Turun Tibai Lynas
Solidariti untuk rakyat Kuantan
Friday, 3 February 2012
Mana Perginya Mahasiswa ASPIRASI?
Inilah mahasiswa pelopor budaya ampu sana ampu sini.
Ini alumni mahasiswa bukan mahasiswa.
Hahahahahahaha
Mkini: Siswa pro-kerajaan anjur jelajah balas
Sekumpulan aktivis mahasiswa 'prokerajaan' hari ini mengumumkan akan menganjurkan program jelajah ke seluruh negara bagi membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang menurutnya dianggap suka berdemonstrasi dan huru-hara di kampus.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) Mohd Shahar Abdullah berkata, selain bertemu masyarakat di seluruh pelosok negara, pihaknya bersama 18 NGO lagi akan turut melawat 25 institut pengajian tinggi.
"Kita mahu juarai isu setempat secara terperinci dan mengangkatnya. Era 'mahasiswa menggugat' sudah berakhir.
"Kita kena kemuka isu dan mengenalpasti serta turut serta bersama masyarakat," katanya graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Katanya, fasa pertama "gerakan" mereka akan bermula dengan program turun padang pada 6 Februari selama dua minggu untuk bertemu masyarakat.
Ia seterusnya akan diikuti dengan jelajah kampus dari 26 hingga 3 Mac sebelum mengadakan program himpunan besar bersama perdana menteri pada bulan sama, tambahnya lagi.
Sepanjang program itu, mereka juga akan mendapatkan maklum balas daripada bawah untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang tarikh sebenarnya pada Mac ini belum ditentukan.
'Kita lihat penerimaannya nanti'
Aktivis dan kumpulan mahasiswa yang dianggap antikerajaan sebelum ini banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Ditanya sama program yang dinamakan “Aman Kampus” itu bertujuan membalas kelantangan kumpulan mahasiswa yang dilihat antikerajaan, Mohd Shahar berkata kumpulan itu sebenarnya tidak kuat.
“Mereka hanya monoriti kecil. Cumanya mereka pandai menggunakan media. Itu saja,” katanya yang turut menafikan mempunyai agenda politik pemerintah menjelang pilihan raya.
Malah, katanya lagi, kumpulan lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) (atas) bukan pertubuhan berdaftar seperti pihaknya.
“Mereka ini tidak berdaftar, haram. Saya pun tak faham apa yang orang suka sangat. Kami berdaftar. Bila kita masuk universiti nanti, kita lihat penerimaan (mereka pada siapa),” katanya.
Gerakan Aman Kampus yang diterajui ASPIRASI dianggotai 19 NGO, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kelab Graduan 1Malaysia, Kelab Che Det dan Majlis Gabungan NGO Malaysia.
P/s: Inilah buktinya bahawa mahasiswa ASPIRASI itu menyokong AUKU.
Mereka berpolitik dan beraktivisme selepas tamat belajar.
Masa ini mereka akan digelar mahasiswa tua.
Hahahahahahaha
Ini juga bukti bahawa tiada mahasiswa ASPIRASI yang mahu bersama dengan puak pengampu ini.
Ini juga bukti tiada mahasiswa ASPIRASI yang berani tampil menyokong Najib dan kabinetnya.
Ini juga bukti mahasiswa ASPIRASI sudah meluat dengan Rosmah!
Hahahahahahaha
Adam Adli dan kawan-kawannya itu mahasiswa dan masih belajar, bukan alumni yea.
Hahahahahahaha
Moga orang ini dapat ganti KJ. Hahahahahaha
Thursday, 2 February 2012
Mari Turun Tibai Lynas Di Kuantan!
Mari kita bersolidariti untuk penduduk Kuantan.
Mari kita bersama menentang Lynas.
Bumi Pahang bumi kita juga.
Kerana kita rakyat Malaysia.
TTL - Turun Tibai Lynas
Hahahahahahaha
Wednesday, 1 February 2012
Mari Turun Tibai Lynas Di Kuantan!
Mari kita bersolidariti untuk penduduk Kuantan.
Mari kita bersama menentang Lynas.
Bumi Pahang bumi kita juga.
Kerana kita rakyat Malaysia.
TTL - Turun Tibai Lynas
Hahahahahahaha
Selepas NFC, Mungkinkah Rossington Pula?
Siapakah pemilik syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd ini?
Apa kaitan syarikat ini dengan Umno?
Apa kaitan syarikat ini dengan projek bekalan air bersih perkampungan pendalaman Orang Asli negeri Pahang?
Sesiapa ada maklumat sila dedahkan. Hahahahahahahahaha
Sila klik link di bawah untuk lebih info tentang isu ini:
http://batutepijalan.blogspot.com/2012/02/panas-lagi-syarikat-umno-buat-hal.html
http://batutepijalan.blogspot.com/2012/02/panas-lagi-syarikat-umno-buat-hal.html
Kes Kuala Serting Telah Dilapor Ke SUHAKAM
ADUAN RASMI PADA SUHAKAM: Wakil Orang Asal dari Parlimen Bera, Sdr.Bob Manolan Mohamad menyerahkan dokumen aduan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Beliau berterima kasih kepada pihak yang membuat aduan bagi membolehkan Suhakam menjalankan peranannya.
"Banyak peruntukan yang diluluskan dengan menjual nama orang lain, tapi orang lain yang dapat untung.
"Perkara-perkara begini harus didedahkan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan janji-janji dan pengumuman kerajaan," katanya.
Turut hadir ke Suhakam pagi tadi ialah Penyelaras PR Parlimen Bera, Sdr.Mazlan Aliman dan YDP Pas Kawasan Bera, Ustaz Sulaiman Mohd. - foto Harakahdaily
Panas!!: Lagi Syarikat Umno Buat Hal Dengan Kerugian Nilai Jutaan Ringgit!
Kes lembu masih lagi belum sejuk, kini kes paip air di Pahang yang akan menyalurkan air ke perkampungan Orang Asal telah dimusnahkan. Persoalannya, siapakah pemilik syarikat Rossington Sdn. Bhd. & seorang yang bernama Haslina?
Paip-paip air dan kemudahan lain yang dipasang untuk menyalurkan air bersih ke perkampungan Orang Asal di Pahang telah dimusnahkan oleh sub-cont yang melakukan kerja pamasangan terbabit. Persoalannya kenapa mereka melakukan perkara sedemikian?
Projek ini yang memakan masa kurang lebih 2 tahun untuk disiapkan dan sebenarnya telah pun siap musnah sekelip mata hanya kerana pertikaian antara main-cont dan sub-cont yang BTJ difahamkan ia berpunca dari main-cont yang tidak membuat bayaran kepada sub-cont. Orang Asal kampung Kuala Serting hanya sempat merasa bekalan air bersih selama 4 hari sahaja sebelum paip-paip itu dirosakkan. Inilah bab kata pepatah "marahkan nyamuk kelambu dibakar". Jadi, Orang Asal yang juga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Penantian berpuluh tahun musnah sekelip mata.
Mengikut sumber dan melalui banner yang dipasang di tempat kejadian, main-cont merupakan syarikat kroni Umno dan BTJ pasti sub-cont juga adalah dari puak Umno. Projek ini dikhabarkan bernilai jutaan ringgit dan wang rakyat nilai jutaan ringgit ini lebur sekelip mata dan sudah pasti juga wang rakyat nilai jutaan ringgit diperlukan untuk membaiki paip-paip air tersebut.
Kesimpulannya, wang rakyat habis di tangan puak-puak Umno sahaja tanpa memberi manfaat kepada rakyat. Bukan lagi memberi manfaat, bahkan menyusahkan rakyat iaitu Orang Asal Kuala Serting dan kampung-kampung lain sekitarnya.
Boleh lihat gambar di bawah.
Laporan ke SUHAKAM telah dibuat pada hari ini iaitu 31 Januari 2012 oleh pihak-pihak yang prihatin. Semoga nasib Orang Asal yang teraniaya ini akan terbela.
Subscribe to:
Posts (Atom)








