Monday 2 April 2012

Berita Baik Buat Rakyat Negeri Pahang

Mkini: Gabungan tukar MB Pahang ditubuhkan

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

P/s: Ya, ini memang berita yang sangat baik.

Ya, ini memang berita yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Pahang.

Pahang bakal mendapat MB baru!

Hahahahahahahahahaha!!!

Rakyat Pahang boleh buat kenduri di masjid 7 hari 7 malam untuk raikan berita ini.

Hahahahahahahahahaha!!!

Gabungan seperti ini wajib disokong oleh segenap lapisan masyarakat.

Buktikan bahawa rakyat sudah meluat dengan MB sekarang.

Meluat dengan MB sekarang yang pandai mencarut dan berhutang je.

Hahahahahahahahahaha!!!

Akhir kata buat Tok Nan!

















Mamat Ini Juga Wajib Ditukar!




















Pastikan Kehadiran 4 April Ini!


No comments: