Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Bilangan Penonton Bola Sepak Di Kedai Mamak Meningkat

Sinaran Harian: Jualan Tiket Hambar


SAMBUTAN terhadap tiket perlawanan antara Malaysia bertemu Syria dalam aksi kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 kurang memberangsangkan, apabila sejak semalam kira-kira hanya 2,000 tiket termasuk jualan menerusi dalam talian terjual.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sekurang-kurang 20,000 tiket akan terjual pada hari ini memandangkan kaunter tiket baru sahaja dibuka pagi semalam.

“Saya harap esok (hari ini), lagi ramai peminat bola sepak akan membeli tiket bagi menonton perlawanan ini, tetapi apa pun kami menyasarkan 20,000 tiket akan terjual.

“Tetapi jika tiket banyak terjual, lebih bagus kerana kita memang mahu mereka beramai-ramai datang menyokong pasukan Malaysia sebagai pembangkit semangat,” katanya.

Tiket bagi tempat duduk utama (Grand Stand) dijual pada harga RM40, manakala RM20 (Terbuka).

Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui www.tickethotline.com.my. Perlawanan itu akan berlangsung pada Rabu ini, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 8.45 malam.


P/s: Apa maknanya ni? Pasti bukan sebab pasukan Malaysia tiada penyokong!

Pasukan Malaysia terbukti ramai penyokong apabila kedai-kedai mamak, restoran tomyam dan macam-macam lagi jenis kedai dipenuhi penyokong Malaysia!

Jika semua yang menonton di kedai-kedai ni pergi ke stadium pasti stadium runtuh! Kalau stadium di Terengganu la..HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik meluat!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik bosan!

Nasib baik belum ada penyokong Malaysia yang naik minyak!

FAM kena fikir sebab musababnya!

FAM kena kaji puncanya!

FAM kena ganti pengerusi?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Penyokong Harimau Malaya Sokong BERSIH 3.0!

Monday, 21 November 2011

Anda Semua Wira, Kita Juara!

Pasukan Blog BTJ mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh pasukan Harimau Muda Bawah 23 tahun yang mewakili Malaysia di Sukan SEA 2011 di Indonesia. Perlawanan akhir bertemu pasukan Indonesia begitu membuatkan dada ramai penyokong berdebar-debar di saat-saat akhir perlawanan yang membawa kepada penalti.

Keputusan penalti Malaysia 4 - 3 Indonesia menjadikan keputusan Malaysia 5 - 4 Indonesia yang seri pada 1 - 1 pada mulanya.

Syabas kepada penjaga gol Malaysia yang tidak gentar menjaga gawang gol walaupun dikelilingi oleh ratusan ribu penyokong Indonesia. Semangat Khairul Fahmi selaku penjaga gol Malaysia kami puji.

Moga pasukan bola sepak Malaysia akan melangkah dengan lebih jauh pada masa akan datang dan sudah tentu mempertahankan kejuaraan sukan bola sepak pada Sukan SEA di episod akan datang.

Tahniah Pasukan Malaysia.

Disediakan oleh,
Ketua Pasukan Blog BTJ


TETAP NO. 1

Pusingan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 - Harimau Muda Lwn Garuda

Pasukan blog BTJ mengucapkan selamat bertarung kepada skuad bola sepak Harimau Muda yang mewakili Malaysia pada malam ini yang dijadualkan bertemu pasukan bola sepak Indonesia. BTJ berharap perlawanan akan berlangsung dengan adil dan tidak berlaku sebarang gangguan dari penyokong pasukan Indonesia. Bermainlah atas semangat kesukanan, bukan atas sentimen permusuhan yang dimainkan oleh pihak tertentu. Dua negara Nusantara bersaudara berpisah tiada!


Semoga Harimau Muda membaham Garuda!