Thursday 16 February 2012

Universiti Curtin Tidak Perlu Minta Maaf Kerana Rosmah Memang Wanita Pertama

Mkini: Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama


Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.


Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".

"Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

“Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.

P/s: Universiti Curtin ni dikatakan telah lama di Malaysia tetapi masih tak tahu siapa wanita pertama. Pelik betul BTJ.

Nasib baik Universiti Curtin tak iktiraf bini KM Sarawak sebagai wanita pertama. Hahahahahaha

Lagipun memang universiti ni patut minta maaf. Jika tak minta maaf, Rosmah pun akan marah. Pencacai dan pengampu semua akan marah sebab mama mereka diiktiraf sebegitu.

Lepas ni gelar Rosmah ni "First Lady Of Shopping", pasti takde orang akan marah atau ada pihak akan tersinggung. Bukan "First Lady Of Malaysia". Hahahahahaha

Inilah pengiktirafan yang Rosmah telah dapat. "Wanita Pertama Dalam Membeli-belah". Sebab tu Universiti Curtin tak perlu minta maaf. Hahahahahaha

Rosmah pun suka dengan gelaran FLOS! Hahahahahaha

Satu dunia dah kenal Rosmah sebagai FLOS! Hahahahahaha

Satu dunia juga dah tahu Rosmah sebagai FLOS! Hahahahahaha

Mari Turun Kuantan 26 Februari. Rosmah Tidak Turun Sebab Ini Bukan Program Untuk Bershopping. Hahahahahaha




No comments: