Wednesday 23 November 2011

Bilangan Penonton Bola Sepak Di Kedai Mamak Meningkat

Sinaran Harian: Jualan Tiket Hambar


SAMBUTAN terhadap tiket perlawanan antara Malaysia bertemu Syria dalam aksi kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 kurang memberangsangkan, apabila sejak semalam kira-kira hanya 2,000 tiket termasuk jualan menerusi dalam talian terjual.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sekurang-kurang 20,000 tiket akan terjual pada hari ini memandangkan kaunter tiket baru sahaja dibuka pagi semalam.

“Saya harap esok (hari ini), lagi ramai peminat bola sepak akan membeli tiket bagi menonton perlawanan ini, tetapi apa pun kami menyasarkan 20,000 tiket akan terjual.

“Tetapi jika tiket banyak terjual, lebih bagus kerana kita memang mahu mereka beramai-ramai datang menyokong pasukan Malaysia sebagai pembangkit semangat,” katanya.

Tiket bagi tempat duduk utama (Grand Stand) dijual pada harga RM40, manakala RM20 (Terbuka).

Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui www.tickethotline.com.my. Perlawanan itu akan berlangsung pada Rabu ini, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 8.45 malam.


P/s: Apa maknanya ni? Pasti bukan sebab pasukan Malaysia tiada penyokong!

Pasukan Malaysia terbukti ramai penyokong apabila kedai-kedai mamak, restoran tomyam dan macam-macam lagi jenis kedai dipenuhi penyokong Malaysia!

Jika semua yang menonton di kedai-kedai ni pergi ke stadium pasti stadium runtuh! Kalau stadium di Terengganu la..HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik meluat!

Ini pasti ada yang penyokong Malaysia dah naik bosan!

Nasib baik belum ada penyokong Malaysia yang naik minyak!

FAM kena fikir sebab musababnya!

FAM kena kaji puncanya!

FAM kena ganti pengerusi?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Penyokong Harimau Malaya Sokong BERSIH 3.0!

No comments: