Showing posts with label Perhimpunan Aman. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Aman. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

Siap Sedia Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013


Sejuta rakyat Malaysia diseru untuk turun bersama
Sejuta rakyat Malaysia dimohon untuk turun bersama
Sejuta rakyat Malaysia diwajibkan turun bersama
Sejuta rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa, umur dan warna kulit
Sejuta rakyat akan membanjiri Kuala Lumpur
Ini adalah demi masa depan negara, Malaysia!

Kosongkan tarikh ini untuk ikut serta
Tempah tiket pengangkutan awam ke KL mulai dari sekarang
Jika kurang bajet mohon tumpang rumah saudara-mara dan rakan
Ramai juga yang tidur di masjid nanti
Apa sahaja pun boleh
Asalkan sejuta rakyat Malaysia turun ke himpunan ini!

Tarikh keramat 2013


Thursday, 8 November 2012

Hari Ini Silent Protest For Rohingya DI Dataran Merdeka

Dari Facebook Fahmi Reza:-

In solidarity with the people of Rohingya

A silent protest in conjuction with Rohingya Global Day of Action to mock the silence of our government, ASEAN, OIC and UN in pressuring Myanmar to end the ethnic-cleansing.

Date: Thursday, 8 Nov 2012

Time: 1:00pm
Venue: Dataran Merdeka, KL

Wear something white

Info: 017-2430978






Monday, 5 November 2012

Bersykurlah Sebab Malaysia Sebuah Negara Yang Aman

Anak bekas MP Parlimen Pasir Puteh parah ditetak - Mkini

Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada
tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.

"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di ibunegara hari ini.

Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.

Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. - Bernama

P/s: BTJ ngeri betul dengan berita begini
Takut tengok darah pun ye juga
BTJ selalu dengar ramai orang suruh bersyukur sebab Malaysia ni negara aman
Boleh pergi mana-mana pun tanpa rasa takut
Semua ini BTJ dengar masa bila demo besar nak diadakan di KL
Jadi sekarang nak tanya semua pembaca blog BTJ
Benarkah negara Malaysia ini betul-betul aman?
Boleh tetak orang suka-suka hati di tempat awam tu ciri-ciri negara aman ke?

Mari kita berdemo menuntut keamanan





Friday, 2 November 2012

9 Nov Demo Bantah AES Di Lumut, Tempat Lain Bagaimana?

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini

Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.

Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.

Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.

Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!

Demo dalam masa terdekat


Ceramah umum dalam masa terdekat






Monday, 29 October 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3112012


Selalunya di Kuala Lumpur
Kali ini bertukar lokasi
Kita ke negeri adat
Negeri Sembilan nama diberi
Seremban lokasi ditujui
Mari kita banjiri Seremban

P/s: Kita berhimpun kasi roboh kubu UmnoBN di negeri ini!

Tuesday, 23 October 2012

SAMM: Bersedia Untuk Ke Jalan Raya Atau Ditipu

Bersedia untuk turun ke jalan atau kena tipu lagi

Kenyataan Umum

23 Oktober 2012

BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti - parti politik atau aktivis yang melawan regim nampaknya juga sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar biar hancur tulang namun Putrajaya harus dipastikan tidak terlepas. Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan. Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib.Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.

Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?

Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir. 

H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.

Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki.

Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,

Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak ! Satu juta ke jalanraya "bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"

Sekian

che'GuBard

Wednesday, 17 October 2012

Demo Bantah Sudah Bermula Di Ipoh, Tempat Lain Bagaimana?

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini

Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.

Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.


"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.

"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!

Monday, 15 October 2012

Video: Kakitangan KTMB Berdemo Tunjuk Bantahan


Dapat kita lihat bagaimana kaum buruh di Malaysia sudah mula bangkit
Dapat kita lihat bagaimana kaum buruh di Malaysia sudah mula berani
Jika di Indonesia berjuta kaum buruh turun ke jalan
Malaysia juga tidak mustahil
Kaum buruh anak semua bangsa di Malaysia bangkit untuk melawan!!!

P/s: Bersatulah kaum buruh Malaysia!

Friday, 12 October 2012

Himpunan Rakyat Selamatkan Cameron Highlands



Seruan kepada semua aktivis pencinta alam di Malaysia
Seruan kepada semua anak muda
Seruan kepada sesiapa yang pernah melihat realiti Cameron Highland seaktu masa dulu
Seruan untuk hadir dan nyatakan bantahan

Alam dan manusia tidak mungkin terpisah
Jangan kita tanya mengapa banyak bencana alam berlaku
Jika kita tidak pernah simpati pada alam ini

P/s: Janji Ditepati
Cameron Highland sudah tidak seindah dahulu!!!

Thursday, 13 September 2012

Ratusan Ribu Bakal Berhimpun Di Bukit Jalil 3 November Ini

Konvensyen Pakatan Rakyat 3 Nov - Sinar Harian Online

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Mega Pakatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Nov ini.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang mengesahkan hal itu berkata konvensyen tahunan itu kali ini akan memberi fokus yang lebih kepada persiapan pilihan raya umum ke-13.

Katanya pihaknya yakin pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini, sebaliknya menjangka ia akan diadakan tahun depan.

"Ia mungkin bulan Mac atau April tahun depan. Itu ramalan kami.

Bagaimanapun, sekiranya diadakan juga tahun ini, maka akan ada negeri-negeri di bawah pakatan yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

"Bagaimanapun, mengenai Kelantan (pembubaran DUN serentak dengan Parlimen) kita akan bincang balik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tema konvensyen kali ini adalah 'Selamatkan Malaysia' dan menyasarkan penyertaan kira-kira 100,000 orang.- Bernama

P/s: Kita lihat dengan jelas
Kita dengar dengan terang
Adakah perhimpunan ini akan diluluskan di Stadium Bukit Jalil?
Harap sesuai la dengan tema kemerdekaan, Janji Ditepati!
Hahahaha!!!

Thursday, 9 August 2012

Bersama Pak Samad Di Himpunan Janji Bersih

Lebih 20 NGO anjur Himpunan Janji Bersih - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini.

"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ia nya sekadar janji kosong semata-mata.

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia, berkumpul di setiap pelosok negeri dengan memakai baju tema berwarna kuning tanda meraikan hari kemerdekaan nanti,” katanya.

Samad berkata, pihaknya tidak akan menghantar permohonan mendapatkan permit kebenaran perhimpunan.

“Tujuan perhimpunan ini, bukan untuk mengadakan demonstrasi, sambutan kemerdekaan harus diraikan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, pada malam tersebut beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Kemerdekaan.

Logo Baru Sambutan Kemerdekaan















P/s: Ayuh kita banjiri Dataran Merdeka. Kita Janji Bersih untuk Malaysia!

Thursday, 2 August 2012

Esok Kita Bersolidariti Bersama Umat Islam Rohingya


P/s: BTJ hanya dapat kirimkan doa buat umat Islam Rohingya

Jurufoto: Polis Paksa Saya Padam Gambar Kekerasan - Mkini


Inilah pengakuan dari seorang jurufoto. Bagi BTJ pengakuan ini tidak bias. Beliau hanya seorang jurufoto dan sudah tentu beliau mahu merakam sesuatu yang benar, bukan dusta. Mari baca keratan berita di bawah ini.

Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.

"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...

bersih 3 rally 160512 10"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan.

"Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.

Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.

"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan. - Mkini

P/s: Adakah pihak keselamatan yang bertugas sewaktu BERSIH 3.0 itu telah "menepati janji" mereka? Apakah janji pihak keselamatan? Sila tepuk dada dengan cota tanya Ketua Polis Negara!

Wednesday, 1 August 2012

Perhimpunan Aman Solidariti Bersama Umat Islam Rohingya

Ayuh semua rakyat Malaysia
Atas dasar kemanusiaan
Atas dasar bahawa bumi ini dicipta untuk semua manusia
Tidak kira bangsa, agama dan warna kulit


Wednesday, 25 July 2012

Apabila Kakitangan Kerajaan & Pelajar Di Mexico Turun Ke Jalan

Ribuan rakyat Mexico turun ke jalan bantah kemenangan kerana pilihan raya tipu
Dalam video alJazeera menunjukkan kakitangan kerajaan dan pelajar di sana juga ikut serta
Mungkinkah kakitangan kerajaan ini akan dihukum oleh kerajaan Mexico?
Mungkinkah pelajar tersebut akan dihukum oleh pihak univesiti atau kolej?

Bagaimana jika di Malaysia?
Beranikah kakitangan kerajaan dan pelajar turun ke jalan seperti rakyat Mexico ini?
Apakah tindakan oleh kerajaan dan universiti di Malaysia jika dua golongan ini turun ke jalan?
Buang kerja atau ditukarkan?
Gantung atau dibuang universiti?

P/s: Jika rakyat Malaysia nekad dan bersatu hati, semua hukuman ini tidak membawa sebarang erti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rakyat Mexico Berdemo Kerana Pilihan Raya Tipu

Demonstrasi jalanan di Mexico berjalan dengan aman
Demonstrasi jalanan di Mexico kerana pilihan raya ada penipuan

Rakyat Malaysia bagaimana?
Jika PRU 13 ada penipuan
Rakyat Malaysia juga akan turun ke jalan
Rakyat Malaysia tetap mahukan perubahan





Sumber: Youtube Tukar Tiub

P/s: Rindu nak berdemo di jalan Kuala Lumpur :)

Monday, 16 July 2012

Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berarak Ke Istana Negara

Video ini jadi bukti

BTJ yang rakam video jadi saksi

Bukan 1000 orang seperti yang Ahmad Maslan kata

Tetapi beribu-ribu seperti dalam video

Pemimpin UmnoBN memang tidak pandai mengira

Rakyat terus bangkit tolak UmnoBN

Humbankan Isa Samad, Najib, kroni dan UmnoBN

Selamatkan tanah Felda


P/s: Peneroka sudah bangkit dan sedar. Umno bakal bungkus!


Malam esok di Temerloh!!!



Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berhimpun Di Pintu Masuk Masjid Wilayah Persekutuan

Sila tonton video ini

Ribuan warga Felda seluruh Malaysia telah hadir untuk membantah penyenaraian saham FGVH

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Isa Samad dari Felda

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Najib dan UmnoBN pada PRU 13 nanti

Ribuan rakyat Malaysia seluruh Malaysia juga telah hadir sebagai tanda solidariti


P/s: Pemerintah dan rakyat berpisah tiada. Apa guna hantar memorandum?


Malam esok di Temerloh!!!

Saturday, 14 July 2012

Mari Ke Perhimpunan Oren Petang Ini

Warga peneroka yang sudah sedar pasti akan ikut sera

Warga peneroka yang belum sedar harap akan sedar selepas perhimpunan ini

Realitinya peneroka sedang ditipu

Isa samad yang baru pegang jawatang pengerusi dan tak pernah pun jadi peneroka dapat 180 000 unit saham

Peneroka yang berhempas pulas membanting tulang membangunkan tanah Felda hanya dapat 800 unit saham

Sedarlah wahai peneroka!


Published with Blogger-droid v2.0.4