Showing posts with label Tolak Najib. Show all posts
Showing posts with label Tolak Najib. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Siri Janji Ditepati, Orang Bera Masih Guna Air Perigi!

Dari facebook Bob Manolan Mohamad

"Sumber air di Kg Lubok Tambangan, Bera selepas 55 tahun merdeka. Pakatan Rakyat utk rakyat. Ini kalilah!!!! Tukar...."


Inilah rupa di mana Menteri Besarnya sangatlah baik hati
Rakyat negeri sendiri masih tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna
Sibuk nak salurkan air ke negeri lain
Siapalah yang pilih Menteri Besar yang terlebih cerdik ini
Lagi memalukan
Perdana Menteri Malaysia juga asal dari Pahang
Dia mana tahu soal ini semua
Sejak lahir hidup senang lenang
Maklumlah anak bekas Perdana Menteri Malaysia
Keluarga orang bangsawan, orang elit
Jadi BTJ harap pembaca bukalah hati
PRU 13 kita pilih lakukan perubahan!

P/s:  Cuba bayangkan Najib, Rosmah, Adnan dan ramai lagi pemimpin UmnoBN serta kroni mandi menggunakan air seperti dalam gambar
Tentu menitik air mata korang menengoknya!

Tuesday, 19 February 2013

Membazir Cara Syaitan Yang Dikenali

Sumber gambar: King Jason


Ini la yang BTJ tak gemar sangat dengan golongan macam ni
Kat luar tu ramai lagi rakyat Malaysia yang tak cukup makan
Slumber Umno je korang membazir camni
Membazir tu amal syaitan
Umno memang syaitan dikenali kan?
Sesuai sangat!!!


Wednesday, 13 February 2013

Mahasiswa Makin Ditekan, Makin Bangkit

Siswa dakwa diugut dengan parang pula di Pekan - Mkini

Satu kumpulan anggota kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.

Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungiMalaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.

Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.

"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.

"Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.

Katanya, beliau bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.

Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.

Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

P/s: Habislah Najib
Baru-baru ni dimalukan oleh Psy
Jangan dimalukan oleh mahasiswa sudah la
Hahaha!!!

Mahasiswa Bangkit!
Rakyat Pasti menang!!!

Tuesday, 12 February 2013

Video: Yes To Psy, No To BN


P/s: Najib tak tidur lena la camni
Disebabkan itu
Jangan harap la Parlimen akan bubar dalam masa terdekat ni
No!!!
Hahaha!!!

Friday, 30 November 2012

Pasal Apa Najib Minta Maaf?


Sila baca bukan dengan sentimen kasihan
Sila baca dan lihat gambar ini dengan kebijakan
Kemudian timbulkan persoalan
Kenapa Najib minta maaf?

Selama ini yang dipaparkan media arus perdana hanyalah penafian semata-mata
Semuanya hampir 100% baik sahaja
Parti lawan pula yang disifatkan durjana
Tetapi kali ini dia minta maaf

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

P/s: Nak tahu kenapa jom turun Himpunan Kebangkitan Rakyat!
Nak tahu kenapa jom turun demo!
Hahaha!!!







Monday, 1 October 2012

Di Manakah PM Malaysia Ketika Bajet 2013 Di Bahaskan?


Anwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran Najib - Sinar Harian

JAMILAH HAMZAH
1 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.

Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.

P/s: PM penat kerana menghadiri Karnival Janji Ditepati kot..hahaha!!!

Friday, 21 September 2012

Memang Sah Gambar Majlis PM Telah Diedit


Bernama akui foto majlis PM 'telah diubah' - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong. 

"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama

Sumber gambar: pencacai-semalaysia.com

P/s: Akhirnya mengaku juga
Agak-agak dah berapa banyak gambar yang diedit telah disiarkan oleh media perdana pro kerajaan di negara ini
Alasan yang sama
Ikan bilis akan diburu dan ditangkap
Jerung akan terus bermaharajalela
Editor tak perasan ke gambar telah diedit?
Apa tugas seorang editor?
Apakah etika seorang wartawan atau pengamal media massa?
Apakah tindakan atau hukuman yang patut dikenakan kepada Bernama kerana menyiarkan gambar yang tidak asli (diedit)?
Mungkinkah gambar diedit atas arahan pihak atasan?
Alasan ini juga sering digunakan
Hahaha!!!

Wednesday, 1 August 2012

Sila Beri Dialog Yang Sesuai


Sila beri dialog yang sesuai
Dialog yang lawak guling-guling
Dialog yang serius pun boleh
Hahahahahahaha!!!


Sumber gambar: Sinar Harian Online


P/s: Napo muko mu nampok sedih Jib? Hahahahahaha!!!

Saturday, 18 February 2012

Gambar: Sekitar Pelancaran ABU Peringkat Bandar Tun Razak

Gerakan ABU iaitu singkatan bagi "Asalkan Bukan Umno" semakin mendapat tempat di hati masyarakat dalam agenda menumbangkan Umno pada PRU 13 yang semakin hampir ini. Gerakan ini tidak mengira kaum, agama dan ideologi politik. Ia manyatukan masyarakat dengan satu matlamat untuk menghukum UmnoBN yang telah banyak membuat onar di bumi Malaysia ini.

Malam tadi, 17 Februari 2012 telah berlangsung pelancaran ABU peringkat Bandar Tun Razak di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik. Kehadiran yang agak menggalakkan dari penduduk setempat dan juga sekitar Lembah Kelang melihatkan bahawa gerakan ini sudah mula diterima oleh masyarakat.

Penceramah jemputan yang hadir ialah Adam Adli, Pak Samad Said dan juga Mat Sabu. CheguBard dikhabarkan tidak dapat hadir kerana ada program di tempat lain. Penceramah yang hadir begitu bersemangat untuk mengajak rakyat menumbangkan UmnoBN dan juga mengajak rakyat untuk bersama mengubah lanskap politik negara agar lebih celik dalam memilih kerajaan memerintah iaitu berdasarkan prestasi pemerintahan. 

Mat Sabu menegaskan, jika setelah Pakatan Rakyat Memerintah dan melakukan seperti yang UmnoBN lakukan sekarang, maka gerakan ABU juga mesti kekal wujud untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah masa itu. ABU akan menjadi gerakan untuk "check and balance".

BTJ tidak mahu mecoret panjang. Seperti biasa, biarlah gambar menceritakan segalanya. Lihat gambar di bawah.












Ayuh rakyat Malaysia menyokong gerakan ABU. Mari bersama ABU demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Asalkan Bukan Umno!

ABU Bersama Dalam Bantah Lynas!










Tuesday, 14 February 2012

BR1M: Betulkah Tiada Unsur Politik?

Ini bukan lagi ada unsur politik, tetapi ini ada unsur kempen!
Inilah bukti UmnoBN yang sudah terdesak untuk memancing undi!

Guna wang rakyat atau wang pembayar cukai untuk kepentingan parti, kemudian minta rakyat berterima kasih dan bersyukur.
Ingat ini wang dari sumber parti mereka ke?

UmnoBN memang nak mampus!
Hahahahahahahaha

Seperti UmnoBN sudah nampak akan kekalahan yang besar pada PRU 13 yang semakin hampir ini.
Hahahahahahahaha


Sumber gambar: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.275843645813379.69356.153417568055988&type=1

Mari Kita Tumbangkan UmnoBN!

Ingat 26 Februari Ini!


Hebahan: Pelancaran ABU di Bandar Tun Razak

Ini program melawan.
Kepada yang mahu melawan sila hadirkan diri.
Kepada yang tidak berpuas hati dengan Umno sila hadirkan diri.
Melayu paling penting untuk hadir kerana telah lama diperbodohkan oleh Umno.
Biar Melayu dapat pencerahan.
Harapkan TV3 hanya bagi kegelapan.
Hahahahahahahaha
Anak-anak muda wajib datang.
Jika tak datang sila label diri sebagai orang yang lanjut usia!
Hahahahahahahaha


Sunday, 12 February 2012

Demo Rampasan Tanah Sekolah Rendah Islam Di Paka

Post ini BTJ salin dari blog Era Pasca. Beginilah nasib rakyat Malaysia di bawah penjajahan Umno. Dulu dijajah oleh British, sekarang dijajah oleh "anak angkat Britih" pula.

Teruskan berjuanga wahai rakyat Paka. Perjuangan anda tidak akan sia-sia. Kepada semua rakyat Malaysia, sila tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Paka dengan menghebahkan isu ini di semua laman sosial yang ada. 

Biar UmnoBN tumbang di bumi kelahirannya sendiri. Mari baca dengan hati, bukan hanya dengan mata.


Kejadian di laporkan dari wartawan di tempat kejadian iaitu En Milo Suam, segala gambar di hantar oleh Cik Melo sendiri.


En Melo telah menghabiskan duit simpanan beliau untuk menghadirkan diri hingga ke Paka, Terengganu untuk membawa berita ini. Kesian beliau. kihkihkih

Dari figure beliau sindri mengatakan hampir 2000 orang menyertai demo bantahan rampasan tanah wakaf anak yatim ini di depan pejabat adun Barisan Nasional.

Walaupun semua peserta sudah bersurai, tapi keputusan masih lagi tergantung dan orang ramai masih menunggu keputusan atau berita baik agar rampasan tanah ini dibatalkan demi survivor anak yatim.

Sekian. Allahhuakhbar!! Jangan lupa sharekan, spreadkan kebenjatan BN Terengganu ini, bagi membantu kempen Selamatkan Malaysia!


Antara muslimah yang hadir




Lagi Demo Akan Datang!


Friday, 10 February 2012

Harussani Kata Najib 'Gadai Akidah'

Najib ‘Gadai Akidah’ Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves, Tegas Harussani - TMI


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


P/s: Najib telah ditegur beberapa kali oleh mufti Perak ini. Namun Najib dan bininya buat tidak tahu je.

Sekarang Harussani menegur dengan tegas!

Ini buktinya apa?

Ini bukti Harussani sudah meluat dengan Najib!

Ini bukti Harussani sudah sangat-sangat meluat dengan Rosmah!

Mana pergi Hassan Ali?

Woit!! Hassan Akidah! Mana kau pergi?

Pergi betulkan akidah kat mana plak?

Yang terang-terang depan mata si Najib dan bininya ni taknak tegur ke?

26hb Kita Turun Kuantan Ramai-ramai!