Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts
Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Apabila Kakitangan Kerajaan & Pelajar Di Mexico Turun Ke Jalan

Ribuan rakyat Mexico turun ke jalan bantah kemenangan kerana pilihan raya tipu
Dalam video alJazeera menunjukkan kakitangan kerajaan dan pelajar di sana juga ikut serta
Mungkinkah kakitangan kerajaan ini akan dihukum oleh kerajaan Mexico?
Mungkinkah pelajar tersebut akan dihukum oleh pihak univesiti atau kolej?

Bagaimana jika di Malaysia?
Beranikah kakitangan kerajaan dan pelajar turun ke jalan seperti rakyat Mexico ini?
Apakah tindakan oleh kerajaan dan universiti di Malaysia jika dua golongan ini turun ke jalan?
Buang kerja atau ditukarkan?
Gantung atau dibuang universiti?

P/s: Jika rakyat Malaysia nekad dan bersatu hati, semua hukuman ini tidak membawa sebarang erti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 19 December 2011

Kakitangan Awam Wajib Bangkit!

Mkini: AMK: Kenapa k'jaan tergesa-gesa dengan SBPA? 

Pemuda PKR (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih sama ada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada ‘gula-gula pilihan raya' di sebaliknya?" kata Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi (kanan).

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dilaporkan berkata tidak akan menerima tawaran SBPA sehingga satu pertemuan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menangguhkan pelaksanaan SBPA serta berunding dengan Cuepacs bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

"Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.

Najwan berkata, ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana didedahkan Cuepacs sememangnya memeranjatkan dan bercanggah dengan pengumuman oleh Najib sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 .

Katanya, menteri kewangan menyatakan kenaikan gaji kakitangannya antara 7 hingga 13 peratus, namun dakwanya apa yang berlaku sebenarnya kurang daripada 7 peratus.

P/s: Jika terdapat sebarang penipuan atau ketidaktelusan dalam SBPA ini, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat strategi untuk memerangkap kakitangan awam, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat ketidakseimbangan dalam pelarasan gaji, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat cubaan "menggula-gulakan" kakitangan awam, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

1.4 juta kakitangan awam wajib bangkit melawan demi masa depan negara!

Jika Cuepacs tidak berjaya, kita turun ke jalan raya!

Kakitangan Awam Sokong BERSIH 3.0!


Kakitangan Awam Juga Sokong Ini!