Wednesday 9 May 2012

Jumlah "Durian Runtuh" Yang Sepatutnya Peneroka Berhak Dapat

'Peneroka Felda berhak dapat RM50,000 sekeluarga' - Mkini

PKR telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka Felda.

Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. Felda akan menjual 59 peratus daripada pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru.

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65.

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion.

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion.

Jumlah keluarga peneroka Felda di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.

Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, PKR berpendapat Datuk Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30 peratus (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) daripada dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70 peratus daripada jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama PKR kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh Felda kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. PKR mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

P/s: Jumlah ini pun belum cukup "runtuh" lagi

Bagi BTJ RM100k baru layak digelar "durian runtuh"

Hahahahahahahahaha!!!

Mengapa tidak beri "durian runtuh" masa tahun pertama selepas kemenangan di PRU 12?

Mengapa tidak beri "durian runtuh" masa tahun pertama Najib memegang jawatan PM?

Mengapa sekarang baru nak beri?

Pancing untuk PRU 13 ke?

Najib dah tak boleh nak tipu!!!

Peneroka semua dah tahu

Hahahahahahahahaha!!!


No comments: