Thursday 22 March 2012

Ini Pemimpin Umno Yang Bakal Mengganti Najib

Mkini: Saifuddin - MP pertama terima ikrar integriti p'raya 

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi ahli parlimen pertama yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya yang dilancarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), Sabtu lalu.

Ikrar tersebut bertujuan untuk meyakinkan calon membuat komitmen terhadap integriti dan urus tadbir yang baik.

Presiden TI-M Datuk Paul Low berkata, Saifuddin yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri pengajian tinggi, akan menandatangani dokumen ikrar itu di bangunan Parlimen esok.

"Sebelum kita lancarkan inisiatif ini, kami tidak mengajak mana-mana ahli politik kerana kami tidak mahu dilihat sebagai berat sebelah.

"Saifuddin (kiri) ialah orang pertama yang memberi maklum balas. Dia menegaskan kepada saya pada pagi Ahad dan mengatakan beliau bersedia untuk menandatangani ikrar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


P/s: Pemimpin Umno dari Temerloh ini ada ketokohan lebih dari Najib.

Sama negeri dengan Najib tapi dia lebih cerdik.

Sila lantik beliau ini sebagai Presiden ganti Najib.

Baru Umno akan berubah.

Najib biar duduk rumah jadi suri rumahtangga sahaja, Rosmah plak yang berpolitik.

Hahahahahahahahaha!!!

Dengar khabar pemimpin Umno dari Temerloh ini tidak akan bertanding lagi.

Kepada ahli-ahli Umno di luar sana sila pastikan beliau ini kekal bertanding jika mahu Umno berubah dan maju.

Pemimpin flip flop hanya jadikan Umno flip flop.

Hahahahahahahahaha!!!

Mungkin MP Temerloh Ini Juga Akan Hadir Ke Program Ini!

No comments: