Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Dari Temerloh ke Thailand jejak pejuang kiri

Dari Temerloh ke Thailand jejak pejuang kiri



Perjalanan setahun empat bulan bukanlah tempoh yang singkat dilalui oleh pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM).

Mereka berjalan kaki dari Temerloh hingga ke Selatan Thailand dengan menempuh hutan belantara dan bedilan askar penjajah demi perjuangan untuk menuntut kemerdekaan Malaya.

Tempoh perjalanan itu dinyatakan sendiri oleh beberapa orang bekas anggota TPNM Rejimen Ke-10 yang ditemui penulis. Dan mereka masing-masing konsisten mengenai tempoh tersebut.

Sebelum pergi jauh, penulis penulis berharap agar setiap pembaca melihat karangan ini dari sudut ilmiah.

Ataupun lihatlah sebagai perjalanan seorang penulis yang mencari sejarah realiti kemerdekaan negaranya yang mungkin selama ini tidak diketahuinya.

Bagi rakyat negeri Pahang terutamanya anak jatinya, kisah perang Bahaman melawan penjajah British bukanlah dongengan sebaliknya realiti penentangan awal golongan pembesar Melayu tradisional yang jelas menggerunkan askar penjajah.

Pernahkah terlintas di fikiran kita di manakah penghargaan yang diberi generasi merdeka ini terhadap pejuang-pejuang awal yang mahu membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah?

Persoalan pokoknya adalah siapa yang menentang penjajah dan siapa pula yang menurut perintah penjajah.

Perjalanan Temerloh-Thailand penulis bersama rakan-rakan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan yang diturap elok, mengambil masa enam jam serta dua jam pula untuk ke Kampung Chulaborn Patana 12.

Jika dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh tentera rejimen itu sudah tentu bezanya antara langit dan bumi.

Tentera PKM ganas?

Banyak pihak mengatakan mereka (tentera PKM) ganas dan menakutkan, tetapi dua orang wakil penduduk yang menyambut kami di Golok tampil berbeza dengan menghulur salam dan memeluk gembira.

Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan rakyat Malaya (kini Malaysia) yang merupakan tempat tumpah darah mereka.

Setibanya di kampung itu, penulis terpegun dengan keadaan kampung yang nyaman di pinggir bukit dikelilingi dengan kehijauan sambil kedengaran bunyi air sungai di belakang tempat penginapan sudah tentu memikat mata dan hati pencinta alam sekitar.

Kenderaan dinaiki kami terus dibawa ke rumah bekas pemimpin utama Rejimen ke-10 iaitu Pengerusi PKM, Abdullah Che Dat atau lebih dikenali dengan nama Abdullah CD yang berasal dari Perak. Beliau yang sudah berumur sekitar 95 tahun menyambut kami dengan baik, namun percakapannya sudah kurang lancar atas faktor umur dan kesan akibat pernah diracun musuh ketika dalam perang.

Selepas selesai beramah mesra dengan Abdullah CD dan penduduk lain yang juga hadir sama, kami dibawa ke rumah penginapan dan kemudiannya dibawa ke tempat makan kerana hari sudah menjengah malam. Menu makanan kampung menjadi hidangan malam, sudah tentu sepinggan nasi tidak mencukupi!

Untuk maklumat, kampung ini terdiri selepas Perjanjian Haadyai 1989 dan pihak kerajaan Thailand yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Malaysia dan PKM itu menunaikan janji yang termaktub dalam perjanjian tersebut dengan membangunkan kampung untuk bekas perajurit PKM membina hidup baru. Mereka diberi sebuah tapak rumah dan sebidang tanah untuk diusahakan.

Pada malam harinya, penulis bersama rakan-rakan dihidangkan dengan kisah beberapa orang tentera Rejimen ke-10 yang sukarela datang ke bilik berbual dan berkongsi pengalaman mereka ketika bertempur dengan askar penjajah.

Salah seorangnya adalah Pak Hatta yang berasal dari kampung Paya Dalam, Temerloh yang menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) Rejimen ke-10 pada usia belasan tahun.

Isteri ditembak penjajah

Beliau menceritakan dengan sebak tentang kisahnya yang menyaksikan sendiri isterinya ditembak mati oleh askar penjajah di depan mata dan beliau sendiri ditembak tiga das ketika itu. Namun beliau sempat berundur untuk menyelamatkan diri.

Tidak sempat habis mendengar kisah Pak Hatta, penulis telah hanyut ke alam lain kerana terlalu penat ditambah perut yang kekenyangan dan cuaca yang nyaman.

Pada keesokan harinya, Pak Akob atau nama sebenarnya Yaakob Ibrahim, 52, yang berasal dari Kelantan membawa penulis bersama rakan-rakan ke tapak kem yang pernah diduduki tentera Rejimen ke-10 di atas bukit yang tidak jauh dari kampong Chulaborn Patana 12.

Perjalanan untuk kem tersebut perlu melalui sebatang anak sungai yang jernih dan sejuk serta dikelilingi hutan menghijau, sudah tentu tidak tergambar bagaimana kawasan ini pernah menjadi lokasi pertempuran antara TPNM Rejimen ke-10 dengan askar penjajah.

Kem yang ditinggalkan puluhan tahun itu masih tersemat sejarah perjuangan golongan kiri ini. Terdapat terowong bawah tanah sepanjang kurang lebih 300 meter yang digali oleh anggota Rejimen Ke-10 yang dimaklumkan oleh Pak Akob ia memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan hanya menggunakan cangkul dan penggali.

Tidak dapat dibayangkan begitu tinggi semangat mereka melawan penjajah hingga sanggup membina terowong dengan alatan yang terhad serta bersandarkan dengan kudrat tubuh hampir 100 peratus, generasi kini seperti mustahil mampu melakukannya!

Selain itu, di puncak bukit itu, terdapat juga sebuah tugu yang dibina mereka untuk memperingati kesatria pejuang kemerdekaan yang gugur dalam perjuangan. Konsep binaannya dilihat bermotifkan Islam kerana berbentuk kubah dengan bintang dan bulan di atasnya.

Air sungai yang sejuk dan jernih di kaki bukit tidak dapat menahan keinginan penulis dan rakan-rakan untuk membasahkan diri dahulu sebelum pulang ke kampung semula. Terasa segar dan nyaman apabila badan dibasahi dengan air yang tidak tercemar oleh arus pembangunan. Tiba-tiba penulis rasa rindu untuk ke sana lagi!

Pipi basah Norkiah Mahmud

Sekembali ke kampung, pada petang itu hanya aktiviti bebas dilakukan dan penulis hanya tidur merehatkan diri yang penat berjalan di bekas kem serta mandi sungai. Sebelah malamnya, selepas selesai Isyak, aktiviti malam dihiasi dengan tayangan video dokumentari sejarah pergerakan Rejimen Ke-10 dengan skrin besar di dewan yang berdekatan dengan rumah tamu.

Dalam video dokumentari itu, kita akan dapat melihat susuk muda penduduk kampung ini yang suatu masa dahulu memilih perjuangan mengangkat senjata untuk memerdekakan Malaya. Mereka menyanyi, berkawad, melakukan aktiviti seni dan menyambut hari raya korban di dalam hutan, sudah tentu suatu yang tidak pernah kita gambarkan.

Keesokan hari adalah hari untuk perpisahan. Selepas selesai sarapan dan mengemas barang, kami menuju ke rumah sejarah almarhum Abu Samah Kassim yang berasal dari Temerloh untuk bertemu dengan isterinya, Norkiah Mahmud Baginda yang sudah menjangkau lebih 90 tahun umurnya yang juga berasal dari Pahang. Pipinya dibasahi air mata ketika dikatakan kami datang dari negeri kelahirannya.

Nama Abu Samah Kassim bukanlah nama yang asing bagi yang mengikuti sejarah perjuangan kemerdekaan golongan kiri. Beliau juga dikatakan pernah menjawat jawatan ketua Umno cawangan Temerloh dan bergerak aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Terus terang penulis tidak dapat menerima sifat bangsa ini yang seolah menghukum pejuang kemerdekaan apabila melihat keadaan nenek Norkiah tanpa ada sebarang penghargaan daripada generasi merdeka yang kini hidup selesa.

Selepas selesai bertanya khabar dan bersembang dengan nenek Norkiah, kami ke rumah Abdullah CD pula yang berada di sebelah rumah almarhum Abu Samah Kassim sahaja. Digunakan waktu itu untuk berbual dan merakam gambar dengannya serta penduduk lain, setelah selesai terus kami berangkat pulang dengan hati yang puas.

Sejarah yang bermain di minda kami kini bukan lagi kisah sejarah yang tertera dalam buku sejarah sekolah mahu pun universiti, tetapi sejarah yang jauh lebih besar dari itu.

Mengembaralah untuk mengenal sejarah bangsa dan perjuangan golongan terdahulu, agar jati diri bangsa yang sebenar wujud di dalam diri kita.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/286049

Friday, 12 April 2013

Biar Anak Temerloh Menentu Masa Depan Temerloh


Anak Temerloh sudah ternyata punya tokoh-tokoh hebat sejak dahulu lagi
Ibrahim Haji Yaakob, Pak Sako dan lain-lain
Tidak usah kerana kemaruk kuasa
Kerana mahukan kerusi
Tempat orang pun kira jadi

P/s: No 'big brother' la bro..

Friday, 1 February 2013

Sekolah Rendah Di Temerloh Tiada CF? Biar Betul!

SK Tanjung Batu tiada CF?


(Gambar & Berita: Sinar Harian) / 2 Febuari 2013

TEMERLOH – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu di sini terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran apabila beberapa kemudahan disediakan rosak dan tidak dapat dibaik pulih disebabkan masih belum menerima sijil layak menduduki (CF).

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Batu, Nordin Abu Bakar mendakwa, kerosakan pada longkang, tandas, tangki air dan pendawaian elektrik tidak dapat diperbaiki gara-gara ketiadaan CF.

Menurutnya, sejak dibuka 10 tahun lalu, sekolah terbabit yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Temerloh masih belum mempunyai CF sekali gus mengundang pelbagai risiko jika berlaku sesuatu yang buruk.

“Setahu saya memang tidak ada penyerahan daripada pihak kontraktor kepada jabatan terlibat, kami (PIBG) banyak kali membincangkan masalah ini dan memaklumkan kepada pihak berkenaan namun masih tiada penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, terdapat lebih 300 murid dari Kampung Tanjung Batu, Lebak Seberang, Paya Jauh dan Padang Tenggala belajar di sekolah tersebut pada satu-satu masa.

Beliau berkata, antara masalah yang timbul sekarang ialah, pihak sekolah tidak dapat membaiki kerosakan tandas, pendawaian elektrik dan longkang pecah.

Lebih membimbangkan, Nordin berkata, sekiranya berlaku sesuatu kemalangan membabitkan murid atau guru sekolah itu, mereka akan menghadapi masalah untuk menuntut pampasan.

Sehubungan itu, Nordin mendesak pihak berkaitan supaya campur tangan dan menyelesaikan segera masalah ketiadaan CF tersebut dengan segera.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan pihak berkaitan, SK Tanjung Batu sememangnya masih tidak mempunyai CF, namun segala kerosakan kemudahan seperti tandas, pendawaian elektrik dilaporkan sebenarnya boleh dibaik pulih.

Menurut sumber terbabit, sekiranya berlaku kerosakan, pihak sekolah hanya perlu menghantar laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk disampaikan kepada kementerian.

Sumber memberitahu, ketiadaan CF bagi sekolah terbabit disebabkan kes tertentu yang masih dalam proses untuk diselesaikan.

Menurutnya, daripada segi keselamatan bangunan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan berkaitan mengesahkan sekolah terbabit selamat untuk diduduki.

P/s: Pergh..memang dasyat punya kerja
Kalau rakyat beli rumah
Selagi belum dapat CF jangan harap boleh diduduki
Proses sana proses sini
Punya lama baru dapat CF
Rumah dah naik semak samun baru boleh diduduki
Sekolah ini apa cerita?
Setahu BTJ
Jika ada apa-apa berlaku (Contohnya bangunan runtuh dan murid-murid ada di dalamnya)
Agak-agak korang mangsa-mangsa akan dibela atau dilindungi insuran tak?
Setahu aku tak!!!
Ini kerja gila!!!
Keselamatan murid-murid dan guru-guru langsung tidak dilindungi
Kementerian Pelajaran kena jawab la woi!!!
Siapa Menteri Pelajaran???
BTJ harap semoga PAS, PKR dan DAP tidak disalahkan dalam isu ini
Hahaha!!!

Orang Pahang mari lakukan perubahan!




Saturday, 26 January 2013

Jelajah Kumpulan Kartunis Independen

Mari-mari turun bersama
Para kartunis pun tidak ketinggalan dalam agenda perubahan
Para kartunis bersama rakyat dalam melakukan perubahan
Para kartunis akan menghasut dengan lukisan
Menghasut dengan lawak dan gelak
Sebelum kerjaya sebagai kartunis diharamkan di Malaysia
Turunlah bersama mereka
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 7 January 2013

Semalam Di Temerloh Untuk #KL112


Ahmad Nizam Hamid menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk supaya turun #KL112

Petang semalam di Taman Esplanede Temerloh
Dari facebook page R Pahang


Malam tadi di Jelajah Anak Muda Untuk #KL112 di Temerloh
Dari facebook Wfauzdin Ns


12 Januari ini
Sejarah akan tertulis
Sejuta rakyat bangkit di #KL112!!!











Saturday, 5 January 2013

Dari Temerloh Menghasut Untuk #KL112

Inilah salah seorang anak muda dari Temerloh
Salah seorang dari puluhan
Mungkin ratusan
Mungkin ribuan
Mungkin ratusan ribuan
Yang akan datang
Yang akan hadir
Yang akan ikut serta
Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat
Himpunan Sejuta Rakyat
Ayuh seluruh rakyat Malaysia
Sejuta di #KL112!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mari Layan Buskin Di Esplanede Temerloh

Sambil baca buku
Boleh layan lagu
Mari-mari
Ramai-ramai ke Esplanede Temerloh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 27 December 2012

Program Menghasut Akan Datang Ke Temerloh - Jemput Datang Beramai-ramai


Orang Temerloh dijemput datang beramai-ramai
Tiada siapa yang terkecuali
Kerana tugas merubah negara ini adalah tugas semua
Selepas di Temerloh
Kita turun ke Kuala Lumpur
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan menghimpunkan sejuta rakyat
#KL112!!!


P/s: Petujuk untuk lokasi program di Temerloh ini ialah berhampiran (seberang jalan menghala ke Mentakab) dengan pejabat Pendidikan daerah Temerloh, Abu Bakar School dan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Bersebelahan dengan restoran McDonalds Temerloh. Boikot McDonalds!!!


Wednesday, 26 December 2012

Gambar: Pencacai UmnoBN Tunjuk Simbol Lucah (18+)


Gambar ini BTJ sedut dari blog Milo Suam
Untuk video penuh sila klik sini
Memang ganas
Memang meletop
Memang hidup Umno!
Hahaha!!!

Ini je la yang pencacai UmnoBN pandai
Takkan lebih pandai dari mencarut
Ahli Umno pun ramai juga yang berperangai begini
BTJ sendiri pernah mengalaminya
Lagi ajaib dah puas mencarut pastu cerita bab-bab Islam
Memang sangat Umno!
Hahaha!!!

P/s: Budi Bahasa Budaya Kita
Mari turun #KL112
Lebih bermanfaat dari duduk atas motor dan mencarut
Hahaha!!!





Video: Samseng Umno Tolak Dan Lempang Peserta Jelajah Oren


Ini je la yang mereka pandai
Nama pun syaitan yang dikenali
Jika nama pun camtu
Pelik ke jika mereka bertindak begini?

BTJ cuma sangsi dengan tindakan mereka ini seolah-olah dibenarkan atau berlesen
Tiada pula tindakan serta merta oleh pihak berkuasa
Agak-agak ada tak SB di tempat kejadian?
Mungkin sebab para samseng tahi kucing ini bawa bendera BN maka tindakan mereka dihalalkan pihak berkuasa

P/s: Selepas puluhan tahun merdeka
Jadilah masyarakat yang bertamadun



Saturday, 22 December 2012

Penduduk Temerloh Bantah Premis Mesin Judi

Gambar ini BTJ perolehi dari facebook Ahmad Nizam Hamid iaitu Ketua PKR Cabang Temerloh
Lokasi demo di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Temerloh
Selebihnya tentang bilangan yang hadir dan sebagainya BTJ tidak punya info
Jadi hanya gambar ini akan bercerita kepada pembaca semua
Ini adalah kisah penduduk Temerloh yang prihatin tentang isu mesin judi buah
Premis judi adalah haram dan judi sudah tentu jelas hukumnya haram bagi penganut Islam
Dari segi kesan negatifnya memang banyak
Antaranya peningkatan kadar jenayah seperti rompak, pecah rumah dan mungkin sahaja aktiviti ragut
BTJ mohon sangat pihak berkuasa yang majoriti muslim untuk bertindak tegas dan pantas dalam isu ini
Selepas ini boleh demo bantah kasino di puncak Genting pula
Ketua Agama Islam negeri dan negara mesti suka
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 9 December 2012

Malam Ini Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Kerdau Pahang


Malam ini ada dua acara yang hebat
Pertama Piala AFF Malaysia lwn Thailand
Kedua Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Pahang
Dua-dua menarik
Jadi apa pilihan anda?
HKR tamat jam 12 atau lebih sedikit
Bola tamat sebelum pukul 11
Jadi masih sempat (bagi orang Temerloh yang menonton perlawanan di TV)
Jangan bazirkan masa yang ada
Datang jangan tak datang!
Pilih untuk kedua-duanya!
Kemudian kita berhimpun di Dataran Merdeka pula!
#KL112


Friday, 30 November 2012

Mari Kita Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember Ini




Bangkitlah rakyat Pahang
Bangkit bagai Bahaman menentang penjajah!
Mohon kepada semua untuk sebarkan
Terima kasih

Setelah bangkit kita ke demo ini!



Thursday, 22 November 2012

Anak Muda Temerloh Demo Aman di Hari Pertama McDonalds Di Buka


Sumber Gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=508465772519880&set=a.199645063401954.49514.197667700266357&type=1&theater

Syabas anak muda Temerloh
Hari pertama restoran McD di bandar Temerloh disambut dengan laungan & banner tanda sokongan kepada Palestin
Harap rakyat Temerloh tidak akan ke restoran McD ini
Beli burger tepi jalan murah
Berilah sokongan kepada saudara seIslam dan semanusia dengan kita di Palestin
Tidak rugi jika kita bersama dalam kempen boikot produk Israel ini
Yang rugi hanya Israel!!!

P/s: Seronoknya jika BTJ dapat bersama dengan anak-anak muda Temerloh ini!