Wednesday, 4 April 2012

Lelong! Lelong! Lelong!

Lelong! Lelong! Lelong!

Harga buka RM5. Barang ini bakal menjadi barang antik atau klasik dalam tempoh kurang 1 tahun. Pelaburan yang sangat baik untuk jangka panjang atau jangka pendek.

Kepada yang berminat boleh mula membida sekarang. Bida jangan tidak bida.

Hahahahahaha!!!

Tuesday, 3 April 2012

Program Mahasiswa Melawan Malam Ini Di UPM

Pastikan kehadiran anda malam ini!
Mahasiswa dan anak-anak muda akan bangkit dalam PRU 13 yangt bakal tiba ini!



Hebahan: Program Melawan 14 April Ini Di Dataran Merdeka

Kepada mahasiswa yang sedang menanggung hutang PTPTN anda wajib ikut serta!

Kepada mahasiswa yang bakal menanggung hutang PTPTN anda juga wajib ikut serta!

Kepada ibu bapa yang menanggung hutang PTPTN anak-anak juga wajib ikut serta!

Kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat dan jiran-jiran si penanggung hutang PTPTN wajib sama ikut serta!

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan PTPTN tidak ada pengecualian dan anda semua wajib ikut serta!


Monday, 2 April 2012

Kempen Cara Baru Barisan Nasional

Ini memang cara kempen yang terbaik.
Ini memang cara kempen yang pasti PAS tidak akan lakukan.
Hahahahahahahaha!!!

Kesimpulannya, inilah standard bendera Barisan Nasional.
Jadi pagar untuk judi sabung ayam je!
Hahahahahahahaha!!!


Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=333687010012190&set=a.105095766204650.3006.100001126813038&type=1&theater

Berita Baik Buat Rakyat Negeri Pahang

Mkini: Gabungan tukar MB Pahang ditubuhkan

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

P/s: Ya, ini memang berita yang sangat baik.

Ya, ini memang berita yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Pahang.

Pahang bakal mendapat MB baru!

Hahahahahahahahahaha!!!

Rakyat Pahang boleh buat kenduri di masjid 7 hari 7 malam untuk raikan berita ini.

Hahahahahahahahahaha!!!

Gabungan seperti ini wajib disokong oleh segenap lapisan masyarakat.

Buktikan bahawa rakyat sudah meluat dengan MB sekarang.

Meluat dengan MB sekarang yang pandai mencarut dan berhutang je.

Hahahahahahahahahaha!!!

Akhir kata buat Tok Nan!

















Mamat Ini Juga Wajib Ditukar!




















Pastikan Kehadiran 4 April Ini!


Hebahan: Program Mahasiswa Melawan Di UPM

Ayuh pastikan kehadiran mahasiswa/i seluruh Malaysia ke program ini.
Anak-anak muda di luar sana juga diwajibkan hadir!
Mahasiswa dan anak-anak muda bakal membawa perubahan!
Negara ini akhirnya menjadi milik kamu semua!
PRU 13 Di Manakah Mahasiswa?
Jawapannya ada di program ini!



Sunday, 1 April 2012

Bendera PAS VS Bendera BN


Kejadian ini berlaku di Pekan iaitu kawasan PM Najib.
Ini namanya perang bendera.
BTJ tidak suka sangat kempen cara perang bendera ini.
Hahahahahahaha!!!
Kenapa?
Sebab banyak habiskan wang.
Lebih baik bagi wang peruntukan untuk bendera itu kepada BTJ.
Hahahahahahaha!!!

Dalam gambar ini pihak BN main taktik kotor.
Tapi guna taktik kotor belum tentu menang.
Hahahahahahaha!!!

Berikut adalah kronologi kejadian ini.

KRONOLOGI BENDERA PAS Vs BN DI PARLIMEN PEKAN

A - Bendera PAS dinaikkan pada 25hb Mac 2012 di sebatang pokok di bandar Pekan.

B - Barisan Nasional menaikkan bendera di sebatang pokok di depan pejabat Majlis Daerah Pekan pada 27hb Mac 2012.

C - Sebuah Crane dibawa untuk menurunkan bendera PAS ada 30 Mac 2012.

D - Bendera PAS diturunkan oleh pekerja MDP menggunakan crane yang disewa.

E - Bendera Barisan Nasional dikekalkan walaupun bendera tersebut betul-betul didepan pejabat MDP.

F - Demi keadilan, bendera PAS dinaikkan disebelah bendera BN di pokok yang sama depan pejabat MDP 31 Mac 2012.




Sumber gambar dan kronologi: