sejak dari dahulu lagi PAS membawa agenda untuk melaksanakan hudud di negara ini. Tiada seorang pun pemimpin UmnoBN yang beragama Islam ini tampil untuk memberi sokongan. Jika PAS dikatakan menjual agama dan isu hudud untuk meraih sokongan rakyat dan undi, bagaimana pula dengan UmnoBN ini?


BTJ bukan pakar mengenai ilmu Islam dan pasti bukan juga pakar berkaitan hudud. Cuma BTJ sarankan kepada mereka ini supaya tidak menggunakan isu Islam dan hudud ini sebagai permainan politik. Isu yang ada "market" akan diketengahkan dan diberi sokongan untuk publisiti murahan bagi ahli-ahli politik yang kekontangan idea untuk bersuara.


Sumber gambar: Sinar Harian


P/s: BTJ ludah ahli politik murahan.


Jumaat malam di Temerloh!

No comments: