Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Wednesday, 13 February 2013

Mahasiswa Makin Ditekan, Makin Bangkit

Siswa dakwa diugut dengan parang pula di Pekan - Mkini

Satu kumpulan anggota kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.

Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungiMalaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.

Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.

"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.

"Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.

Katanya, beliau bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.

Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.

Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

P/s: Habislah Najib
Baru-baru ni dimalukan oleh Psy
Jangan dimalukan oleh mahasiswa sudah la
Hahaha!!!

Mahasiswa Bangkit!
Rakyat Pasti menang!!!

Maklumat Bocor, UmnoBN Akan Tumbang Di PRU 13


Maklumat dari Bukit Aman dan Mindef, Umno Bn akan hilang Putrajaya
Table 1: The possible outcome in GE13.
no
STATE
PR
BN
1
PERLIS
1
2
2
KEDAH
13
2
3
KELANTAN
13
1
4
TERENGGANU
4
4
5
PENANG
12
1
6
PERAK
18
6
7
PAHANG
5
9
8
SELANGOR
20
2
9
WILAYAH PERSEKUTUAN
10
1
10
PUTRAJAYA
0
1
11
NEGRI SEMBILAN
6
2
12
MELAKA
2
4
13
JOHOR
12
14
14
LABUAN
1
0
15
SABAH
12
13
16
SARAWAK
16
15
145
77

tak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak tetapi dari maklumat dalaman yang diperolehi dari beberapa sumber khususnya risik tentera di Mindef dan cawangan khas di Bukit Aman mampu menjelaskan kegusaran kenapa Najib tidak menjumpai tarikh Pilihanraya.


Jadual di atas ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika PRU diadakan hujung tahun lepas. Maka mereka lewatkan PRU untuk mengharapkan keajaiban.

Tugas rakyat kini tanya diri sendiri apa sumbangan kita ke arah menumbangkan regim tua dalam negara ini ?


Ingat!
Rakyat Pasti Menang!

Sumber: http://chegubard.blogspot.com/2013/02/maklumat-dari-bukit-aman-dan-mindef.html

Tuesday, 29 January 2013

Cakar Sana Cakar Sini, Umno Kedah Bakal Tumbang Sekali Lagi?


PRU13: Anggota parti BN Kedah diminta henti bercakar - Sinar Harian

KULIM - Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)
tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti.

"Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi.

Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak.

Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut. Turut hadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan dan pemimpin parti komponen BN Bahagian Padang Serai. 

Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti awal kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan RM672,000 kepada 672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan.

Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan. - Bernama

P/s: Apa makna berita ini?
Apa maknanya?
Adakah UmnoBN benar-benar kukuh dan siap sedia untuk PRU 13?
Ramai yang calar kerana bercakar-cakar tu
Hahaha!!!

Setiap kali pilihan raya memang camni
Umno akan bercakaran
Pemimpin yang tidak dicalonkan akan sabotaj parti
Tak percaya tengok la nanti
Hahaha!!!

Rakyat bersatu tolak parti bercakaran!
Hahaha!!!
Orang Lipis wajib turun!


Wednesday, 7 November 2012

Video: Bayangkan Jika Di Malaysia Ada Kempen Begini


Bayangkan jika video begini digunakan sebagai kempen pilihan raya di Malaysia
Disiarkan pula di media perdana
InsyaAllah
Dah lama Umno berkubur
Hahaha!!!

Bangkit rakyat Malaysia, bangkit lah!!!



Wednesday, 14 December 2011

Ini Hujah Ahli Akademik, Bukan Ahli Politik!

BTJ sangat tertarik dengan hujah dan seruan Prof. Abu Hassan Hasbullah yang begitu tegas dan jelas dalam menuntut supaya generasi muda melakukan perubahan.

Jika hujah dan seruan ini dari ahli politik, mungkin ia hanya kerana survival politiknya. Ini kerana ahli politik itu ibarat laut yang luas, di dasarnya tidak diketahui rupa dan isi.

Tetapi ini hujah dan seruan daripada seorang ahli akademik. Hujah dan seruannya berdasarkan kajian, penyelidikan dan pengalaman.

BTJ yang dianggotai oleh barisan anak muda sangat setuju dan menyahut seruan ini. Ia adalah realiti zaman kini di sebuah negara yang dulunya dikenali Tanah Melayu tetapi sekarang telah dikenali sebagai Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi serta rakyat berbilang kaum dan agama.

Oleh sebab faktor persekitaran negara yang berbilang kaum dan agama ini, perubahan yang dilakukan hendaklah lebih realistik dan memerlukan penyertaan secara total dari seluruh masyarakat serta pengorbanan pasti dituntut. Tentu ada yang lebih patut diberi keutamaan bagi menjayakan negara bangsa ini.

Keutamaan itu adalah kepada negara ini dan telah tiba masa generasi muda memikirkan survival negara, bukan survival individu atau mana-mana parti politik. Di sini BTJ menegaskan bahawa negara mendahului semua kepentingan individu dan parti.

Jadi, perubahan yang dituntut tidak boleh dilengahkan oleh generasi muda. Sudah masa untuk kita berlari, bukan berjalan santai bagai negara ini cukup aman dan stabil bagi kita mendiaminya.

Stabil dan aman ini bukan bermakna tiada peperangan sahaja dan kita boleh selamat untuk berlegar ke mana-mana di dalam negara ini tetapi ia lebih luas untuk didefinisikan. Bagaimana isu rasuah? Wang negara atau lebih tepat wang pembayar cukai yang lesap tanpa kita tahu ke mana arahnya, ke poket sesetengah individu atau kepada pembangunan masyarakat dan negara? Projek NFC yang meleburkan RM250 juta dan pelbagai lagi yang disaksikan oleh rakyat namun tetap membisu. Negara juga menanggung hutang hingga bernilai ratusan billion ringgit. Adakah semua permasalahan negara ini membuktikan negara ini stabil dan selamat?

Kini, bukan lagi masa untuk masyarakat terus membisu. Generasi muda telah mula bangkit untuk bersuara dan golongan tua harus biarkan sahaja, bukan mendendang ketakutan atau kebimbangan yang semuanya berakar sejak negara dijajah lagi.

Generasi muda harus percaya dan yakin, akhirnya negara ini akan menjadi milik kita. Kita yang akan mentadbir dan mengurus negara ini. Kita adalah penentu kepada jatuh bangun negara ini pada masa akan datang. Kita yang akan berada di barisan hadapan untuk mempertahankan negara ini. Kita dukunglah negara ini bersama-sama bukan mendukung individu atau mana-mana parti politik.

Perjuangan demi survival negara ini perlu jelas bagi generasi muda. Pilihan raya atau jalan raya, kedua-keduanya adalah medium untuk generasi muda melakukan perubahan. Yakin dan percayalah, perubahan dalam tangan kita.





Sinaran Hairan: Generasi muda perlu memelihara tanah air


SHAH ALAM- Sudah tiba masanyagenerasi muda berubah agar tanah air akan terus terpelihara.

Pensyarah Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia (UM) Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata perubahan perlu dilakukan oleh generasi muda untuk kebaikan negara.

“Parti politik bukan milik semua orang, tetapi tanah air ialah milik seluruh rakyat. Jika tanah air musnah, kita hendak pergi ke mana? Penentu pilihan raya ialah pada golongan muda agar tidak taksub pada baka politikyang diwarisi nenek moyang mereka.

Sebagai anak mudaperlu fikir adakah tanah air kita kini lebih baik dari negara lain?” katanya dalam Wacana Sinar Harian yang bertajuk PRU 13, undi siapa jadi penentudi sini hari ini.

Katanya, perubahan yang berlaku di Mesir dan Romania diatas kebangkitan anak muda wajar dicontohi.

“Bagaimana anak muda di Mesir merealisasikan bahawa golongan tua yang taksub pada politik lama gagal diselamatkan?Bagaimana berbillion ringgit setiap tahun dengan sekelip mata hilang? Mesir sepatutnya menjadi negara yang bagus.

Oleh itu, anak-anak muda yang bangkit dan membebaskan Mesir harus dijadikan model dan bukan survival politik,” katanya.

Selain itu, katanya, dengan perubahan yang dilakukan juga mampu mengubah indeks demokrasi dan rasuah negara.

“Kenapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dalam proses sebuah tamadun, tidak perlu ada perasaan bimbang jika mana-mana parti akan jatuh dan diganti parti lain.

Jelasnya, apa yang penting ialah kepercayaan.

“Jika Pakatan Rakyat (PR) diberi kepercayaan untuk mentadbir dan mereka berjaya, maka kita harus beri kepercayaan. Penentu sekarang ialah demografi golongan muda berumur 21 hingga 40 tahun disamping kaum Cina dan kaum wanita. Saya menyeru kita semua lakukan perubahan demi kebaikan negara,” ujarnya.