Showing posts with label Penipuan. Show all posts
Showing posts with label Penipuan. Show all posts

Monday, 1 October 2012

Kantoi!!! Lagi Bukti SPR Tidak Telus!!!


Kenyataan Media
1 Oktober 2012

Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. 

Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. 

Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku? 

Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'. Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN. Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil?

Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?

Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?

Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.

Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.

SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar. 

SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.

"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com


Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/10/gempar-warga-asing-beli-kad-pengenalan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29

Thursday, 8 December 2011

RM5 Juta Wang Rakyat Lebur!


SEPATUTNYA pada PRU 12 yang lalu, rakyat negara ini sudah menggunakan dakwat kekal semasa mengundi. RM5 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat, malangnya penggunaan dakwat kekal dibatalkan di saat-saat akhir.

Pada PRU kali ini (ke 13) SPR mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal. Namun memandangkan dakwat kekal yang dibeli dulu dah tamat tempoh, maka SPR terpaksa beli dakwat kekal yang baru [mStar].



Kesimpulannya, RM5 juta akan dikeluarkan lagi untuk membeli dakwat kekal yang baru. Duit siapa yang akan digunakan? Tentu sekali duit rakyat.

Kerana tindakan SPR membatalkan pengunaan dakwat kekal pada PRU12 yang lalu, RM5 juta duit rakyat hangus dibazirkan begitu saja.

RM5 juta dah hangus dia masih selesa pegang jawatan, memang timbalan pengerusi SPR ni muka tak tahu malu. Selepas PRU12 dia ada beli rumah "cash money" RM400,000, banyak duit dia ye? Tunggu pendedahan beserta bukti...

ReJaM© "Ibarat mencampakkan RM5 Juta ke dalam longkang..."

Projek Nine Bio: Dari RM350 Juta Ke RM1.9 Billion!


Penarik Beca: Tentulah Dr Nor Shahidah cun, bergetah dan mantap di mata Dr Ismail Merican


Saya malas nak terjemah. Tapi nak cerita sikit pendedahan Malaysia Today fasal projek 9Bio. Guna duit rakyat sebesar dana membina menara berkembar Petronas, tapi akhirnya bersepai.

Projek 9Bio tu untuk apa? Kononnya nak jadi pusat R&D vaksin halal dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai hab vaksin halal dan pusat pengeluaran ubat halal.

Berapa habis duit rakyat? Projek 9Bio tu diluluskan pada kos RM350 juta. Tapi akhirnya melambung sampai RM1.9 bilion. Klik link ni kalau nak tengok summary tentang projek tu.

CEO pertama projek tu ialah Datuk Dr Nor Shahidah Khairullah (gambar di atas). Apa hubungan dia dengan Tan Sri Dr Ismail Merican, mana aku tau. Yang aku nampak, Dr Nor Shahidah tu lawa. Tentu Dr Ismail pun nampak dia lawa jugak. Tentulah Dr Nor Shahidah cun, bergetah dan mantap di mata Dr Ismail. Bercakap fasal Dr Ismail, klik link ini. Aku malas nak tulis lebih-lebih, aku mana ada duit nak bayar saman.

Aku malas nak terjemah, siapa-siapa rajin, ni link dia (blog Tak Payer Rambling dan Renungan Rakyat tu padat dengan cerita lipat dan sapu - semua lipat, semua sapu):

9Bio

Tax Payer Rambling
Renungan Rakyat

Apa-apa pun, RM1.9 bilion duit rakyat dah macam masuk longkang. Takkan nak duduk diam. Kita kena tibai kerajaan Umno Barisan Nasional cukup-cukup. Ni lebih teruk dari projek lembu-lembu tu.

Pesanan Blogger Amin Iskandar Tentang PLUS


Awas penipuan di PLUS Highway

Di bawah adalah pengalaman sedih blogger Penarik Beca dalam perjalanan ke Melaka melalui PLUS Highway. Ambillah iktibar dari pengalaman ini.

BUKAN FASAL POLITIK, TAPI BACA LA KALAU TAK NAK KENA SEMBELIH!!



Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.