Showing posts with label Kartun Zunar. Show all posts
Showing posts with label Kartun Zunar. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Mari Beli Buku Kartun Zunar "Lawak & Lawan"

Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan' - Mkini



Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya.

Karya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012.

Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. 

"Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka.

"Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.

Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.

Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

P/s: Zaman sekarang pelbagai cara ada untuk jatuhkan UmnoBN
Beli buku kartun Zunar Lawak & Lawan pun dah boleh jatuhkan UmnoBN
Tak caya boleh cuba beli
Hahaha!!!

Wednesday, 21 March 2012

Mari Beli Buku Kartun Zunar 1Moolaysia

Mkini: Zunar angkat isu lembu dalam buku terbaru

Walaupun bukunya sering menjadi mangsa pengharaman oleh kerajaan, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar terus menerbitkan karya terbaru yang mengusik perjalanan politik negara.

Kali ini, beliau tampil lagi dengan 1MOOLAYSIA yang antaranya memuatkan jenaka tentang isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.

"Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!" katanya.

Selain terus mengusik isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai subjek yang digemarinya, Zunar juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menurutnya "gagal" disentuh kartunis politik di Malaysia.

Isu-isu itu antaranya berkaitan tindakan imam kontroversi Hoslan Hussein yang membaling kasut ke arah panel hakim, isu dakwaan Rosmah suka membeli-belah dan demonstrasi BERSIH 2.0.

Selain kartun-kartun terbaru, 1MOOLAYSIA turut memuatkan karya-karyanya yang termuat dalamMalaysiakini dan laman antarabangsaCartoonmovement.

Buku kelima Zunar ini akan dilancarkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 25 Mac di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Ia boleh dibeli secara langsung hari tersebut selain tempahan melalui laman webnya dan kedai buku dalam talian Kinibooks.