Monday 26 March 2012

Inikah Rupa YB Melaka Yang Ditahan Di Pusat Hiburan Itu?

Baru-baru ini ada kisah yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian iaitu berita mengenai seorang YB di Melaka antara 27 yang diperiksa ketika serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. Berita mengenainya boleh di baca di post ini.


Melalui blog ini pula, gambar YB tersebut telah didedahkan dengan jelas sekali. Melihat dari gambar yang didedahkan ini, YB tersebut seperti dari parti Umno kerana melihat pada rupanya yang segak bersongkok.


Jika benar ini YB yang dimaksudkan dalam akhbar Sinar Harian itu, jadi YB Umno juga ada yang terlibat dengan tabiat seperti ini. Ya, Umno dan hiburan memang tidak dapat dipisahkan. Bolehkah BTJ kata begitu? Anda jawablah soalan ini dengan jujur.


Inilah gambar YB tersebut. 



Saya tidak mahu menyatakan namanya di sini. Nanti terlalu aib pula kerana orang ini mempunyai nama yang bercirikan Melayu dan Islam. Tambah lagi orang ini baru sahaja dilantik oleh Ali Rustam sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka.

Jika anda bersetuju dengan apa yang YB ini lakukan, anda boleh terus undi Umno iaitu bermakna anda mengundi untuk dangdut dan hiburan. Jika tidak bersetuju, silalah undi selain UmnoBN atau kata yang lebih mudah, ABU!

No comments: