Tuesday 27 March 2012

Masihkah Jalanraya Pilihan Anak Muda?

Malam tadi iaitu pada jam 9 malam, Isnin 26 Mac 2012 telah berlangsung sembang santai atau boleh juga dikatakan forum santai yang bertempat di Nuin Cafe Bandar Baru Bangi. Kehadiran anak-anak muda mahasiswa agak kurang. Mungkin publisiti tidak cukup meluas dilakukan.

Panel yang hadir terdiri daripada 3 orang iaitu Fahmi Redza ( aktivis anak muda), Bro Shake (Free Public Forum) dan Adam Adli (aktivis mahasiswa). Ketiga panel ini begitu santai dalam berdiskusi dan memberi respon dalam isu anak muda, demonstrasi, pilihanraya dan juga jalanraya.

Secara mudahnya BTJ simpulkan bahawa ketiga-ketiga panel bersetuju dengan pilihan ke jalanraya dan juga menyatakan bahawa demonstrasi jalanraya masih relevan selagi ada segolongan masyarakat yang tertindas mahupun teraniaya.

Komen BTJ pula, pilihan ke jalanraya ini merupakan satu pilihan yang terbaik bagi segolongan minoriti yang tertindas bagi menyatakan rasa protes mereka. Jika saluran yang formal disediakan tetapi tidak memberi apa-apa kesan, maka jalanraya adalah pilihan yang terbaik. Ini juga ditegaskan oleh Fahmi Redza.

Bagi BTJ, mahasiswa dan anak-anak muda sekarang dilihat sangat sedikit yang menunjukan sifat-sifat aktivisme. Tidak mahu ditunjukan atau mereka ini tiada sifat tersebut. Dalam soal ke jalanraya ini, budaya aktivisme itu sangat penting. Turun ke jalanraya sebagai seorang aktivisme. Itu prinsip yang sepatutnya dipegang golongan anak muda dan mahasiswa ini.

Sampai di sini sahaja BTJ mengulas. Selebihnya adalah gambar yang sempat BTJ rakamkan malam tadi. Walaubagaimanapun, program sangat sempoi dan BTJ seronok menyertainya. BTJ akan terus menyokong program sebegini dan moga akan diadakan selalu.






Sekian.


No comments: