Thursday, 2 August 2012

Jurufoto: Polis Paksa Saya Padam Gambar Kekerasan - Mkini


Inilah pengakuan dari seorang jurufoto. Bagi BTJ pengakuan ini tidak bias. Beliau hanya seorang jurufoto dan sudah tentu beliau mahu merakam sesuatu yang benar, bukan dusta. Mari baca keratan berita di bawah ini.

Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.

"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...

bersih 3 rally 160512 10"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan.

"Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.

Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.

"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan. - Mkini

P/s: Adakah pihak keselamatan yang bertugas sewaktu BERSIH 3.0 itu telah "menepati janji" mereka? Apakah janji pihak keselamatan? Sila tepuk dada dengan cota tanya Ketua Polis Negara!

No comments: