Showing posts with label Dr. MAZA. Show all posts
Showing posts with label Dr. MAZA. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Saranan Dr. MAZA Kepada Kerajaan Malaysia


BTJ sedut gambar print screen ini dari facebook
Bagus dan sangat bernas saranan Dr. MAZA ini
Puak Umno yang terpekik terlolong tentang isu bible ini sila ambil perhatian

P/s: BTJ pula nak bagi saranan kepada Umno, JATI, Perkasa dan banyak lagi NGO Islam yang lain
Paling kaya Umno
Apa kata korang semua edarkan al-Quran tafsir secara percuma
Semasa Perhimpunan Agung Umno dan ceramah-ceramah Umno
Bukan buat Karnival Janji Ditepati
Joget sana joget sini
Janji sana janji sini
Tapi kosong!!!

Monday, 19 November 2012

Wajib Tonton Video Ini: Jawapan Kepada Isu Mendoakan Umno KO


Ini jawapan pelbagai serangan oleh media terhadap Pas
Moga akan memberi pencerahan kepada semua
Jika merujuk kepada video doa yang disiarkan di Buletin Utama TV3
BTJ memang agak kurang setuju dengan isi doanya
Kerana bagi BTJ banyak lagi doa yang lebih baik untuk didoakan
Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kita tidak berada di tempat mereka
Jika berada di tempat mereka
Mungkin sahaja kita akan mendoakan yang sama

P/s: BTJ sendiri pernah dianiaya oleh saudara-mara yang juga beragama Islam
Sangat mahu mendoakan yang baik tetapi hati yang sakit kerana dianiaya tidak mampu menerbitkan doa yang baik kepada insan-insan tersebut




Monday, 22 October 2012

Mari Ke Wacana Sinar Harian Dengan Topik Peranan Ulama' Menasihati Pemimpin

Wacana Sinar Selasa ini kupas topik peranan ulama tegur pemimpin


Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin

SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-15 dengan mengetengahkan topik Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Selasa ini.

Para panelis akan mengupas peranan ulama yang arif tentang sesuatu perkara namun tidak menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin mereka.

Di manakah suara golongan ilmiah ini?

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan tokoh yang berpengalaman iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia,

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 3 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

P/s: Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Mari meraikan budaya diskusi ilmu

Friday, 5 October 2012

Forum Politik Matang Menurut Perspektif Islam - Semua Dijemput Hadir

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir
Anak-anak muda diwajibkan hadir
Mari mematangkan politik dalam negara
Mari memerdekakan negara dengan politik yang matang


P/s: Sangat mahu untuk hadir tetapi BTJ sudah punya janji untuk urusan lain :(