Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Lagi Projek UmnoBN Tidak Tepati Janji

Projek rumah murah BN untuk Melayu di PP dipersoal - Mkini

Tiada satu rumah pun dibina di sebidang tanah di Teluk Kumbar yang diperuntukkan untuk projek kediaman mampu milik Melayu walaupun syarikat berkaitan kerajaan pusat mendapat kelulusan pembangunan pada 2005, dakwa Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).

Presidennya Rahmad Isahak berkata, kira-kira dua (2.26) daripada 114 ekar tanah gred pertama dikhaskan untuk pembangunan 235 unit rumah kos rendah, di mana saiz unit adalah seluas 700 kaki persegi dengan kos RM35,000 setiap satu.

Justeru, Rahmad mempersoalkan kenapa tiada pembangunan dibuat di kawasan Selatan Pulau Pinang itu walaupun berhasrat melaksanakan tujuh tahun lalu.

Katanya lagi, tanah itu sebelum ini diluluskan untuk pembangunan kepada Island and Peninsular Development (I&P), anak syarikat Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, dua tahun kemudiannya, Malaysian Resources Corporation Berhad menandatangani perjanjian dengan syarikat berkaitan kerajaan pusat Perlaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) untuk membangunkan kediaman daripada pangsapuri mewah kepada perumahan mampu milik.

P/s: Najib kata pilih pemimpin amanah dan tepati janji
Sekarang bagaimana?
Layakkah Najib dipilih lagi?

Esok kita berhimpun Seremban!

Tuesday, 23 October 2012

Pulau Pinang Juga Akan Laksanakan AES?

Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang - Mkini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji untuk membawa AES kepada penduduk Pulau Pinang - tetapi bukannya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipertikaikan sekarang.

Sebaliknya, Lim berkata, belanjawan Pulau Pinang untuk tahun depan akan dikenali sebagai "AES", yang bermaksud "Agenda Ekonomi Saksama".

Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera bagi kesalahan trafik) bukan untuk kepentingan rakyat kerana ia dilaksanakan untuk keuntungan syarikat-syarikat swasta yang terlibat.

"Apa yang kita mahu bukan Sistem Penguatkuasaan Automatik. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dengan AES Pakatan Rakyat," katanya ketika merasmikan forum mengenai bajet di Kuala Lumpur malam tadi.

Lim berkata, bajet AES, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 November, akan menjurus ke arah menangani ketidaksamaan.

Kerajaan telah dikecam kerana melaksanakan sistem kamera bagi kesalahan lalulintas kerana dua syarikat swasta - Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd - yang mengendalikan sistem tersebut berhak mendapat bayaran daripada saman yang dikutip.

Lim mengumumkan Selasa lepas bahawa dua majlis tempatan di negeri itu telah diarahkan untuk menggantung pelaksanaan sistem tersebut sementara menunggu hasil kajian mengenainya. Kedah mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang itu tiga hari kemudian.

'Menangani ketidaksamaan keutamaan Pakatan'

Beliau memberitahu forum bajet tersebut bahawa usaha menangani ketidaksamaan, terutama untuk membantu mereka yang memerlukan, adalah satu keutamaan bagi Pakatan.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah gagal membina sebarang perumahan kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.

"Sejak 2008, kami telah membina 4,000 unit perumahan kos rendah dan kita akan membina 18,000 lagi.

"Sudah tentu negeri tidak membinanya secara langsung. Ia telah dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, yang 100 peratus dimiliki kerajaan negeri," kata Lim.

Ini tiada bezanya dengan kerajaan persekutuan, yang membina unit perumahan melalui Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). `

Lim berkata, bajet bayangan Pakatan juga turut menangani ketidaksamaan itu dengan memberi tumpuan kepada tiga teras - memecahkan monopoli melalui persaingan, mensasarkan kumpulan kritikal (miskin, muda dan wanita) dan memerangi rasuah.

P/s: Ingatkan Automated Enforcement System (AES), rupanya Agenda Ekonomi Saksama (AES)
Satu projek untuk sedut wang rakyat, satu lagi projek untuk kesejahteraan rakyat
KIta pilih yang mana?

Thursday, 11 October 2012

Lagi Bukti Memang Sah Guan Eng Anti Islam



Memang dasyat Pulau Pinang sekarang
Masa BN memerintah dulu tidak sedasyat ini
Ini semua kerja Guan Eng DAP yang anti Islam
Ini semua kerja KM Pulau Pinang yang menindas Melayu

Mungkin Hassan Ali akan kata projek begini akan menjatuhkan akidah umat Islam
Kerana nanti akan ada orang Melayu Islam Pulau Pinang yang taksub dengan Guan Eng
Hahaha!!!

P/s: Bila negeri Pahang, Melaka, Johor dan lain-lain negeri nak buat projek camni?
Najib umum bajet berbilion ringgit
Takkan projek camni pun tak mampu nak buat?

Saturday, 6 October 2012

Bila Ahli Umno Sudah Berani, Baju Umno Pun Dibakar!


Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi. 

Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka. 

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan. 

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang. 

Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.


Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib. 


“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri” 


Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut. 

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit. 

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO? 

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!".. 

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu.. 

Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! ~anaksungaiderhaka