Monday, 4 February 2013
Ribut Landa Program My Beautiful Malaysia Di Teluk Chempedak
Saturday, 26 January 2013
Jelajah Kumpulan Kartunis Independen
Mari-mari turun bersama
Para kartunis pun tidak ketinggalan dalam agenda perubahan
Para kartunis bersama rakyat dalam melakukan perubahan
Para kartunis akan menghasut dengan lukisan
Menghasut dengan lawak dan gelak
Sebelum kerjaya sebagai kartunis diharamkan di Malaysia
Turunlah bersama mereka
Hahaha!!!
Wednesday, 28 November 2012
Bina Kem Blockade Anti Lynas Di Balok, Himpunan Hijau Terus Mara
KENYATAAN MEDIA HIMPUNAN HIJAU
28 November 2012
21 November 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi negara kita. Sempena rakyat berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka untuk mempertahankan hak kehidupan mereka, Lynas yang bersekongkol dengan pihak berkuasa telah mengancam tanah air kita. Pada lewat malam yang penuh dengan kerahsiaan itu, mereka telah membawa masuk lebih 100 kontena yang mengandungi bahan mentah ke Malaysia. Yang betul-betul menyakitkan hati rakyat adalah agensi kerajaan seperti pihak pelabuhan, kastam dan polis telah melanggar semua prosedur operasi biasa dengan memudahkan pengimportan bahan-bahan toksik ini ke tanah air kita.
Perbuatan sebegini jelas menunjukkan salahlaku secara konsisten oleh korporat asing bernama Lynas ini. Syarikat tersebut memasuki Malaysia melalui pintu belakang. Orang awam hanya mengetahui projek ini selepas liputan dibuat oleh New York Times, selepas projek pembinaan sudah hampir disiapkan.
LAMP diluluskan secara luar biasa dan melanggar semua prosedur dan peraturan biasa. Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) tidak dirangkumi dalam proses kelulusan.
Di bawah bantahan rakyat yang kuat selain sebelum mematuhi semua peraturan dan prosedur, TOL sudah dianugerah melalui cara yang meragukan. Sekarang, bahan mentah juga diimport melalui kaedah yang tidak jauh berbeza. Daripada salahlaku korporat yang konsisten ini, tidak hairan jika pembuangan sisa radioaktif juga dibuat melalui cara yang sama.
Selepas rakyat menyempurnakan perjalanan mereka pada 26 Nov 2012, jawatankuasa Himpunan Hijau telah mengadakan beberapa mesyuarat yang padat. Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mempergiatkan kempen menentang LAMP dengan mendirikan Kem Pengkalan Blockade Anti Lynas di Balok, Kuantan. Objektif utama kem pengkalan ini adalah untuk menggembeling tenaga rakyat dari seluruh Malaysia untuk mengganggu serta melumpuhkan operasi loji Lynas. Kem Pengkalan ini berperanan sebagai pusat pimpinan dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan menentang Lynas, antaranya termasuk penyebaran maklumat, pameran dan pendaftarn untuk pejuang-pejuang hijau. Kam pengkalan tersebut akan diisi oleh petugas-petugas sepenuh masa supaya dapat berfungsi secara efektif.
100 pemimpin utama yang telah berjanji akan bersama rakyat di barisan depan Blockade juga akan menggunakan kem pengkalan tersebut sebagai pusat motivasi dan rekrutan.
Kem tersebut dijangka akan didirikan pada minggu depan. Program dan maklumat lanjut akan diumumkan nanti.
Jawatankuasa Pemandu HIMPUNAN HIJAU
Kita bako je..bako je..
Wednesday, 31 October 2012
Senarai Program Melawan Wajib Hadir Hujung Minggu Ini
Monday, 15 October 2012
Sah Banner Hari Raya Haji & Halloween Di Pahang?
Sebelum ini ada sumber di alam maya yang mengatakan bahawa ia gambar yang telah diedit
Tetapi Harakah Daily tetap menggunakan gambar tersebut
BtJ melihat dengan teliti beberapa ketika dan seperti 100% tiada editing
Terpulang kepada pakar untuk menilai
P/s: Tapi sampai bila-bila pun BTJ tidak akan setuju dengan acara yang diadakan bagi menyambut Hari Raya Haji
Setahu BTJ Berjaya ini syarikat judi.
Sunday, 14 October 2012
Pihak Manakah Yang Tampil Menurunkan Banner Halloween Di Megamall Kuantan?
BTJ ingatkan Perkasa
BtJ ingatkan Pemuda / Puteri Umno
BtJ ingatkan ulama' Umno
BtJ ingatkan Geraka Belia 4B Pahang
BtJ ingatkan Hassan NGO JATI
BtJ ingatkan Nasharudin
BTJ ingatkan Zul Nordin
Rupa-rupanya Solidariti Anak Muda Malaysia Pahang
P/s:Kecewa betul BTJ kerana pihak yang menurunkan banner halloween tersebut tidak tersenarai dalam pihak yang BTJ ingatkan!
Saturday, 13 October 2012
Hari Raya Haji & Halloween Disambut Bersama Di Pahang?
Mana pergi Hassan JATI?
Mana pergi Jaringan Melayu Malaysia?
Mana pergi Zul Nordin?
Mana pergi Nasharudin?
P/s: Pahang ni diperintah DAP ke? Tapi kenapa pemimpin Umno Pahang yang jadi MB?
Friday, 5 October 2012
Wednesday, 19 September 2012
Gempar!!!: Negeri Kubu Kuat Umno Juga Mengalami Krisis Air Yang Teruk!
Friday, 27 July 2012
Mari Menyumbang Di Program Amal Ini
Program amal sebegini sangat baik dilakukan
Mohon kepada seluruh rakyat Malaysia di luar sana tidak kira siapa
Marilah membuat sumbangan
Sumbangan hari adalah untuk masa depan
P/s: BTJ mohon kepada semua supaya memanjangkan hebahan ini. Terima kasih.
Friday, 22 June 2012
Panduan #Occupy Balok - Gebeng 24 Jam Tolak Lynas
Perhatian kepada demonstrator
P/s: Selamat berjaya kepada semua demonstrator!
Pastikan Lynas blah dari bumi Malaysia
Biar UmnoBN dan kroni gigit jari
Hahahahahahaha!!!
Wednesday, 20 June 2012
Monday, 18 June 2012
Mari #Occupy 24 Jam Tolak Lynas Di Balok
Ada pakar yang mengatakan Lynas ini 100% selamat
Temuramah dengan pakar ini disiarkan oleh buletin utama tv3
Sila ingat siapa pakar ini
Jika apa-apa terjadi
Kita cari pakar ini
Saturday, 3 March 2012
Mungkinkah Sisa Lynas Akan Di Pindahkan Ke Pekan?
Monday, 27 February 2012
Gambar: Sekitar Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan
Menumpang tidur di rumah seorang kawan telah menjimatkan belanja kami di sana. Terima kasih kepada kawan tersebut. Rumah beliau telah menjadi pusat untuk tidur bagi komrad-komrad yang akan turun di Himpunan Hijau 2.0.
Tidak sangka sambutan bagi himpunan ini begitu baik hingga ribuan manusia memenuhi padang. Pelbagai bentuk protes ditunjukkan oleh mereka yang hadir iaitu dari banner hinggalah sketsa. Semuanya begitu dan tambah menarik lagi semua ini adalah hasil inisiatif sendirian berhad atau secara berkumpulan.
Ramai juga pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat yang hadir dan tidak kurang juga wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia. Semuanya begitu bersemangat walaupun cuaca pada mulanya panas terik dan syukur masa dipertengahan program himpunan, awan mendung melindungi peserta dari hangat cahaya matahari.
Himpunan dikawal ketat juga oleh pihak berkuasa dan ucapan terima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program himpunan berlangsung. Tiada provokasi atau perkara yang tidak diingini berlaku. Himpunan Hijau 2.0 tamat sekitar jam 11.30 iaitu agak awal dari masa yang ditetapkan.
Sampai di sini BTJ mencoret. Silalah melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar itu bisa membawa seribu cerita.
Saturday, 18 February 2012
Monday, 6 February 2012
Mari Turun Kuantan 26 Februari
Turun Kuantan bukan pergi melancong.
Ini bukan promosi pelancongan.
Bukan promosi cuti-cuti Malaysia.
Bukan promosi Ng Yen Yen.
Hahahahahahahaha
Kita TTL
Turun Tibai Lynas












































