Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Ini Forum Terbaik Untuk Dihadiri - Pastikan Kehadiran Anda!


Rakyat seluruh Malaysia dijemput hadir
Ini forum demi masa depan negara
Masa depan sistem persekolahan di Malaysia
Percayalah
Tidak rugi jika anda hadir!

Nak tahu tentang TFTN?
Sila layari http://teachfortheneeds.org/

Wednesday, 16 January 2013

Tragedi 'listen' Menjadi Bukti Kerajaan Kongkong Mahasiswa

Gambar ni macam biasa
BTJ sedut dari facebook
Terima kasih kepada pemilik gambar

Lama dah BTJ tak tengok pensyarah UKM ni di kaca TV
Dulu selalu tengok sebab beliau ni moderator dalam rancangan HUJAH yang disiarkan di TV9
Sekarang ni BTJ tak pasti rancangan tu ada lagi atau tak
Tapi yang BTJ tahu dan pernah tengok
Beliau ni dah tak jadi moderator dalam rancangan tersebut
Rancangan tersebut terus jadi tak menarik untuk ditonton
Sangat membosankan
Tak panas langsung isu-isu yang diketengahkan
Dah macam jadi platform untuk Umno menyebarkan agenda pembodohannya je

Syabas Dr. Agus
Pensyarah-pensyarah lain di Malaysia perlu bangkit
Buktikan bahawa anda semua adalah pensyarah
Bukan pencacai
Bukan kangkong

P/s: Universiti adalah universiti
Bukan sekolah tadika
Hanya duduk dan dengar
Tapi di UUM lain sikit
Duduk dan tepuk tangan
Hahaha!!!



Tuesday, 15 January 2013

Video: Listen! Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan Rupanya

Mohon tonton video ini dengan senyap dan tumpukan perhatian
Listen! Listen! Listen!
Hahaha!!!


Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan rupanya
Hahaha!!!


P/s: Listen! Listen! Listen!
Yes, listen to me first
Poorah!!!
Hahaha!!!

Monday, 3 December 2012

Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?


Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Sangat disaran puak-puak Melayu Umno yang totok tu sila la hadirkan diri
Hadir untuk mendengar hujah-hujah bijak pandai
Bukan hadir untuk buat samseng ye
Hehehe




Monday, 19 November 2012

Wajib Tonton Video Ini: Jawapan Kepada Isu Mendoakan Umno KO


Ini jawapan pelbagai serangan oleh media terhadap Pas
Moga akan memberi pencerahan kepada semua
Jika merujuk kepada video doa yang disiarkan di Buletin Utama TV3
BTJ memang agak kurang setuju dengan isi doanya
Kerana bagi BTJ banyak lagi doa yang lebih baik untuk didoakan
Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kita tidak berada di tempat mereka
Jika berada di tempat mereka
Mungkin sahaja kita akan mendoakan yang sama

P/s: BTJ sendiri pernah dianiaya oleh saudara-mara yang juga beragama Islam
Sangat mahu mendoakan yang baik tetapi hati yang sakit kerana dianiaya tidak mampu menerbitkan doa yang baik kepada insan-insan tersebut




Monday, 22 October 2012

Mari Ke Wacana Sinar Harian Dengan Topik Peranan Ulama' Menasihati Pemimpin

Wacana Sinar Selasa ini kupas topik peranan ulama tegur pemimpin


Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin

SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-15 dengan mengetengahkan topik Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Selasa ini.

Para panelis akan mengupas peranan ulama yang arif tentang sesuatu perkara namun tidak menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin mereka.

Di manakah suara golongan ilmiah ini?

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan tokoh yang berpengalaman iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia,

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 3 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

P/s: Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Mari meraikan budaya diskusi ilmu

Friday, 5 October 2012

Forum Politik Matang Menurut Perspektif Islam - Semua Dijemput Hadir

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir
Anak-anak muda diwajibkan hadir
Mari mematangkan politik dalam negara
Mari memerdekakan negara dengan politik yang matang


P/s: Sangat mahu untuk hadir tetapi BTJ sudah punya janji untuk urusan lain :(

Monday, 25 June 2012

Khamis Ini Forum Politik Bersama Artis

Kepada peminat Hairie Othman

Kepada peminat lagu Awan Nano

Kepada peminat Zed Zaidi

Sila pastikan kehadiran

Ini satu lagi perkara yang baru dalam dunia politik tanah air

Mari kita lihat hujah dan buah fikiran artis Malaysia

Mari kita kenali artis yang sayangkan negara

Bukan sekadar hanya tahu menjadi penghibur


P/s: Jika ramai artis yang datang tentu menarik dan mengejutkan Najib

Hahahahahahaha!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 7 May 2012

Hebahan: Program-program Melawan Di Selangor Minggu Ini



Anak-anak muda pastikan kehadiran anda
Tidak terhad untuk rakyat Selangor sahaja
Seluruh Malaysia boleh datang jika berkemampuan
Ini tanggungjawab bersama
Masa depan kita bersama

Tuesday, 3 April 2012

Program Mahasiswa Melawan Malam Ini Di UPM

Pastikan kehadiran anda malam ini!
Mahasiswa dan anak-anak muda akan bangkit dalam PRU 13 yangt bakal tiba ini!



Tuesday, 27 March 2012

Masihkah Jalanraya Pilihan Anak Muda?

Malam tadi iaitu pada jam 9 malam, Isnin 26 Mac 2012 telah berlangsung sembang santai atau boleh juga dikatakan forum santai yang bertempat di Nuin Cafe Bandar Baru Bangi. Kehadiran anak-anak muda mahasiswa agak kurang. Mungkin publisiti tidak cukup meluas dilakukan.

