Tuesday 7 February 2012

BR1M: Rakyat Malu Untuk Terima Atau YB UmnoBN Patut Malu Untuk Serah?

Sinaran Hairan: Malu tapi mahu terima BR1M

TELUK BAHANG - Malu tapi mahu. Itu yang boleh digambarkan sikap segelintir ahli pembangkang yang enggan bersalam dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika mengambil Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan wang bantuan persekolahan RM100.

Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata,ketika menyampaikan BR1M baru-baru ini terdapat beberapa individu yang sebelum ini lantang mengkritik dan menghentam kerajaan dan BN hadir bagi menerima bantuan.

Hilmi berkata, apa yang dikesalkan ialah ada antara mereka tidak mahu bersalam dengannya ketika menerima bantuan itu. 

"Mereka ini bila naik atas pentas, tangan kanan disembunyikan di belakang (badan), tidak mahu salam dengan saya tapi tangan kiri ambil.

“Mungkin berasa malu kerana selama ini mereka suka mengkritik segala bentuk bantuan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan baucer BR1M fasa ketiga di sini semalam.

Seramai 922 penduduk dari kawasan Dun Teluk Bahang menerima bantuan itu.

Hilmi yang juga Ketua Penerangan BN Pulau Pinang berkata, perasaan itu timbul kerana mereka sebelum ini tidak yakin BN akan memberi kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik.

Sementara itu, BN negeri kini giat mengadakan program -penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan sasar bagi menangani isu semasa yang sering diputar-belit oleh pembangkang, .

Beliau berkata, selain risalah dan ceramah, media baru digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh.

P/s: YB Teluk Bahang ini tidak faham. Bagaimana orang macam ni boleh jadi YB? Hahahaha

Itu tandanya mereka yang menerima RM500 tu memang tidak sokong kau!!

Lebih tepat tidak sokong UmnoBN!

Mereka cuma ikut saranan Nik Aziz untuk terima tapi pangkah PAS! Hahahahaha

Lagi satu, YB Teluk Bahang dan YB BN yang lain patut malu sebab perasan ingat wang BR1M tu wang UmnoBN!

Woit!! Itu wang rakyat! Wang Pembayar cukai! Wang kerajaan Malaysia! Ada faham?

Bukan Wang Najib atau Rosmah!

Rosmah ada wang tabungan sendiri!

Hahahahahahaha

Mari Turun Tibai Lynas

No comments: