Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Wednesday, 30 January 2013

Beranikah Ahmad Maslan Terima Cabaran Ini?


Datuk Ahmad Maslan tuduh saya pemfitnah bersiri, sebaris dengan perogol bersiri. Dia tohmah pembangkang punca saham FGVH merudum. 

Dia hentam saya dalam majlis2 di Felda. Guna Jabatan Seranta memburuk2kan saya dan ANAK.

Ahmad Maslan hasut penduduk Kemahang 3 untuk saman peguam mereka sendiri, Wan Rohaimi.

Dia kata saya fitnah isu pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Dia kata saya pembohong besar dalam isu penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi.

Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA.

Justeru, kalau dia pemimpin yang berani; jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu wahai Ahmad Maslan.

Buat kali ke 3, saya cabar dia berdebat. Siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat dan petualang Felda.

Oleh kerana sebelum ini, saya minta tarikh dan tempat debat, dia gagal berbuat demikian; kali ini saya pula cadangkan tarikh, masa dan tempat!

Wakil saya akan hantar surat resmi untuk cabaran Debat Terbuka dalam masa terdekat.

Saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini! 

28/1/2013


P/s: Agak-agak korang apa respon Ahmad Maslan?
Kalau ikut rekod sejarahnya.....
Kita kasi booooooooo je la kat dia
Hahaha!!!

Wednesday, 9 January 2013

Terkini!!!: Mahkamah Tinggi KL Isytihar Keahlian Isa Samad Dalam KPF Batal & Tidak Sah

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah - Mkini


Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.

Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF.

KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.

Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.

P/s: Elok la mahkamah batalkan
Isytihar tak sah
Buat apa nak simpan musang dalam reban ayam
Kan? Kan? Kan?
Hahaha!!!

Tidak batal dan sah
Sabtu ini sejuta rakyat turun #KL112!!!

Friday, 4 January 2013

Umno Terdesak, JKKR Felda Lok Heng Selatan Keluar Surat Larang Ceramah Pembangkang

Dari facebook Pemuda Kota Tinggi


Facebooker Pemuda Kota Tinggi upload gambar ini di facebooknya
Begitu terdesak JKKR Felda Lok Heng Selatan ini
JKKR yang terdesak atau Umno yang terdesak?
BTJ pasti JKKR felda ini hanya dipergunakan Umno sahaja
Hahaha!!!

Jika rakyat sudah bangkit
Tiada apa yang dapat menghalangnya
Jangankan Timb. Pengerusi JKKR
Perdana Menteri pun bila-bila masa sahaja boleh dihumban oleh rakyat
Hahaha!!!

Walaupun dilarang
Walaupun ditekan
Kita tetap turun #KL112!!!




Monday, 31 December 2012

Apa Yang Terjadi Dengan Mayat-mayat Orang Islam Di Pengerang?

Dari facebook Mazlan Aliman (Pengerusi Anak):

Lihatlah mayat2 orang Islam yang dikorek di Pengerang. Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.

Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan negeri Johor seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?

Ini bukan soal politik; sensitiviti masyarakat Islam kita di mana???


P/s: Tentang isu begini BTJ tak berani nak komen lebih-lebih
Cuma ia memang sensitif
Bukan kepada orang Islam sahaja
Orang bukan Islam juga sensitif dalam isu begini

Cuba bayangkan jika ini kubur waris-waris kita
Apa perasaan kita?

Kurang 2 Minggu Lagi!!!




Thursday, 27 December 2012

Inilah Budaya Baru Dalam UmnoBN


Inilah budaya baru UmnoBN
Boleh lihat dengan jelas dalam video di atas
Cuba teka apa budaya baru tersebut?
Cuba teka
Cuba teka
Cuba teka


Beberapa hari ini banyak dimuatnaik di youtube
Semuanya menunjukkan terdapatnya budaya baru UmnoBN
Mungkinkah budaya ini boleh membawa kemenangan besar bagi UmnoBN di PRU13?
Itu BTJ tidak dapat jawab
Cuma BTJ tidak akan undi UmnoBN
Hahaha!!!

Nak tahu apa budaya baru tersebut?
Nak tahu?
Nak tahu?
Nak tahu?


Sila tanya penduduk Felda untuk dapatkan jawapan
Hahaha!!!

P/s: BTJ tolong jawab
Budaya sekat jalan
Buat jalan macam jalan mak bapak mereka
Buat jalan macam orang lain tak bayar cukai jalan
Kalau nak sekat juga boleh
Buat jalan sendiri la
Hahaha!!!



Wednesday, 26 December 2012

Gambar: Pencacai UmnoBN Tunjuk Simbol Lucah (18+)


Gambar ini BTJ sedut dari blog Milo Suam
Untuk video penuh sila klik sini
Memang ganas
Memang meletop
Memang hidup Umno!
Hahaha!!!