Panel yang hadir terdiri daripada 3 orang iaitu Fahmi Redza ( aktivis anak muda), Bro Shake (Free Public Forum) dan Adam Adli (aktivis mahasiswa). Ketiga panel ini begitu santai dalam berdiskusi dan memberi respon dalam isu anak muda, demonstrasi, pilihanraya dan juga jalanraya.

Secara mudahnya BTJ simpulkan bahawa ketiga-ketiga panel bersetuju dengan pilihan ke jalanraya dan juga menyatakan bahawa demonstrasi jalanraya masih relevan selagi ada segolongan masyarakat yang tertindas mahupun teraniaya.

Komen BTJ pula, pilihan ke jalanraya ini merupakan satu pilihan yang terbaik bagi segolongan minoriti yang tertindas bagi menyatakan rasa protes mereka. Jika saluran yang formal disediakan tetapi tidak memberi apa-apa kesan, maka jalanraya adalah pilihan yang terbaik. Ini juga ditegaskan oleh Fahmi Redza.

Bagi BTJ, mahasiswa dan anak-anak muda sekarang dilihat sangat sedikit yang menunjukan sifat-sifat aktivisme. Tidak mahu ditunjukan atau mereka ini tiada sifat tersebut. Dalam soal ke jalanraya ini, budaya aktivisme itu sangat penting. Turun ke jalanraya sebagai seorang aktivisme. Itu prinsip yang sepatutnya dipegang golongan anak muda dan mahasiswa ini.

Sampai di sini sahaja BTJ mengulas. Selebihnya adalah gambar yang sempat BTJ rakamkan malam tadi. Walaubagaimanapun, program sangat sempoi dan BTJ seronok menyertainya. BTJ akan terus menyokong program sebegini dan moga akan diadakan selalu.






Sekian.


Thursday, 15 March 2012

Forum melawan Malam Ini Di KL

Dato' Saifuddin Timb. Menteri KPT tidak jadi hadir.
Ganti dengan aktivis Hishamuddin Rais.
Nasib baik tak ganti dengan Hassan Ali!
Hahahahahahaha!!!



Tuesday, 13 March 2012

Hebahan: Forum Umum "PRU 13 Umno Tumpas?"

Mari anak-anak muda kita buat ramai-ramai pergi ke Dewan Perhimpunan Cina KL.
Mari anak-anak muda ramai-ramai menjernihkan kepala otak.
Jadikan forum satu budaya masyarakat kita.
Selepas demo di jalan raya yang dah jadi budaya.
Hahahahahahaha!!!






ANALISIS ARAH POLITIK MALAYSIA
PASCA PRU-13

Tarikh: 15 / 3 / 2012 (Khamis)
Masa: Jam 8 hingga 11 malam
Tempat: K.L. Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran: Strategic Information and Research Development Centre &
Free Public Forum Malaysia

PANELIS:
1. Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi)
2. Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Pas Pusat)
3. Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan Malaysia) 

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi
Chong Ton Sin 016-379 7231, Shake Omar 013-296 5724


Monday, 16 January 2012

Video: Pandangan Aktivis Tentang Kes Adam Adli

Ini merupakan pandangan seorang aktivis iaitu Fahmi Reza mengenai kes "turun bendera" dan hukuman gantung Adam Adli dalam forum "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa" bersama panelis Safwan Anang, Adam Adli & Fahmi Reza di KLSCAH, Jumaat lalu, 13 Jan 2011.

Jom tonton dengan mata, fikir dengan akal dan rasa dengan hati. Selesai menonton sila sebarkan.


P/s: Sudah tiba masa anak muda dan mahasiswa bersolidariti demi memperjuangkan nasib rakyat dan negara ini.

Ayuh!


Thursday, 8 December 2011

Raikan Demokrasi: 6 Aktivis Mahasiswa Ditahan!

Sinaran Hairan: Speakers Corner UiTM kecoh, 6 aktivis mahasiswa ditahan

SHAH ALAM - Speakers Corner di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam ini bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau dilakukan mahasiswa pro-aspirasi dan berlaku campur tangan pihak polis bantuan universiti itu sehingga enam aktivis mahasiswa ditangkap.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab berkata kejadian berlaku apabila datang sekumpulan mahasiswa membuat kecoh dan menarik aktivis UiTM, Khalid Ismad serta rakannya yang dikenali sebagai Ehsan dari Unisel.

Katanya, polis bantuan berkenaan bertindak menahan aktivis SMM dan membawa mereka ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

"Saya kecewa kerana pihak universiti tidak bersikap terbuka dalam memberi peluang demokrasi mahasiswa.

"Ia sepatutnya seperti yang termaktub dalam pindaan Auku 2009 di mana menunjukkan kerajaan mengiktiraf hak perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah", katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini

Syukri berkata, UiTM juga mengadakan tujuh sekatan jalan di dalam kampus itu. -SH Online/NadiaZaman

P/s: Inilah buktinya mahasiswa sudah bangkit!

Inilah buktinya mahasiswa sudah berani melawan!

Inilah buktinya negara Malaysia mengamalkan demokerusi! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Awas! Mahasiswa makin ditahan makin melawan!

Awas! Mahasiswa makin disekat makin sepakat!

Awas! Mahasiswa makin ditekan makain ramai turun ke jalan!

Jika 6 aktivis ditahan, pastikan beratus lagi akan bangkit melawan!

Ayuh, tunjukkan kuasa mahasiswa!

Mahasiswa Bersama BERSIH 3.0!