Showing posts with label Bantah AES. Show all posts
Showing posts with label Bantah AES. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Cabut Jangan Tak Cabut AES Itu

JPJ harap Selangor tidak tutup kamera AES petang ini - Sinar Harian

SHAH ALAM - "Ini bukan soal mereka berhak atau tidak. Ini soal moral." Demikian ketegasan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan ditanya mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang ini.

Katanya, aspek kepentingan moral iaitu menjaga kepentingan nyawa awam perlu diutamakan berbanding soal hak dari segi undang-undang boleh dipasang atau tidak kamera AES.

"Kami hendak menjaga nyawa orang ramai. Mereka hendak menghalang usaha ini... ini soal moral," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Ketika ditanya tindakan JPJ memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mahu kamera AES di negeri itu ditutup hari ini, Solah berkata, "kita tengok apa merek hendak buat."

Katanya, tindakan susulan diambil selepas "melihat" perkembangan petang ini.

"Tunggu dulu," katanya sama ada akan mengambil tindakan awal sebelum jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun beliau masih yakin tindakan menutup kamera, sebagaimana diumumkan semalam, tidak akan diambil.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya.

Katanya, idea untuk menutup kamera AES dikemukakan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, "sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat."

Katanya, Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan notis 14 hari yang baru kepada kontraktor dan pihak JPJ setelah notis pertama tidak diendahkan mereka.

P/s: Jika mahu sembang soal moral
Semang la soal moral dalam JPJ
Berapa kakitangan JPJ yang kurang ajar dengan pelanggan?
BTJ tak kata semua tapi BTJ sendiri ada pengalaman
Ingat dulu pernah ada isu lesen terbang
Ini moral apa?
Sekarang ada gerenti lulus
Ini moral apa?




Wednesday, 5 December 2012

AES Di Jalan Puchong-Kajang Masih Berdiri Tegak

Sebelum ini gambar ini heboh berlegar-legar di facebook


Tapi tengahari ni masuk berita baru

Dari facebook page Milo Suam:

Semalam gua tgk heboh kat FB cerita kamera AES di Jalan Puchong - Kajang telah ditebang.

Pagi tadi (05/12/12) gua lalu situ, elok je berdiri tegak bak Najib menyanyi lagu Negaraku kt tepi jalan tu.

Cuma gua tak pasti kamera tu berfungsi atau tak. Apa-apa hal pun, berhati-hati semasa memandu. J:D~


P/s: Jika masih berfungsi
Maka anak-anak muda Selangor telah siap sedia
Bila nak operasi tebang beramai-ramai?




Friday, 2 November 2012

9 Nov Demo Bantah AES Di Lumut, Tempat Lain Bagaimana?

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini

Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.

Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.

Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.

Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!

Demo dalam masa terdekat


Ceramah umum dalam masa terdekat






Thursday, 1 November 2012

Apa Beza AES Di Malaysia Dengan AES Di USA?

Dari Blog Addin

AES Malaysia VS AES USA..



AES Malaysia bukannya bertujuan untuk mendidik tapi merompak duit rakyat, tak kira hari cuti, tak kira siang atau malam.

24 jam merompak duit rakyat dan mengayakan kroni.. Pemimpin Umno dan kroni makin kaya.. rakyat makin menderita dan merempat di tanah air sendiri..

Hati-hati dengan AES bila nak pergi ke perogram ini


Friday, 19 October 2012

Lagi Produk Melawan Bantah AES




Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..

Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. lau korang tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi-resepinya.. pastu pasang lah.. hehehe..

P/s: Software android untuk mengesan janji UmnoBN yang belum ditepati ada tak?

Wednesday, 17 October 2012

Demo Bantah Sudah Bermula Di Ipoh, Tempat Lain Bagaimana?

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini

Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.

Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.


"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.

"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!