Ini je la yang pencacai UmnoBN pandai
Takkan lebih pandai dari mencarut
Ahli Umno pun ramai juga yang berperangai begini
BTJ sendiri pernah mengalaminya
Lagi ajaib dah puas mencarut pastu cerita bab-bab Islam
Memang sangat Umno!
Hahaha!!!

P/s: Budi Bahasa Budaya Kita
Mari turun #KL112
Lebih bermanfaat dari duduk atas motor dan mencarut
Hahaha!!!





Video: Samseng Umno Tolak Dan Lempang Peserta Jelajah Oren


Ini je la yang mereka pandai
Nama pun syaitan yang dikenali
Jika nama pun camtu
Pelik ke jika mereka bertindak begini?

BTJ cuma sangsi dengan tindakan mereka ini seolah-olah dibenarkan atau berlesen
Tiada pula tindakan serta merta oleh pihak berkuasa
Agak-agak ada tak SB di tempat kejadian?
Mungkin sebab para samseng tahi kucing ini bawa bendera BN maka tindakan mereka dihalalkan pihak berkuasa

P/s: Selepas puluhan tahun merdeka
Jadilah masyarakat yang bertamadun



Thursday, 8 November 2012

Cabar Ismail Sabri Tanding Di Luar Bera

Umno cabar Anwar tanding di luar Permatang Pauh - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

"Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad.

Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Najib sejak tahun 1979.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti.

Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

P/s: Apa kata Najib tanding di Kuala Lumpur / Selangor
Tanding di kawasan yang pengundinya berbilang kaum
BTJ rasa Anwar tiada masalah untuk bertanding di luar Permatang Pauh
Najib ada masalah tak?
Berani ke tak?
Hahaha!!!
Haaaa...apa kata Ismail Sabri pun bertanding di luar Bera
Setahu BTJ Ismail Sabri ni memang bukan orang asal Bera pun
Jadi Ismail Sabri memang bertanding di luar kawasan
Hebat juga Ismail Sabri ini kerana berani bertanding di luar kawasan
Najib berani ke?
Jadi prestasi Ismail Sabri yang terbukti boleh menang bertanding di luar kawasan ini
Apa kata PRU13 Ismail Sabri cari kawasan lain pula
Mungkin kembali ke kawasan asal di Temerloh?
Bertanding di Kelantan?
Atau pun bertanding di Selangor
Najib berani ke?
Beri peluang ahli-ahli Umno asal Bera pula yang bertanding
Sekarang sudah ada pemimpin-pemimpin Umno Bera yang berkelayakan
Antaranya YB Adun Guai Norol Azali
Harap Ismail Sabri dapat beri peluang kepada ahli Umno asal Bera untuk bertanding
Ahli-ahli Umno Bera tentu ramai yang setuju dan sokong
Berani ke Najib dan Ismail Sabri?
Hahaha!!!


Jelajah Merdeka Rakyat Ke Bera, Pahang

Mesti ramai ahli Umno Bera yang akan hadir di program ini
Ada yang hadir jadi pengintip
Ada yang hadir sebab kena buat laporan untuk diberi kepada "orang atasan"
Jika tak percaya boleh hadir sendiri ke program ni
Hahaha!!!

P/s: Kepada orang-orang Bera, dijemput hadir beramai-ramai. Tunjukan petanda awal UmnoBN akan berkubur di Bera!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 10 October 2012

Genting Berhad Miliki Saham FGV?

Genting Berhad diminta nafi miliki saham FGV - Harakah Daily

KUALA LUMPUR: Genting Berhad digesa memberi penjelasan sama ada pihaknya memiliki atau pernah memegang saham Felda Global Ventures Holding (FGV), atau sebaliknya.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ekoran penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, baru-baru ini.

Menurut Mazlan, sekiranya benar Genting Berhad tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam FGV, syarikat besar itu boleh menafikan secara jelas berhubung dakwaan tersebut.

"Tapi, hingga saat ini, tiada sebarang pendirian atau jawapan daripada Genting Berhad bagi mengesahkan atau menafikannya. 

"Sedangkan, Ahmad mengatakan tidak ada satu peratus pun saham Genting dalam FGV ketika menafikannya," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Pada sidang media itu juga, Mazlan turut menunjukkan statistik yang dikeluarkan Bloomberg Peers, yang tertera syarikat terbabit memiliki 407, 005, 000, yang jika dijumlahkan bernilai hampir RM 2 bilion.

Sementara itu, Mazlan turut mendesak Ahmad agar memikirkan secara serius berhubung kedudukan saham FGV yang kini berada pada tahap RM 4.75.

"Dari bicara soal remeh seperti status Anak, adalah lebih baik beliau dan kerajaan berfikir mekanisme terbaik bagi membantu pemegang saham, khususnya para peneroka," tegas beliau lagi.

P/s: Sudah-sudah la ditipu pak cik dan mak cik Felda
Dah la kedudukan saham sentiasa menurun
Hasil pelaburan pun sudah meragukan
Genting Berhad ni syarikat judi kan?

Kita berkonsert Sabtu ini, bukan berjudi di Genting
Hahaha!!!


Thursday, 27 September 2012

Saham FGV Untung Lagi, Warga Felda Kenduri Besar


Hooray..
Hooray..
Hooray..
Saham FGV naik lagi..
Tak pernah turun..
Sentiasa untung..
Nanti Najib dan Isa akan umum durian runtuh lagi..
Kali ini memang runtuh..
Runtuh macam saham FGV..
Runtuh menjunam..
Hahahaha!!!

Monday, 16 July 2012

Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berarak Ke Istana Negara

Video ini jadi bukti

BTJ yang rakam video jadi saksi

Bukan 1000 orang seperti yang Ahmad Maslan kata

Tetapi beribu-ribu seperti dalam video

Pemimpin UmnoBN memang tidak pandai mengira

Rakyat terus bangkit tolak UmnoBN

Humbankan Isa Samad, Najib, kroni dan UmnoBN

Selamatkan tanah Felda


P/s: Peneroka sudah bangkit dan sedar. Umno bakal bungkus!


Malam esok di Temerloh!!!



Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berhimpun Di Pintu Masuk Masjid Wilayah Persekutuan

Sila tonton video ini

Ribuan warga Felda seluruh Malaysia telah hadir untuk membantah penyenaraian saham FGVH

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Isa Samad dari Felda

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Najib dan UmnoBN pada PRU 13 nanti

Ribuan rakyat Malaysia seluruh Malaysia juga telah hadir sebagai tanda solidariti


P/s: Pemerintah dan rakyat berpisah tiada. Apa guna hantar memorandum?


Malam esok di Temerloh!!!

Saturday, 14 July 2012

Mari Ke Perhimpunan Oren Petang Ini

Warga peneroka yang sudah sedar pasti akan ikut sera

Warga peneroka yang belum sedar harap akan sedar selepas perhimpunan ini

Realitinya peneroka sedang ditipu

Isa samad yang baru pegang jawatang pengerusi dan tak pernah pun jadi peneroka dapat 180 000 unit saham

Peneroka yang berhempas pulas membanting tulang membangunkan tanah Felda hanya dapat 800 unit saham

Sedarlah wahai peneroka!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 12 July 2012

Video: Rakyat Saudi Telah Bangun Melawan

Rakyat Saudi yang telah bangun melawan pemerintahnya
Dikatakan tidak kurang dari 2 orang yang terbunuh ditembak
Jika rakyat Saudi berani bangun melawan
Rakyat Malaysia mustahil punya rasa takut
Mari lihat video youtube ini




Sumber: Tukar Tiub

Ayuh Sabtu ini rakyat Malaysia tunjukkan kebangkitan!!!























Wednesday, 11 July 2012

Mari Ramai-ramai Ke Dataran Anak Muda MBPJ

Jika ini tempat in dinamakan Dataran Anak Muda MBPJ
Sudah pasti anak-anak muda wajib hadir
Kita raikan dataran ini


P/s: Selepas dengan pidato, Sabtu kita turun demo bersama warga peneroka!





Tuesday, 10 July 2012

Program Menarik Sabtu Ini

Anak-anak muda pastikan kehadiran
Sabtu ini kita akan melakar sejarah
Sejarah berdemo bersama warga peneroka
Kita selamatkan Felda dari dracula Malaysia yang sudah buncit menyedut kekayaan negara



Selepas berdemo kita pergi berhibur
Ini hiburan jalanan
Tiada protokol
Tiada lagu UmnoBN
Semuanya lagu perjuangan
Semuanya lagu yang menginsafkan
Tiada lagu bodek dimainkan
Lagu terbaik akan menang
Lagu yang terbaik akan menjadi siulan
Siulan kita di jalanan



P/s: Jika warga peneroka sudah pandai berdemo, tanda-tanda UmnoBN akan tersungkur..




Wednesday, 4 July 2012

14 Julai Kita Turun Berdemo Bersama Warga Felda

Lagi demo diadakan untuk membuat tuntutan
Lagi demo diadakan untuk tibai UmnoBN
Demo kali ini untuk warga Felda

Ayuh rakyat Malaysia kita turun ramai-ramai
Ayuh rakyat Malaysia kita bersolidariti dengan warga Felda
Ayuh rakyat Malaysia kita penuhi jalan raya
Ayuh rakyat Malaysia terutama anak-anak muda
Ayuh tunaikan tanggungjawab sebagai kaum muda


P/s: Tidak sabar untuk menyaksikan warga Felda menibai UmnoBN
Hahahahahahaha!!!