Showing posts with label Sayangi Bumi Pahang. Show all posts
Showing posts with label Sayangi Bumi Pahang. Show all posts

Friday, 1 February 2013

Sekolah Rendah Di Temerloh Tiada CF? Biar Betul!

SK Tanjung Batu tiada CF?


(Gambar & Berita: Sinar Harian) / 2 Febuari 2013

TEMERLOH – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu di sini terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran apabila beberapa kemudahan disediakan rosak dan tidak dapat dibaik pulih disebabkan masih belum menerima sijil layak menduduki (CF).

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Batu, Nordin Abu Bakar mendakwa, kerosakan pada longkang, tandas, tangki air dan pendawaian elektrik tidak dapat diperbaiki gara-gara ketiadaan CF.

Menurutnya, sejak dibuka 10 tahun lalu, sekolah terbabit yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Temerloh masih belum mempunyai CF sekali gus mengundang pelbagai risiko jika berlaku sesuatu yang buruk.

“Setahu saya memang tidak ada penyerahan daripada pihak kontraktor kepada jabatan terlibat, kami (PIBG) banyak kali membincangkan masalah ini dan memaklumkan kepada pihak berkenaan namun masih tiada penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, terdapat lebih 300 murid dari Kampung Tanjung Batu, Lebak Seberang, Paya Jauh dan Padang Tenggala belajar di sekolah tersebut pada satu-satu masa.

Beliau berkata, antara masalah yang timbul sekarang ialah, pihak sekolah tidak dapat membaiki kerosakan tandas, pendawaian elektrik dan longkang pecah.

Lebih membimbangkan, Nordin berkata, sekiranya berlaku sesuatu kemalangan membabitkan murid atau guru sekolah itu, mereka akan menghadapi masalah untuk menuntut pampasan.

Sehubungan itu, Nordin mendesak pihak berkaitan supaya campur tangan dan menyelesaikan segera masalah ketiadaan CF tersebut dengan segera.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan pihak berkaitan, SK Tanjung Batu sememangnya masih tidak mempunyai CF, namun segala kerosakan kemudahan seperti tandas, pendawaian elektrik dilaporkan sebenarnya boleh dibaik pulih.

Menurut sumber terbabit, sekiranya berlaku kerosakan, pihak sekolah hanya perlu menghantar laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk disampaikan kepada kementerian.

Sumber memberitahu, ketiadaan CF bagi sekolah terbabit disebabkan kes tertentu yang masih dalam proses untuk diselesaikan.

Menurutnya, daripada segi keselamatan bangunan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan berkaitan mengesahkan sekolah terbabit selamat untuk diduduki.

P/s: Pergh..memang dasyat punya kerja
Kalau rakyat beli rumah
Selagi belum dapat CF jangan harap boleh diduduki
Proses sana proses sini
Punya lama baru dapat CF
Rumah dah naik semak samun baru boleh diduduki
Sekolah ini apa cerita?
Setahu BTJ
Jika ada apa-apa berlaku (Contohnya bangunan runtuh dan murid-murid ada di dalamnya)
Agak-agak korang mangsa-mangsa akan dibela atau dilindungi insuran tak?
Setahu aku tak!!!
Ini kerja gila!!!
Keselamatan murid-murid dan guru-guru langsung tidak dilindungi
Kementerian Pelajaran kena jawab la woi!!!
Siapa Menteri Pelajaran???
BTJ harap semoga PAS, PKR dan DAP tidak disalahkan dalam isu ini
Hahaha!!!

Orang Pahang mari lakukan perubahan!




Monday, 31 December 2012

Biskut Cap Adnan Tiada Telinga Sebelah

Inilah biskut yang terbaik
BTJ belum rasa lagi
Tapi BTJ pasti sedap hingga rasa nak potong telinga Adnan sebelah lagi
Hahaha!!!


Untuk mendapatkan biskut yang terbaik dan sedap ini

P/s: Makan biskut ini masa berdemo
Mesti sedap!
Hahaha!!!



Wednesday, 28 November 2012

Bina Kem Blockade Anti Lynas Di Balok, Himpunan Hijau Terus Mara

Dari facebook page: Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari

KENYATAAN MEDIA HIMPUNAN HIJAU
28 November 2012

21 November 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi negara kita. Sempena rakyat berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka untuk mempertahankan hak kehidupan mereka, Lynas yang bersekongkol dengan pihak berkuasa telah mengancam tanah air kita. Pada lewat malam yang penuh dengan kerahsiaan itu, mereka telah membawa masuk lebih 100 kontena yang mengandungi bahan mentah ke Malaysia. Yang betul-betul menyakitkan hati rakyat adalah agensi kerajaan seperti pihak pelabuhan, kastam dan polis telah melanggar semua prosedur operasi biasa dengan memudahkan pengimportan bahan-bahan toksik ini ke tanah air kita.

Rakyat yang bertanggungjawab tidak akan bertoleransi dengan gejala yang mengancam kedaulatan dan maruah kita seperti ini.

Perbuatan sebegini jelas menunjukkan salahlaku secara konsisten oleh korporat asing bernama Lynas ini. Syarikat tersebut memasuki Malaysia melalui pintu belakang. Orang awam hanya mengetahui projek ini selepas liputan dibuat oleh New York Times, selepas projek pembinaan sudah hampir disiapkan.

LAMP diluluskan secara luar biasa dan melanggar semua prosedur dan peraturan biasa. Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) tidak dirangkumi dalam proses kelulusan.

Di bawah bantahan rakyat yang kuat selain sebelum mematuhi semua peraturan dan prosedur, TOL sudah dianugerah melalui cara yang meragukan. Sekarang, bahan mentah juga diimport melalui kaedah yang tidak jauh berbeza. Daripada salahlaku korporat yang konsisten ini, tidak hairan jika pembuangan sisa radioaktif juga dibuat melalui cara yang sama.

Selepas rakyat menyempurnakan perjalanan mereka pada 26 Nov 2012, jawatankuasa Himpunan Hijau telah mengadakan beberapa mesyuarat yang padat. Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mempergiatkan kempen menentang LAMP dengan mendirikan Kem Pengkalan Blockade Anti Lynas di Balok, Kuantan. Objektif utama kem pengkalan ini adalah untuk menggembeling tenaga rakyat dari seluruh Malaysia untuk mengganggu serta melumpuhkan operasi loji Lynas. Kem Pengkalan ini berperanan sebagai pusat pimpinan dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan menentang Lynas, antaranya termasuk penyebaran maklumat, pameran dan pendaftarn untuk pejuang-pejuang hijau. Kam pengkalan tersebut akan diisi oleh petugas-petugas sepenuh masa supaya dapat berfungsi secara efektif.

100 pemimpin utama yang telah berjanji akan bersama rakyat di barisan depan Blockade juga akan menggunakan kem pengkalan tersebut sebagai pusat motivasi dan rekrutan.

Kem tersebut dijangka akan didirikan pada minggu depan. Program dan maklumat lanjut akan diumumkan nanti.

Jawatankuasa Pemandu HIMPUNAN HIJAU





P/s: Bako je kilang Lynas tu

Kita bako je..bako je..





Sunday, 28 October 2012

Friday, 28 September 2012

Lagi Masalah Air Di Negeri Kubu Kuat UmnoBN



Inilah nasib rakyat negeri Pahang
Pemimpin negerinya hebat
Sumber air berlebihan
Air mampu dijual atau disalur ke negeri jiran
Tapi nasib rakyat negeri ini memang kasihan
Kerana berlebihan air
Lalu mata juga mengeluarkan air
Mengenang janji yang ditepati

P/s: Mungkinkah Belanjawan 2013 ada penyelesaian bagi isu ini?

Wednesday, 19 September 2012

Gempar!!!: Negeri Kubu Kuat Umno Juga Mengalami Krisis Air Yang Teruk!

Ini bukan berita dari Selangor
Ini bukan berita dari Kelantan
Ini bukan berita dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat
Ini adalah berita dari negeri kubu kuat UmnoBN

Ada juga yang gelar ini negeri "biru"
Begitu hebat perjuangan UmnoBN di negeri ini
Paling hebat ini negeri asal Perdana Menteri Malaysia
Apalah yang boleh diharapkan oleh rakyat lagi?


P/s: Bila la TV3 nak buat liputan pasal masalah air di negeri "biru" ni..

Tuesday, 28 August 2012

Mari Semua Ke Himpunan Hijau Raub

Ini himpunan untuk menghijaukan Raub
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Pahang
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Malaysia
Mari turun ramai-ramai sokong himpunan hijau ini


P/s: Sebelum bumi Malaysia ini musnah, mari kita hijaukannya!

Tuesday, 24 July 2012

Masalah Air Di Pahang Tidak Pula Dicanang Media

Pahang ini dikatakan kubu kuat UmnoBN
Pahang ini dikatakan "negeri biru"
Tetapi lihatlah nasib rakyatnya
Masih lagi menggunakan bekalan air perigi


Sumber: Laman sosial muka buku

P/s: Mangsa dalam gambar kelihatan seperti orang Melayu. Apa pemimpin Umno dah buat ni?

Friday, 22 June 2012

Panduan #Occupy Balok - Gebeng 24 Jam Tolak Lynas

Perhatian kepada peserta
Perhatian kepada demonstrator






P/s: Selamat berjaya kepada semua demonstrator!
Pastikan Lynas blah dari bumi Malaysia
Biar UmnoBN dan kroni gigit jari
Hahahahahahaha!!!

Thursday, 17 May 2012

Video: Pak Samad Rally Deklamasi 3 Puisi DI Taman Esplanede Temerloh


Ini Sasterawan Negara kita yang cool
Walaupun sudah berumur tetapi hati masih kuat dan muda


Ini bukan sasterawan kaki bodek
Ini sasterawan rakyat
Sasterawan yang berjuang bersama rakyat
Sasterawan yang bersama rakyat menuntut perubahan


Jika Pak Samad berani ke hadapan
Mengapa tidak kita sebagai anak-anak muda?


Lawan tetap lawan!

Wednesday, 16 May 2012

Video: Puisi Kerana Kau Bahasa Oleh Ahmad Nizam Hamid

Puisi yang bertajuk Kerana Kau Bahasa
Dipersembahkan oleh Ahmad Nizam Hamid
Beliau ini merupakan Ketua Cabang PKR Temerloh
Seorang yang berjiwa muda
Sila undi beliau untuk Parlimen Temerloh
Anak-anak muda wajib undi beliau!


Video: Puisi Oleh Seorang Pakcik Dari Chenor Khas Buat Anak-anak Muda

Salute kepada pak cik ini
Beliau datang dari Chenor
Puisinya sangat hebat
Bisa menggoncang jiwa anak muda. 



Video: Perjalanan Ini Live @Esplanede Temerloh

Lagu yang membawa erti yang sangat besar dan begitu mendalam maknanya. Sila hayati lagu ini dengan jiwa seorang manusia marhaen.



Monday, 2 April 2012

Berita Baik Buat Rakyat Negeri Pahang

Mkini: Gabungan tukar MB Pahang ditubuhkan

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

P/s: Ya, ini memang berita yang sangat baik.

Ya, ini memang berita yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Pahang.

Pahang bakal mendapat MB baru!

Hahahahahahahahahaha!!!

Rakyat Pahang boleh buat kenduri di masjid 7 hari 7 malam untuk raikan berita ini.

Hahahahahahahahahaha!!!

Gabungan seperti ini wajib disokong oleh segenap lapisan masyarakat.

Buktikan bahawa rakyat sudah meluat dengan MB sekarang.

Meluat dengan MB sekarang yang pandai mencarut dan berhutang je.

Hahahahahahahahahaha!!!

Akhir kata buat Tok Nan!

















Mamat Ini Juga Wajib Ditukar!




















Pastikan Kehadiran 4 April Ini!


Tuesday, 27 March 2012

Gempar!!!: Risiko Lynas Telah Terbongkar!

BTJ dapat info ini dari wall seorang kawan di facebook. Berikut adalah post kawan tersebut.



TERBONGKAR !! .. Lynas senaraikan RISIKO dalam Laporan Tahunan sykt itu bagi tidak mengelirukan pemegang sahamnya. Rakyat boleh ditipu, tapi tidak kepada Pemegang SAHAM LYNAS. Kenapa Pemimpin UMNO BN termasuk PM dan MB kata Lynas tiada RISIKO dan TIDAK BAHAYA kepada keselamatan penduduk?. CEO Lynas boleh tipu kerajaan Malaysia, tapi akhirnya ianya terbongkar. Mara sebarkan maklumat ini dan pastikan rakyat terus bangkit menolak projek itu. Keselamatan dan kesihatan rakyat itulah yang perlu diutamankan, bukan poket masing2 !! Terima kasih Tahir Nisa atas maklumat terbaru ini. "Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas. Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi. Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata. Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan oleh mereka dengan terperinci". 

Ini pula gambar yang tertera senarai risikonya. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar.




Tolak Lynas & Tolak Umno!
PRU 13 - Asalkan Bukan Umno!


Thursday, 8 March 2012

MB Pahang Pertaruhkan Sungai Lembing?

Dah nak buang sisa Lynas ke Sungai Lembing plak. Apa la dosa negeri Pahang dan rakyatnya ini. Dapat MB yang dah tabiat meroyan takut kalah PRU 13 agaknya.

Info (gambar) ini BTJ dapat di laman facebook milik rakan maya. Sangat terkejut dan tidak logik sebenarnya. Alam sekitar jadi taruhan untuk kesenangan segelintir golongan kapitalis dan pemimpin politik iaitu pemimpin UmnoBN.

JIka info ini benar, maka rakyat wajib memainkan tanggungjawab sebagai agen untuk membantah. Manusia perlu hidup dalam alam sekitar yang bersih dan selesa. Bukan hidup dalam sisa-sisa kilang terutama sisa yang mengandungi radioaktif.

Marilah rakyat Pahang menukar pemerintahan pada PRU 13 akan datang. Sayangilah negeri Pahang dan Malaysia ini. Undilah Pakatan Rakyat demi sebuah perubahan.



Program Melawan Yang Wajib Hadir!



Saturday, 3 March 2012

Mungkinkah Sisa Lynas Akan Di Pindahkan Ke Pekan?

Mkini: PM: Sisa Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penduduk

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Najib berkata kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak.

Perdana Menteri menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.

Isu Lynas telah dimanipulasi oleh pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi di beberapa tempat pada Ahad lepas.

P/s: Ini cadangan yang baik.

Ini cadangan yang mesti disokong.

Ini cadangan yang penyokong-penyokong UmnoBN mesti sokong bagai nak mati.

Saintis dah buktikan sisa-sisa itu selamat. Jadi memang tida masalah. Tidak merbahaya.

Pindahkan sisa itu ke Pekan!

Hahahahahahahahaha

Tak pun pindahkan ke Putrajaya!

Hahahahahahahahaha

Woit!!! Kalau tak bahaya campak je sisa tu kat tengah bandar.

Woit!!! Kalau tak bahaya boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan yang berguna.

Woit!!! Buang di belakang rumah kau camne Najib? Rosmah marah tak?

Hahahahahahahahaha

Dua Program Melawan Wajib Hadir Di Temerloh! 





Friday, 2 March 2012

Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Pahang


Jika begini keadaan kewangan negeri Pahang yang hutang naik setiap tahun, maka eloklah rakyat negeri Pahang berubah. Tidak perlu terlalu sayangkan parti UmnoBN dan MB Pahang Tok Nan itu. Lebih baik sayangkan negeri Pahang ini mendahului sayangkan UmnoBN.

Cuba fikirkan. Jika rakyat terus memilih UmnoBN untuk menerajui negeri Pahang selepas PRU 13 nanti, ia hanyalah pilihan yang akan menambahkan hutang negeri Pahang. Sayangilah negeri Pahang sebelum ia tergadai atau bankrap!

Jika dilihat dalam gambar di atas, nilai hutang bukan sedikit. Ini secara langsung telah membuktikan bahawa pemerintahan UmnoBN di Pahang adalah gagal sama sekali.

Jadi, tidak perli fikir panjang. Asalkan Bukan UmnoBN!


Mari Turun Program Melawan Di Temerloh!