Showing posts with label The Malaysian Insider. Show all posts
Showing posts with label The Malaysian Insider. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

SPR Terus Jadi Barua, Sekat Pemerhati Yang Telah Dilantik

SPR masih sekat pemerhati pilihan raya walaupun telah dilantik - The Malaysian Insider

PETALING JAYA, 2 Jan — Walaupun telah melantik mereka sebagai pemerhati untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara rasmi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) didakwa masih lagi menyekat enam badan pemerhati tersebut daripada memantau keseluruhan proses pilihan raya secara bebas, sebaliknya lebih fokus kepada proses ketika pasca pilihan raya, kata Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar), menegaskan, tugas badan pemantau pilihan raya sangat penting dan sekatan-sekatan yang dilaksanakan SPR itu jelasnya tidak mencerminkan kesediaan badan pengendali pilihan raya itu untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil.“Tugas pemantauan ini sangat kritikal terutama bagi kawasan yang Pakatan Rakyat takrifkan sebagai kerusi panas,” kata Saifuddin ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha PR di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Kami berbincang secara terperinci berkenaan sekatan itu ... (dan) ia tidak mencerminkan kesediaan SPR menjalankan PRU yang adil, kalau tidak macam mana boleh datang PRU yang adil.”

Antara badan pemerhati yang telah diberi akreditasi oleh SPR itu adalah tersiri daripada enam badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Transparency International Malaysia (TI-M), Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Antara sekatan yang dikenakan SPR terhadap badan pemerhati itu adalah larangan memerhati proses pengiraan undi, dan tidak dibenarkan merakam sebarang kejadian penipuan tanpa kebenaran pegawai SPR.

Yang lain sekatan ialah tidak dibenarkan berhubung dengan agen parti dan kakitangan tempat mengundi; tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media; dilarang daripada menyerahkan maklumat kepada pihak ketiga; dan mereka perlu berada di kawasan pilihan raya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

MENYUSUL LAGI

P/s: Cakap banyak tak guna
Ini sahaja yang sesuai bagi SPR
Sejuta rakyat turun #KL112!!!





Thursday, 27 December 2012

#Kl112 Tetap berlangsung Walau Tanpa Permit

Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis - TMI


KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.

Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.

“Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.

“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.

Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.

Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.

“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.

“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.

“Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.

“Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir.

Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.

Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.

Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.

“Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP.

P/s: Ada permit atau takde
12 Januari 2013 KL kita yang punya!
Hahaha!!!