Showing posts with label Stop Lynas. Show all posts
Showing posts with label Stop Lynas. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Biskut Cap Adnan Tiada Telinga Sebelah

Inilah biskut yang terbaik
BTJ belum rasa lagi
Tapi BTJ pasti sedap hingga rasa nak potong telinga Adnan sebelah lagi
Hahaha!!!


Untuk mendapatkan biskut yang terbaik dan sedap ini

P/s: Makan biskut ini masa berdemo
Mesti sedap!
Hahaha!!!



Friday, 28 December 2012

Mogok Lapar 100 Jam Demi Selamatkan Malaysia

Buat pengetahuan semua
BTJ tak ikut serta
Tapi BTJ sokong sangat-sangat
Teruskan tuntutan
Lawan tetap lawan!!!

Kepada yang ingin bersama mereka di Dataran Merdeka
Masih belum terlambat
Sangat dialu-alukan
Sila hadir ke Dataran Merdeka dan tunjukkan sokongan
Itulah solidariti!!!




Friday, 21 December 2012

Pelan Kitar Semula Lynas Meragukan - Ahli Radiologi

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas' - Mkini


Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenaipelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.

P/s: Alaaa..nadir bumi ni bukan bahaya pun
Makcik dan pakcik boleh pegang dengan tangan je
Tengok, takde kesan apa-apa pun
Tangan saya tak merah pun
Berapa banyak pun daaa
Hahaha!!!

Tak payah fikir banyak-banyak dah pasal Lynas ni
Tak payah susah-susah nak fikir
Jangan penatkan kepala otak
Lynas ini sah projek korni
Lynas ini sah menguntungkan beberapa pihak
Lynas ini sah masyuuuukk bagi seseorang
Hahaha!!!

Hanya 1 jalan nak hentikan Lynas
Apa?
Apa?
Apa?
Sila berada di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
12 Januari 2013, jam 2 petang!!!



Thursday, 20 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112: Stadium Merdeka, 12 Januari 2013, Jam 2 Petang

Disalin bulat-bulat dan sebiji-sebiji dari Blog Tukartiub: 


LAPORAN TERKINI DARI DEWAN CHINA:

jam 11 pagi ini saudara mat sabu
telah mengumumkan stadium merdeka
sebagai tempat berhimpuan pada
12 januari 2013 - hari kebangkitan rakyat




penguman ini dibuat
di dewan perhimpunan china
kuala lumpur

ditanya oleh wartawan jika tidak dapat
stadium merdeka - saudara mat sabu
telah berkata ' kita akan berhimpun disekeliling
stadium merdeka..."

ditanya lagi apakah satu juta ini akan dapat
mengisi penuh stadium?

saudara mat sabu sebagai pengarah himpunan telah menerangkan
bahawa yang tak dapat masuk akan duduk diluar stadium
yang penting satu juta turun.....'

cik gu ishak surin wakil maufakat juga berjanji
akan menggerakkanseluruh warga kota kuala lumpur
untuk bagun menumbangkan kerajaan yang sebagai satu jalan
untuk memberhentikan rampasan tanah.
rampasan tanah kampong tradisional sedang berluluasa
di kampong railway di sentul
yang berumur 150 tahun adalah contoh
jenayah keerajaan hari ini

wong tuck yang mewakili himpunan hijau
akan melancarkan gerakan jatuhkan kerajaan yang ada sekarang
dan gantikan dengan kerajaan baru
hanya dengan kerajaan baru dapat kilang lynas ditutup

wong tuck dan himpuanan hijau akan berkonvoi pada
31 disember dari kuala lumpur untuk mengepong kilang
lyanas pada malam tahun baru

konvoi berkumpul di markas tarinah pas taman melewar
wong tucuk dan himpunan hijau menjemput semua
warga untuk sama sama bertahun baru di kuantan

SABAH DAN SARAWAK
himpunan kebangktan rakyat akan diadakan:
di miri
di kuching
di kota kinabalu

wartawan juga telah diberitahu
bahawa warga malaysia
di london
di perth
di new york
di hong kong
di melbourne
akan turun sama berhimpun

ANTARA NGO YANG TURUT SAMA
samm
smm
gmi
anak
tanah
universiti bangsar utama
bersih melaka
bersih kuantan
empowwer
dema
gamis
warga aman
maufakat
himpunan hijau
oku
jerit
kase
anti-ppsmi
dewan china selangor
selamatkan jalan sultan
abu

NOTA:
radio bangsar utama
ialah radio resmi hari kebangkitan rakyat


Thursday, 13 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Ayuh semua
Sejuta rakyat turun ke jalan
Memorandom dan segala macam dah tak berguna
Kita ke jalan raya sebelum pilihan raya
Mohon sebarkan!



Wednesday, 28 November 2012

Bina Kem Blockade Anti Lynas Di Balok, Himpunan Hijau Terus Mara

Dari facebook page: Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari

KENYATAAN MEDIA HIMPUNAN HIJAU
28 November 2012

21 November 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi negara kita. Sempena rakyat berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka untuk mempertahankan hak kehidupan mereka, Lynas yang bersekongkol dengan pihak berkuasa telah mengancam tanah air kita. Pada lewat malam yang penuh dengan kerahsiaan itu, mereka telah membawa masuk lebih 100 kontena yang mengandungi bahan mentah ke Malaysia. Yang betul-betul menyakitkan hati rakyat adalah agensi kerajaan seperti pihak pelabuhan, kastam dan polis telah melanggar semua prosedur operasi biasa dengan memudahkan pengimportan bahan-bahan toksik ini ke tanah air kita.

Rakyat yang bertanggungjawab tidak akan bertoleransi dengan gejala yang mengancam kedaulatan dan maruah kita seperti ini.

Perbuatan sebegini jelas menunjukkan salahlaku secara konsisten oleh korporat asing bernama Lynas ini. Syarikat tersebut memasuki Malaysia melalui pintu belakang. Orang awam hanya mengetahui projek ini selepas liputan dibuat oleh New York Times, selepas projek pembinaan sudah hampir disiapkan.

LAMP diluluskan secara luar biasa dan melanggar semua prosedur dan peraturan biasa. Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) tidak dirangkumi dalam proses kelulusan.

Di bawah bantahan rakyat yang kuat selain sebelum mematuhi semua peraturan dan prosedur, TOL sudah dianugerah melalui cara yang meragukan. Sekarang, bahan mentah juga diimport melalui kaedah yang tidak jauh berbeza. Daripada salahlaku korporat yang konsisten ini, tidak hairan jika pembuangan sisa radioaktif juga dibuat melalui cara yang sama.

Selepas rakyat menyempurnakan perjalanan mereka pada 26 Nov 2012, jawatankuasa Himpunan Hijau telah mengadakan beberapa mesyuarat yang padat. Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mempergiatkan kempen menentang LAMP dengan mendirikan Kem Pengkalan Blockade Anti Lynas di Balok, Kuantan. Objektif utama kem pengkalan ini adalah untuk menggembeling tenaga rakyat dari seluruh Malaysia untuk mengganggu serta melumpuhkan operasi loji Lynas. Kem Pengkalan ini berperanan sebagai pusat pimpinan dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan menentang Lynas, antaranya termasuk penyebaran maklumat, pameran dan pendaftarn untuk pejuang-pejuang hijau. Kam pengkalan tersebut akan diisi oleh petugas-petugas sepenuh masa supaya dapat berfungsi secara efektif.

100 pemimpin utama yang telah berjanji akan bersama rakyat di barisan depan Blockade juga akan menggunakan kem pengkalan tersebut sebagai pusat motivasi dan rekrutan.

Kem tersebut dijangka akan didirikan pada minggu depan. Program dan maklumat lanjut akan diumumkan nanti.

Jawatankuasa Pemandu HIMPUNAN HIJAU





P/s: Bako je kilang Lynas tu

Kita bako je..bako je..





Thursday, 22 November 2012

Jadual Rombongan Jalan Kaki Anti Lynas Bagi Jumaat, Sabtu & Sabtu Ini





Himpunan Hijau
Laluan Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jumaat:
8 pagi: Bertolak dari Balai Polis Bukit Tinggi
10 pagi: Sampai di Genting Sempah
4 ptg: Sampai di Taman Rimba
Orang ramai sila bawa khemah sendiri untuk bermalam

Sabtu:
8 pagi: Bertolak dari Taman Rimba
2 ptg: Titik Perhimpunan - Gombak (Jom Datang Ramai-ramai)
3 ptg: Bertolak dari Gombak

Ahad:
8 pagi: Bertolak dari Taman Rimba ke Kampung Railway
Kita akan makan petang di Kampung Railway. Orang Ramai diminta sedia bekalan sendiri
2 ptg: Bertolak dari Kampung Railway.

Titik-titik perhimpunan:
2:00ptg - Sentul KTM Station
2:30ptg - Titiwangsa Monorail Station
3:00ptg - Maju Junction/Wisma LLG

Destinasi:
4:00ptg - Dataran Merdeka





Khabar Terkini Rombongan Jalan Kaki Anti Lynas Kuantan - Parlimen



Perkembangan Terkini Rombongan Jalan Kaki Anti Lynas Dari Kuantan Ke Bangunan Parlimen (300km) - Blog Addin


Rombongan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur (bangunan parlimen) telah mula berjalan pada 13 November 2012 sebagai membantah operasi kilang Lynas.

Mereka akan melengkapkan perjalanan sejauh kira-kira 300 km, dari Kuantan, Pahang sehingga ke Kuala Lumpur secara berjalan kaki beramai-ramai. Perjalanan ini dijangka akan berakhir di Bangunan Parlimen.

Berikut maklumat tentang perjalanan yang telah dilalui sebelum ini meredah hujan, panas sepanjang perjalanan menunjukkan soladiriti dan kesungguhan rakyat membantah operasi kilang Lynas.

13hb: Kuantan-Gambang, 30km

14hb: Gambang-SriJaya, 31km

15hb: Sri Jaya-Maran, 16km

16hb: Maran-Kg Awah, 29km

17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km

18hb: Mentakab-Lanchang, 19km

19hb: Lanchang-Karak, 25km

20hb: Karak-Bentong, 22km

21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa sanggup berjalan beratus kilometer demi membantah operasi Kilang nadir bumi Lynas, adakah Rejim Barisan Nasional akan mendengar bantahan ini?









Sumber: http://addin77.blogspot.com/2012/11/perkembangan-terkini-rombongan-jalan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29

P/s: Kepada yang berada sekitar KL
Boleh bertemu atau bersama wira-wira anti Lynas ini pada 23/24 Nov ini
Kemudian berjalan bersama mereka menuju ke Dataran Merdeka
26 Nov bersama dengan mereka untuk ke Parlimen pula
Ayuh warga KL bersama dengan gerakan Hijau Anti Lynas ini
Selamatkan Malaysia!!!


Untuk mendapatkan info terkini tentang gerakan anti Lynas, mohon "like" facebook page Pahang Don't Need "Hazardous" Project

Monday, 29 October 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3112012


Selalunya di Kuala Lumpur
Kali ini bertukar lokasi
Kita ke negeri adat
Negeri Sembilan nama diberi
Seremban lokasi ditujui
Mari kita banjiri Seremban

P/s: Kita berhimpun kasi roboh kubu UmnoBN di negeri ini!

Tuesday, 28 August 2012

Mari Semua Ke Himpunan Hijau Raub

Ini himpunan untuk menghijaukan Raub
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Pahang
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Malaysia
Mari turun ramai-ramai sokong himpunan hijau ini


P/s: Sebelum bumi Malaysia ini musnah, mari kita hijaukannya!

Tuesday, 10 July 2012

Program Menarik Sabtu Ini

Anak-anak muda pastikan kehadiran
Sabtu ini kita akan melakar sejarah
Sejarah berdemo bersama warga peneroka
Kita selamatkan Felda dari dracula Malaysia yang sudah buncit menyedut kekayaan negara



Selepas berdemo kita pergi berhibur
Ini hiburan jalanan
Tiada protokol
Tiada lagu UmnoBN
Semuanya lagu perjuangan
Semuanya lagu yang menginsafkan
Tiada lagu bodek dimainkan
Lagu terbaik akan menang
Lagu yang terbaik akan menjadi siulan
Siulan kita di jalanan



P/s: Jika warga peneroka sudah pandai berdemo, tanda-tanda UmnoBN akan tersungkur..




Wednesday, 4 July 2012

Konsert Pemuda BERSIH 3.0 & Anti Lynas Di Melaka

Rakyat Melaka sila turun ramai-ramai
Cuma diingatkan
Dalam konsert ini tiada lagu Umno dimainkan
Hahahahahahaha!!!


P/s: Seperti UmnoBN Melaka akan tumbang pada PRU 13
hahahahahahaha!!!

