Showing posts with label DBKL. Show all posts
Showing posts with label DBKL. Show all posts

Friday, 30 November 2012

Gambar & Video Di Dalam: Mana Perginya Pembela Melayu Membela Peniaga Danau Kota?


Post ini disalin sepenuhnya dari blog Anak Sungai Derhaka


Akhirnya budi Peniaga Burger depan rumah Ambiga dibalas oleh UMNO.. (Video Inside)


Ingat lagi tak sebuah NGO yang mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga kerana memprotes tindakan Ambiga kerana menggerakkan BERSIH 3.0 dulu?


NGO dengan nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu telah memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Setelah bermati-matian menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO yang menentang BERSIH 3.0 itu.. semalam budi mereka terhadap UMNO telah dibalas oleh UMNO melalui DBKL..

Ini laporan dari KL Today..

DANAU KOTA – Isu Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota semakin panas apabila empat peniaga ditahan polis dalam situasi tegang, malam kelmarin.

Kekecohan yang berlaku hampir dua jam itu melibatkan kira-kira 200 peniaga Uptown Danau Kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas perbincangan berhubung isu penutupan aktiviti berniaga pada hari Isnin dan Selasa menemui jalan buntu.

Sebelum itu, perbincangan berlangsung dalam keadaan tegang antara Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim; Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah 1 Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja (JPPP) DBKL, Saifol Mazli Ahmad.

Keadaan semakin kritikal apabila DBKL mengarahkan tiga gerai yang dibuka pada malam itu ditutup atau berdepan tindakan sita.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga tidak berganjak dan mengancam mahu membakar gerai tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu.

Kedegilan peniaga terbabit bagaimanapun membawa padah apabila pemilik gerai tersebut ditahan polis.

Empat peniaga tersebut di bawa ke Balai Polis Setapak untuk disiasat di atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Ketegangan di situ dileraikan kira-kira jam 11.45 malam hasil kerjasama kira-kira 80 anggota DBKL dan juga anggota polis dari Balai Polis Setapak.

Fauzi menafikan peniaga mahu menentang pihak berkuasa tetapi berasa dimalukan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, apa peniaga mahu tercapai iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat negara ini bahawa peniaga-peniaga Melayu di Uptown Danau Kota kini ditekan dan beliau turut mendakwa terdapat unsur rasuah di Uptown Danau Kota.

“Selama ini apa yang peniaga mahu adalah lanjutan tempoh berniaga sempena cuti sekolah tetapi permohonan kami ditolak dengan alasan aduan penduduk oleh DBKL.

“Walhal masalah ini bukan berpunca daripada peniaga tetapi disebabkan oleh segelintir pihak yang tamak dan wujudnya unsur rasuah sehingga peniaga menjadi mangsa kepada isu ini,” katanya.

Fauzi berkata, peniaga-peniaga tidak akan berganjak dan akan mempertahankan Uptown Danau Kota kerana ia milik rakyat.

Keputusan DBKL jelas

Saifol Mazli berkata, keputusan DBKL tidak membenarkan aktiviti perniagaan pada hari Isnin dan Selasa telah diputuskan.

“Peniaga harus menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

“Pada masa sama, DBKL akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan kepada peniaga yang ingkar,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kira-kira 200 peniaga akan membuat laporan polis bagi menyatakan sokongan kepada pihaknya dalam membantu peniaga di situ.

“Ikhlas tidak akan berganjak dalam isu di Danau Kota dan sekiranya masih tidak selesai, isu ini akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita akan berarak ke Parlimen.

“Ikhlas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam penganjuran bazar di Uptown Danau Kota,” katanya.

Berikut pula adalah video dari Free Malaysia Today..



Kenapa nak marah?? penghargaan dari pemimpin UMNO buat korang tu...

Thursday, 26 April 2012

Makin Keras Makin Melawan!

Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH - Mkini

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

"Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang.

"Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini.

Demo anti-PTPTN menyaksikan enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pertemuan hari ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan.

BERSIH berkeras mahu tetap berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad mencadangkan mereka mengubahnya ke Stadium Merdeka - yang terletak kira-kira 1km dari situ.

Ditanya sama DBKL akan menghalang penyokong gabungan itu untuk berhimpun di situ, Ahmad Fuad berkata adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga Dataran Merdeka dan ia terikat undang-undang yang digunapakai sejak 1992.

"Kita akan berpegang kepada undang-undang yang ada. Dan Akta Perhimpunan Aman yang memberikan (keizinan berhimpun) di tempat-tempat yang tertentu. Tetapi tempat yang tak boleh, itu yang (mereka) nak masuk," katanya.

Ditanya sama Dataran Merdeka akan ditutup pada tarikh tersebut, Ahmad Fuad berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak tertentu termasuk pihak polis berhubung perkara itu kerana khuatir akan berlakunya "pertembungan" jika perhimpunan itu diteruskan di situ.

"Kalau berlakunya konfrantasi... Kita kata ia perhimpunan aman, sedangkan orang lain kata bukan perhimpunan aman, jadi ada dilema di situ.

"Jika berkaitan dengan ketenteraman, ia diserahkan kepada polis, kita akan menjaga tempat kita," katanya sambil menambah Dataran Merdeka merupakan tempat kedua popular yang dikunjungi pelancong.

Ahmad Fuad turut membidas rancangan BERSIH yang didakwanya memberi indikasi akan duduk di atas jalan sekiranya DBKL tidak memberi keizinan gabungan itu berhimpun di situ.

"Tadi kata perhimpunan aman... Saya tak fahamlah. Jangan bikin kerja susah (untuk) DBKL. Itu nampak gayanya tak berapa amanlah," katanya sambil menambah ia bakal menimbulkan kemarahan orang awam yang mahu menjalankan aktiviti harian mereka.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad mendakwa BERSIH cuba menimbulkan huru-hara kerana tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Siapa yang (cuba) timbulkan huru-hara... kita beri alternatif, mereka tak beri alternatif," katanya.

P/s: DKBKL memang dah betul-betul dijadikan "kambing hitam" Umno

Nak selamatkan nama polis, DBKL jadi mangsa

Masa BERSIH 2.0 dulu DBKL diam membisu

Hari-hari tersiar di media polis buat kenyataan

Jumpa senjata sana jumpa senjata sini

Akhirnya sampai masa polis yang mengganas

Sekarang DBKL pula nak "main keras"

Ingat!

Makin keras makin melawan!

Ini bukan kali pertama

Woit DBKL!!! Peserta BERSIH 3.0 ni semuanya yang bayar gaji korang!

Bukan Rosmah dan bininya yang bayar gaji korang

Minta DBKL sedar diri

Hahahahahahahaha!!!