Friday 1 February 2013

Sekolah Rendah Di Temerloh Tiada CF? Biar Betul!

SK Tanjung Batu tiada CF?


(Gambar & Berita: Sinar Harian) / 2 Febuari 2013

TEMERLOH – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu di sini terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran apabila beberapa kemudahan disediakan rosak dan tidak dapat dibaik pulih disebabkan masih belum menerima sijil layak menduduki (CF).

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Batu, Nordin Abu Bakar mendakwa, kerosakan pada longkang, tandas, tangki air dan pendawaian elektrik tidak dapat diperbaiki gara-gara ketiadaan CF.

Menurutnya, sejak dibuka 10 tahun lalu, sekolah terbabit yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Temerloh masih belum mempunyai CF sekali gus mengundang pelbagai risiko jika berlaku sesuatu yang buruk.

“Setahu saya memang tidak ada penyerahan daripada pihak kontraktor kepada jabatan terlibat, kami (PIBG) banyak kali membincangkan masalah ini dan memaklumkan kepada pihak berkenaan namun masih tiada penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, terdapat lebih 300 murid dari Kampung Tanjung Batu, Lebak Seberang, Paya Jauh dan Padang Tenggala belajar di sekolah tersebut pada satu-satu masa.

Beliau berkata, antara masalah yang timbul sekarang ialah, pihak sekolah tidak dapat membaiki kerosakan tandas, pendawaian elektrik dan longkang pecah.

Lebih membimbangkan, Nordin berkata, sekiranya berlaku sesuatu kemalangan membabitkan murid atau guru sekolah itu, mereka akan menghadapi masalah untuk menuntut pampasan.

Sehubungan itu, Nordin mendesak pihak berkaitan supaya campur tangan dan menyelesaikan segera masalah ketiadaan CF tersebut dengan segera.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan pihak berkaitan, SK Tanjung Batu sememangnya masih tidak mempunyai CF, namun segala kerosakan kemudahan seperti tandas, pendawaian elektrik dilaporkan sebenarnya boleh dibaik pulih.

Menurut sumber terbabit, sekiranya berlaku kerosakan, pihak sekolah hanya perlu menghantar laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk disampaikan kepada kementerian.

Sumber memberitahu, ketiadaan CF bagi sekolah terbabit disebabkan kes tertentu yang masih dalam proses untuk diselesaikan.

Menurutnya, daripada segi keselamatan bangunan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan berkaitan mengesahkan sekolah terbabit selamat untuk diduduki.

P/s: Pergh..memang dasyat punya kerja
Kalau rakyat beli rumah
Selagi belum dapat CF jangan harap boleh diduduki
Proses sana proses sini
Punya lama baru dapat CF
Rumah dah naik semak samun baru boleh diduduki
Sekolah ini apa cerita?
Setahu BTJ
Jika ada apa-apa berlaku (Contohnya bangunan runtuh dan murid-murid ada di dalamnya)
Agak-agak korang mangsa-mangsa akan dibela atau dilindungi insuran tak?
Setahu aku tak!!!
Ini kerja gila!!!
Keselamatan murid-murid dan guru-guru langsung tidak dilindungi
Kementerian Pelajaran kena jawab la woi!!!
Siapa Menteri Pelajaran???
BTJ harap semoga PAS, PKR dan DAP tidak disalahkan dalam isu ini
Hahaha!!!

Orang Pahang mari lakukan perubahan!




No comments: