Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Satu Juta Rakyat Malaysia Pamer Aksi Terbaik Untuk #KL112

Shabery: 'Harimau Malaya pamer aksi terbaik' - Sinar Harian



MESKIPUN gagal untuk melayakkan tempat ke final Piala AFF Suzuki 2012, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak menganggap keputusan itu titik akhir buat skuad kebangsaan, sebaliknya menyifatkan perjuangan Malaysia masih belum berakhir.

Berpuas hati dengan corak yang dipamerkan pemain, Shabery berkata, pujian harus diberikan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal kerana memperlihatkan semangat juang yang tinggi dalam pertemuan itu.

"Saya ucapkan tahniah buat pemain negara kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi.

"Mereka telah melakukan yang terbaik, dan kita kena akui tahap permainan yang dipamerkan pemain Thailand sangat tinggi.

"Apa-apa pun, kita harus berpuas hati dan berbangga dengan perjuangan yang ditunjukkan pemain, dan kita kena ingat kalah pada hari ini tidak semestinya perjuangan negara telah berakhir," kata Shabery ketika ditemui di arena Sekinchan Ikan Bakar, Kuala Lumpur yang turut menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand, malam tadi.

Misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala AFF Suzuki berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan kekalahan ini, jurulatih kebangsaan, Rajagobal patut diundurkan diri, Shabery bagaimanapun menjelaskan pihak menteri tidak mempunyai hak menentukan keputusan tersebut.

Sebaliknya, beliau menyerahkan segala urusan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya.

"Bagi urusan ini bukan tugas menteri, ini semua ditentukan oleh FAM.

"Jadi, saya tidak menentukannya dan menyerahkan urusan ini kepada pihak FAM," jelasnya lagi yang melahirkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan yang ditunjukkan pengadil Korea.

P/s: BTJ tak faham dengan term "Harimau Malaya pamer aksi menarik" yang digunakan Menteri Belia dan Sukan ni
Apa aksi yang terbaiknya?
Babak mana aksi terbaik yang dimaksudkan?
Pemain yang mana pamer aksi terbaik tu?
Siapa boleh bagitahu BTJ?
Tolonglaaaahhhhhhh
Hahaha!!!

Berlapik sungguh Menteri Belia dan Sukan bagi komen tentang kekalahan pasukan Malaysia
Bolehkah kita bersikap jujur?
Katakan yang benar walaupun ia pahit
Pemain Malaysia mesti boleh terima
Cuma dua "Raja" dalam FAM je yang tak boleh terima
Hahaha!!!

Walaupun Pasukan Malaysia Kalah, Sejuta Rakyat Tetap Akan Bangkit!


Argh..sudah tentu BTJ kecewa
Sudah tentu ramai rakyat Malaysia juga kecewa
Pasukan Malaysia kecundang di Thailand
Pengadil dari Korea dipersalahkan oleh ramai penyokong kerana bias
Tetapi ramai yang tutup mulut dan tutup mata bila SPR buat perangai yang sama

Ada penyokong Malaysia yang marah
Mereka kritik dan kutuk bagai nak gila
Memang la dah pasukan yang disokong kalah dengan corak permainan yang hampeh
Ada juga penyokong yang terus setia dan mempertahankan pasukan Malaysia
Walaupun jelas permainan yang ditunjukkan memang menghampakan

Begitu la dalam politik negara
Ada pihak yang sentiasa kritik dan kutuk kerajaan kerana sayangkan negara
Ada pihak yang mempertahankan bagai nak gila walaupun dah jelas kerajaan (UmnoBN) memang tak betul
Hutang negara beratus bilion, apa yang nak banggakan sangat?

Kepada dua "Raja" yang terlibat secara langsung dengan pasukan Malaysia
Silalah mengundurkan diri dengan cara yang terhormat sebelum dihumban oleh rakyat

Walaupun kita kecewa
walaupun kita hampa
Tapi kita jangan putus asa
12 Januari 2013 kita banjiri Kota KL
Kita ke jalan raya sebelum pilihan raya!

Friday, 6 April 2012

FAM Bakal Diterajui Presiden Baru


'Hukuman FAM beri saya semangat baru' - Sinaran Hairan

SHAH ALAM - Hukuman gantung dua setengah tahun yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Tan Sri Annuar Musa kelmarin nyata tidak melunturkan semangat timbalan presiden itu untuk terus aktif memajukan sukan bola sepak.

Dalam mesej yang disampaikan menerusi Facebook, Annuar berkata, beliau akan terus bergiat aktif untuk membangunkan bidang bola sepak.

"Mereka boleh gantung atau haramkan saya dari bola sepak, tetapi saya haramkan diri saya untuk berhenti daripada aktif memajukan bola sepak Malaysia," kata Annuar.

Annuar yang sebelum ini berkata akan akur menerima apa juga hukuman Jawatankuasa Tatatertib berkata, bagi beliau tindakan FAM ini telah memberi semangat baru kepadanya.

"Mereka boleh mengambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya.

"Sekarang biar orang ramai dan peminat untuk menilainya, dan ALLAH yang menentukan segalanya," kata Annuar.

Annuar dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Dengan itu, FAM memutuskan Annuar didapati bersalah dan memutuskan untuk menggantung Annuar dua setengah tahun.
Keputusan itu menetapkan beliau tidak boleh mengemukakan rayuan atas alasan hukuman dikenakan adalah minimum dan perlu berjalan secara berasingan kerana ia adalah dua kesalahan berbeza.

Beliau juga perlu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disandangnya.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.

Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

P/s: Ya, orang seperti ini la yang layak menjadi presiden FAM.

Ya, orang seperti la yang mampu membawa kegemilangan kepada industri sukan bola sepak Malaysia.

Ya, orang seperti ini wajib dipastikan beliau dapat menjadi Presiden FAM.

Presiden sekarang dan rakan-rakannya dalam FAM boleh pencen.

Kepada peminat bola sepak Malaysia sila fikirkan cara untuk Annuar Musa dapat jadi Presiden FAM.

Seterusnya menjadikan FAM sebagai sebuah organisasi yang profesional selari dengan fungsi dan peranannya.

Kita "BERSIH"kan FAM!

Peminat Bola Sepak Malaysia Turun BERSIH 3.0!


Wednesday, 23 November 2011

Bilangan Penonton Bola Sepak Di Kedai Mamak Meningkat

Sinaran Harian: Jualan Tiket Hambar


SAMBUTAN terhadap tiket perlawanan antara Malaysia bertemu Syria dalam aksi kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 kurang memberangsangkan, apabila sejak semalam kira-kira hanya 2,000 tiket termasuk jualan menerusi dalam talian terjual.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sekurang-kurang 20,000 tiket akan terjual pada hari ini memandangkan kaunter tiket baru sahaja dibuka pagi semalam.

“Saya harap esok (hari ini), lagi ramai peminat bola sepak akan membeli tiket bagi menonton perlawanan ini, tetapi apa pun kami menyasarkan 20,000 tiket akan terjual.

“Tetapi jika tiket banyak terjual, lebih bagus kerana kita memang mahu mereka beramai-ramai datang menyokong pasukan Malaysia sebagai pembangkit semangat,” katanya.

Tiket bagi tempat duduk utama (Grand Stand) dijual pada harga RM40, manakala RM20 (Terbuka).

Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui www.tickethotline.com.my. Perlawanan itu akan berlangsung pada Rabu ini, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 8.45 malam.


P/s: Apa maknanya ni? Pasti bukan sebab pasukan Malaysia tiada penyokong!

Pasukan Malaysia terbukti ramai penyokong apabila kedai-kedai mamak, restoran tomyam dan macam-macam lagi jenis kedai dipenuhi penyokong Malaysia!

Jika semua yang menonton di kedai-kedai ni pergi ke stadium pasti stadium runtuh! Kalau stadium di Terengganu la..HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik meluat!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik bosan!

Nasib baik belum ada penyokong Malaysia yang naik minyak!

FAM kena fikir sebab musababnya!

FAM kena kaji puncanya!

FAM kena ganti pengerusi?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Penyokong Harimau Malaya Sokong BERSIH 3.0!