Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Biar Anak Temerloh Menentu Masa Depan Temerloh


Anak Temerloh sudah ternyata punya tokoh-tokoh hebat sejak dahulu lagi
Ibrahim Haji Yaakob, Pak Sako dan lain-lain
Tidak usah kerana kemaruk kuasa
Kerana mahukan kerusi
Tempat orang pun kira jadi

P/s: No 'big brother' la bro..

Wednesday, 30 January 2013

Malaysia Catat Prestasi Akhbar Paling Buruk, Transformasi Berjaya?

M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk - Mkini

Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini – dengan menduduki tangga ke-141 daripada 179 negara – sejak indeks tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.

Reporters Without Borders yang mengeluarkan indeks berkenaan antara lainnya menyebut, kedudukan buruk itu disebabkan tindakan polis ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lalu.

Malaysia mencatat kedudukan ke-141 pada 2010 dan memperbaikinya ke tangga-122 pada 2011-2012.

Ia juga menyatakan bahawa negara Bangladesh, Libra, Kyrgyzstan, Thailand, Indonesia dan Brunei mencatan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Singapura mencatat kedudukan ke-149 manakala Burma melangkaui 18 kedudukan selepas mengalami "perubahan dramatik" pada tahun lalu.

P/s: Transformasi Najib berjaya lagi
Utusan selalu kena saman
TV3 siarkan berita yang meloyakan
Apa lagi lepas ni?
Nasib baik Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tiada polis kacau
Jika tidak tentu prestasi lagi teruk
Hahaha!!!

Memalukan pengamal media di Malaysia je!!!




Wednesday, 16 January 2013

Bekas Pegawai JPN Dedah Komplot SPR

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC - Mkini

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

P/s: Patut la UmnoBN boleh memerintah lama
SPR jadi tali barut UmnoBN rupanya
Adakah semua ini akan berulang di PRU13?
Rakyat semua siap sedia
Jika pilihan raya dirancang SPR untuk menipu
Rakyat akan turun ke jalan raya!!!
Ini amaran rakyat!!!



Friday, 11 January 2013

Himpunan Kebangkitan Sejuta Rakyat #KL112 Tetap Di Stadium Merdeka

Penganjur tolak syor polis, tetap di Stadium Merdeka - Mkini


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya menyemak semula hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan tersebut 12 Januari ini.

Sebaliknya, beliau mencadangkan penganjur menggunakan Stadium Bukit Jalil memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT dan memenuhi keperluan aspek keselamatan.

"Ini kerana Perbadanan Stadium Merdeka telah meletakkan syarat utama agar perhimpunan tersebut disertai tidak boleh daripada 30,000 orang peserta berdasarkan kapasiti stadium yang hanya boleh menampung jumlah tersebut.

"Dengan sasaran penganjur untuk mengumpul seramai 1 juta peserta, maka secara logiknya perhimpunan tersebut adalah lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih sesuai dan selesa memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT serta memenuhi keperluan dari aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Dilaporkan pihak pengurusan Stadium Merdeka bersetuju membenarkan penggunaan stadium tersebut dan penganjur bersedia untuk mematuhi syarat dan peraturan seperti mana diputuskan dalam pertemuan hari ini.

Mohmad membuat saranan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5 petang ini.

Sebelum itu, pihak penganjur telahpun mengadakan perbincangan dengan OCPD Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berhubung syarat dan persediaan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka.

Dalam kenyataan itu juga, Mohmad berkata beliau difahamkan permohonan untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil pernah dibuat oleh penganjur pada Oktober lalu manakala di Stadium Merdeka pada Disember lalu.

Tambahnya, beliau dimaklumkan kedua-dua perbadanan stadium tersebut memberi kelulusan terhadap permohonan penganjur.

"Pihak penganjur adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan anjuran mereka berlangsung dengan aman termasuk memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan relevan," katanya. 

Pengerusi penganjur, Mohamad Sabu ketika dihubungi lewat petang ini bagaimanapun tidak berganjak dengan keputusan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka.

"Tetap di Stadium Merdeka," kata timbalan presiden PAS itu kepada Malaysiakini, ketika diminta mengulas saranan polis Kuala Lumpur.

Kenyataannya melalui SMS itu bagi menegaskan kenyataananggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua pagi ini yang turut berkeras demikian.

Tian Chua berkata demikian susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada malam semalam yang mencadangkan supaya penganjur mengguna Stadium Bukit Jalil kerana lebih "sesuai dan selamat" serta "tidak menyusahkan rakyat".

P/s: Polis dah mula flip flop
Kejap boleh kejap tak boleh
Ada tekanan dari "pihak atasan" ke?
Jawatankuasa Penganjur #KL112 dah banyak bagi kerjasama
Jika tak benarkan Stadium Merdeka digunakan
Stadium Bukit Jalil bukanlah pilihan lain yang ada
Sebaliknya jalan raya adalah pilihan yang paling tepat
Anak-anak muda siap sedia
Pelbagai kemungkinan akan berlaku
Walauapapun yang akan terjadi
Akhirnya negara ini akan menjadi milik anak-anak muda!





Wednesday, 9 January 2013

Berita Terkini!!!: Pengurusan Stadium Merdeka Beri Kebenaran Untuk #KL112

Himpunan 12 Jan: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka - Mkini


Naib presiden PKR Tian Chua berkata bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan panganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

Tambahnya, jawatankuasa berkenaan kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir, susulan perkembangan itu.

P/s: Akhirnya..akhirnya..akhirnya
Desakan demi desakan
Tekanan demi tekanan
Oleh rakyat terhadap kerajaan
Tempat bersejarah ini akhirnya menjadi sebuah lokasi
Lokasi yang akan mencatat sejarah tersendiri dalam negara
Inilah kuasa rakyat dan rakyat pasti menang!!!
Ayuh sejuta rakyat turun #KL112!!!



SYABAS Bakal Ditendang Dari Selangor

K'jaan S'gor mahu tamatkan konsesi air SYABAS - Mkini


Kerajaan Selangor berpendapat gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mewajarkan perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ditamatkan segera dan kerajaan negeri dibenar campurtangan dalam operasi air.

"Bagi mengelakkan gangguan bekalan yang lebih teruk serta menjamin kepentingan pengguna air, kerajaan Selangor berpendapat adalah wajar ketika ini perjanjian konsesi ditamatkan sekaligus dan Selangor dibenar melaksanakan 'step in' dalam operasi SYABAS.

"Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media petang tadi.

P/s: SYABAS SYABAS SYABAS
Syabas kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PR
Selalu sangat kacau kerajaan Selangor
Kan dah kena tendang
Hahaha!!!

Cuma satu je TS Khalid
MB Selangor yang mula disanjungi rakyat Selangor
Macam mana dengan air percuma untuk apartment kos sederhana rendah, sederhana dan tinggi?
Bila mau dapat maaaa???
Nak hold sampai bila haaaa???

Terkini!!!: Mahkamah Tinggi KL Isytihar Keahlian Isa Samad Dalam KPF Batal & Tidak Sah

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah - Mkini


Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.

Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF.

KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.

Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.

P/s: Elok la mahkamah batalkan
Isytihar tak sah
Buat apa nak simpan musang dalam reban ayam
Kan? Kan? Kan?
Hahaha!!!

Tidak batal dan sah
Sabtu ini sejuta rakyat turun #KL112!!!

Thursday, 3 January 2013

Sang Saka Bendera Rakyat Berkibar Di Dataran Merdeka

'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran - Mkini


"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.

Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.


Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

Muhammad Nasir yang ditemuiMalaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.


"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.

Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.


Sebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggahdengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.


P/s: Tahniah dan syabas kepada anak-anak muda ini
Berani tampil untuk menjernihkan sejarah
Selama ini sejarah keruh
Semuanya tentang UmnoBN yang baik dan hebat
Pihak lain ada niat jahat
Pihak lain ada unsur komunis
Sejarah tidak boleh dipesongkan
Tidak boleh dirahsiakan
Mungkin seketika
Namun akhirnya akan bangkit golongan muda
Akan berjuang bermatia-matian demi kelangsungan negara

Pintu telah dibuka
Jambatan sudah tersedia
Mari melangkah bersama
Kita bersama lakukan perubahan demi negara!!!




Friday, 21 December 2012

Pelan Kitar Semula Lynas Meragukan - Ahli Radiologi

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas' - Mkini


Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenaipelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.

P/s: Alaaa..nadir bumi ni bukan bahaya pun
Makcik dan pakcik boleh pegang dengan tangan je
Tengok, takde kesan apa-apa pun
Tangan saya tak merah pun
Berapa banyak pun daaa
Hahaha!!!

Tak payah fikir banyak-banyak dah pasal Lynas ni
Tak payah susah-susah nak fikir
Jangan penatkan kepala otak
Lynas ini sah projek korni
Lynas ini sah menguntungkan beberapa pihak
Lynas ini sah masyuuuukk bagi seseorang
Hahaha!!!

Hanya 1 jalan nak hentikan Lynas
Apa?
Apa?
Apa?
Sila berada di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
12 Januari 2013, jam 2 petang!!!



Wednesday, 19 December 2012

Pelawaan Untuk Semua: Dialog Suruhanjaya Integriti Di PJ Esok


Anda dipelawa hadiri dialog S'jaya Integriti di PJ esok - Mkini

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengundang orang ramai untuk hadir pada majlis dialog bersamanya esok, bagi memberi maklum balas mengenai salah laku agensi penguatkuasaan.

Sesi dialog yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari, kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Dialog juga bertujuan menerangkan peranan serta fungsi EAIC dan akan dihadiri Pengerusi EAIC, Datuk Heliliah Mohd Yusof serta Timbalannya Datuk Paul Low Seng Kuan. 

Mereka yang ingin menghadiri sesi dialog itu boleh menghubungi sekretariat media, Mohd Hafizzam Hamalad di talian 03-8888 6682 atau Nur Idayu Maruan, 03-8888 7163 atau melayari www.eaic.gov.my.

- Bernama

Friday, 14 December 2012

Mari Beli Buku Kartun Zunar "Lawak & Lawan"

Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan' - Mkini



Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya.

Karya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012.

Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. 

"Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka.

"Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.

Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.

Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

P/s: Zaman sekarang pelbagai cara ada untuk jatuhkan UmnoBN
Beli buku kartun Zunar Lawak & Lawan pun dah boleh jatuhkan UmnoBN
Tak caya boleh cuba beli
Hahaha!!!

Wednesday, 21 November 2012

Apa Kata Pakar LGBT

'Parti Pakatan ibarat kahwin sejenis' - Puad Zarkashi - Mkini

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen, dakwanya.

Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.

"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas. 

"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.
Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.

Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.

Bercakap lanjut, Puad berkata cadangan agar presiden PAS menjadi perdana menteri membuktikan ahli-ahli PAS memprotes secara senyap idea pluralisme dan kenyataan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama baru-baru ini.

"Tiada kesepakatan di antara mereka dan mereka tidak seperti BN yang mengamalkan kesederhanaan dan musyawarah.

"Satu lagi masalah adalah pluralisme, yang saya kira merupakan satu protes kepada kenyataan Nurul Izzah... dan mereka zahirkannya dengan mencadangkan Hadi sebagai PM," katanya.

Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.

"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas. 

"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.
Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.

Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.

Bercakap lanjut, Puad berkata cadangan agar presiden PAS menjadi perdana menteri membuktikan ahli-ahli PAS memprotes secara senyap idea pluralisme dan kenyataan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama baru-baru ini.

"Tiada kesepakatan di antara mereka dan mereka tidak seperti BN yang mengamalkan kesederhanaan dan musyawarah.

"Satu lagi masalah adalah pluralisme, yang saya kira merupakan satu protes kepada kenyataan Nurul Izzah... dan mereka zahirkannya dengan mencadangkan Hadi sebagai PM," katanya.

P/s: Asyik-asyik muka ini cakap pasal LGBT
Jika Hassan Ali dikenali dengan isu akidah
Kemudian terhasillah nama timangan "Hassan Akidah"
Mungkin Puad Zarkashi pula akan dikenali dengan isu LGBT
Maka akan wujudlah nama timangan "Puad LGBT"
Hahaha!!!





Tuesday, 6 November 2012

Ahmad Ditangkap Polis Semula Kerana Mendapatkan Khidmat Peguam?

Tangkap Ahmad semula satu 'salahguna proses mahkamah' - Mkini

Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.

Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan penyalahgunaan proses mahkamah".

Beliau berkata Ahmad pada mulanya dihadapkan ke mahkamah majistret Johor Baru selepas ditahan reman selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.

Ahmad (kiri) ditangkap pada kali pertama berikutan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya di Johor.Fadiah berkata, Ahmad akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini oleh polis yang telah memohon untuk menahan remannya di bawah pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau menambah bahawa polis didakwa memberitahu keluarganya bahawa Ahmad ditangkap semula kerana mereka telah mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes tersebut.

"Ini benar-benar satu bentuk ugutan dan pelanggaran perlembagaan persekutuan," katanya.

"Hak untuk mendapatkan khidmat peguam dijamin di bawah Perkara 5 (3) Perlembagaan. Adakah ini sebuah negara polis sehingga orang ditangkap kerana mendapatkan khidmat peguam?" soalnya.

P/s: Sudah dibebaskan
Kemudian tangkap semula
Alasan tangkapan kedua sangat pelik
Adakah mendapatkan khidmat peguam merupakan satu kesalahan?
Setakat ini butir-butir dalam facebook yang mengatakan Ahmad Abd Jalil menghina Sultan Johor masih tidak didedahkan
Hina pemerintah sampai dua kali tangkap
Hina agama Islam langsung tiada tangkapan!



Malam Ini

Disember nanti



Monday, 5 November 2012

Bersykurlah Sebab Malaysia Sebuah Negara Yang Aman

Anak bekas MP Parlimen Pasir Puteh parah ditetak - Mkini

Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada
tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.

"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di ibunegara hari ini.

Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.

Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. - Bernama

P/s: BTJ ngeri betul dengan berita begini
Takut tengok darah pun ye juga
BTJ selalu dengar ramai orang suruh bersyukur sebab Malaysia ni negara aman
Boleh pergi mana-mana pun tanpa rasa takut
Semua ini BTJ dengar masa bila demo besar nak diadakan di KL
Jadi sekarang nak tanya semua pembaca blog BTJ
Benarkah negara Malaysia ini betul-betul aman?
Boleh tetak orang suka-suka hati di tempat awam tu ciri-ciri negara aman ke?

Mari kita berdemo menuntut keamanan





Anak Muda Berbahaya Kerana Memiliki "Senjata Facebook"

Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan? - Mkini

Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.

Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.

Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.

"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.

Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.

Ahmad ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.

Anggota polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.

P/s: Setiap malam BTJ menonton Buletin Utama TV3
Nak tengok apa yang Buletin Utama pusing tiap-tiap malam
Selain berita pasal politik
Selalu BTJ tengok banyak juga berita jenayah
Malam tadi berita anak bekas MP kena tetak tapi tak mati
Pemandu teksi kena kelar hingga mati
Dan banyak lagi
BTJ nak tanya polis
Dah tangkap ke penjenayah-penjenayah yang buat onar hingga membunuh orang ni?
Mana perginya polis yang ramai hingga boleh berlaku kejadian ngeri seperti ni?
Tanggungjawab polis adalah melindungi rakyat dan membuat rakyat berasa selamat
Nak kata polis tak ramai tak logik lah plak
Bila masa rakyat demo punya la ramai
Nak tangkap seorang anak muda jujur hina sultan di facebook pun 10 orang polis yang terlibat
Anak muda ini bukan penjenayah
Anak muda ini tiada senjata
Anak muda ini bukan jual dadah
Anak muda yang "bersenjatakan facebook" ini berbahaya hingga 10 orang polis diperlukan untuk menahannya?
Begitulah bahayanya anak muda
Bahayanya anak muda yang lantang dan jujur di facebooknya!