Sunday 25 March 2012

Ada Juga Masjid Yang Melarang Orang Membaca Di Dalamnya. Hahaha

Baru-baru ini BTJ ronda-ronda dengan seorang kawan di KL. Kawan masa belajar di universiti dulu. Boleh juga dikatakan sebagai reunion walaupun hanya berdua. Hahaha.

Sampai masa azan Maghrib berkumandang, kami mendapatkan masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. Masjid itu sudah agak biasa bagi kawan BTJ tetapi belum biasa bagi BTJ. Selama ini hanya lalu dan melihat dari luar sahaja.

Usai solat berjemaah, kami pun keluar dari masjid ini. Ada program ilmu tetapi hati tidak tertarik pula untuk mendengar.

Ada papan peringatan yang agak menarik di masjid ini. Kawan BTJ juga tergelak melihatnya.

Tidak sangka ada larangan untuk membaca di dalam masjid. Kata kawan BTJ, ini adalah teknik-teknik membodohkan orang Melayu dan Islam. BTJ bersetuju.

Sebagai bukti BTJ sempat merakam gambarnya.

1 comment:

melayu rempit said...

ajk masjid kampung baru mungkin bangang agaknya, kalau tak pun bingai.... hahaha...