14 Julai Kita Turun Berdemo Bersama Warga Felda

Lagi demo diadakan untuk membuat tuntutan
Lagi demo diadakan untuk tibai UmnoBN
Demo kali ini untuk warga Felda

Ayuh rakyat Malaysia kita turun ramai-ramai
Ayuh rakyat Malaysia kita bersolidariti dengan warga Felda
Ayuh rakyat Malaysia kita penuhi jalan raya
Ayuh rakyat Malaysia terutama anak-anak muda
Ayuh tunaikan tanggungjawab sebagai kaum muda


P/s: Tidak sabar untuk menyaksikan warga Felda menibai UmnoBN
Hahahahahahaha!!!

Friday, 22 June 2012

Panduan #Occupy Balok - Gebeng 24 Jam Tolak Lynas

Perhatian kepada peserta
Perhatian kepada demonstrator






P/s: Selamat berjaya kepada semua demonstrator!
Pastikan Lynas blah dari bumi Malaysia
Biar UmnoBN dan kroni gigit jari
Hahahahahahaha!!!

Tuesday, 27 March 2012

Gempar!!!: Risiko Lynas Telah Terbongkar!

BTJ dapat info ini dari wall seorang kawan di facebook. Berikut adalah post kawan tersebut.



TERBONGKAR !! .. Lynas senaraikan RISIKO dalam Laporan Tahunan sykt itu bagi tidak mengelirukan pemegang sahamnya. Rakyat boleh ditipu, tapi tidak kepada Pemegang SAHAM LYNAS. Kenapa Pemimpin UMNO BN termasuk PM dan MB kata Lynas tiada RISIKO dan TIDAK BAHAYA kepada keselamatan penduduk?. CEO Lynas boleh tipu kerajaan Malaysia, tapi akhirnya ianya terbongkar. Mara sebarkan maklumat ini dan pastikan rakyat terus bangkit menolak projek itu. Keselamatan dan kesihatan rakyat itulah yang perlu diutamankan, bukan poket masing2 !! Terima kasih Tahir Nisa atas maklumat terbaru ini. "Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas. Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi. Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata. Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan oleh mereka dengan terperinci". 

Ini pula gambar yang tertera senarai risikonya. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar.




Tolak Lynas & Tolak Umno!
PRU 13 - Asalkan Bukan Umno!


Thursday, 8 March 2012

MB Pahang Pertaruhkan Sungai Lembing?

Dah nak buang sisa Lynas ke Sungai Lembing plak. Apa la dosa negeri Pahang dan rakyatnya ini. Dapat MB yang dah tabiat meroyan takut kalah PRU 13 agaknya.

Info (gambar) ini BTJ dapat di laman facebook milik rakan maya. Sangat terkejut dan tidak logik sebenarnya. Alam sekitar jadi taruhan untuk kesenangan segelintir golongan kapitalis dan pemimpin politik iaitu pemimpin UmnoBN.

JIka info ini benar, maka rakyat wajib memainkan tanggungjawab sebagai agen untuk membantah. Manusia perlu hidup dalam alam sekitar yang bersih dan selesa. Bukan hidup dalam sisa-sisa kilang terutama sisa yang mengandungi radioaktif.

Marilah rakyat Pahang menukar pemerintahan pada PRU 13 akan datang. Sayangilah negeri Pahang dan Malaysia ini. Undilah Pakatan Rakyat demi sebuah perubahan.



Program Melawan Yang Wajib Hadir!



Saturday, 3 March 2012

Mungkinkah Sisa Lynas Akan Di Pindahkan Ke Pekan?

Mkini: PM: Sisa Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penduduk

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Najib berkata kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak.

Perdana Menteri menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.

Isu Lynas telah dimanipulasi oleh pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi di beberapa tempat pada Ahad lepas.

P/s: Ini cadangan yang baik.

Ini cadangan yang mesti disokong.

Ini cadangan yang penyokong-penyokong UmnoBN mesti sokong bagai nak mati.

Saintis dah buktikan sisa-sisa itu selamat. Jadi memang tida masalah. Tidak merbahaya.

Pindahkan sisa itu ke Pekan!

Hahahahahahahahaha

Tak pun pindahkan ke Putrajaya!

Hahahahahahahahaha

Woit!!! Kalau tak bahaya campak je sisa tu kat tengah bandar.

Woit!!! Kalau tak bahaya boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan yang berguna.

Woit!!! Buang di belakang rumah kau camne Najib? Rosmah marah tak?

Hahahahahahahahaha

Dua Program Melawan Wajib Hadir Di Temerloh!