Bernama akui foto majlis PM 'telah diubah' - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama
Sumber gambar: pencacai-semalaysia.com
P/s: Akhirnya mengaku juga
Agak-agak dah berapa banyak gambar yang diedit telah disiarkan oleh media perdana pro kerajaan di negara ini
Alasan yang sama
Ikan bilis akan diburu dan ditangkap
Jerung akan terus bermaharajalela
Editor tak perasan ke gambar telah diedit?
Apa tugas seorang editor?
Apakah etika seorang wartawan atau pengamal media massa?
Apakah tindakan atau hukuman yang patut dikenakan kepada Bernama kerana menyiarkan gambar yang tidak asli (diedit)?
Mungkinkah gambar diedit atas arahan pihak atasan?
Alasan ini juga sering digunakan
Hahaha!!!
No comments:
Post a Comment