Thursday, 6 December 2012

Israel Antara Negara Dahului Malaysia Dalam Indeks Persepsi Rasuah 2012

Malaysia negara ke 54 dengan skor 49 bukanlah satu pencapaian yang baik. Melihat pada pelan transformasi, NKRA dan pelbagai lagi, adakah semua dasar kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ini telah benar-benar berjaya? Ya, anda semua akan mengatakan ia berjaya jika membaca Utusan dan menonton Buletin Utama TV3.


Bagi BTJ, kita patut rasa malu dengan negara penjenayah perang ini. Mungkin negara ini (Israel) sangat buruk dipandangan mata kita sebagai orang muslim tetapi dari sudut rasuah, negara ini jauh di hadapan kita (Malaysia). Mengapa boleh jadi begini sedangkan mereka (Israel) bukan beragama Islam dan sedangkan Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan bukan itu sahaja, pemimpin negara ini juga sangat bangga dengan "Islam Sunnah Wal Jamaah Al Wasatiyyah" nya. Tidak kurang dengan itu, Malaysia juga mempunyai ramai Ketua Agama Islam dan organisasi berteraskan Islam yang ditubuhkan kerajaan. Apakah fungsi semua ini dalam membanteras dan mencegah rasuah?


Jika kita lihat dalam gambar di atas, bukan Israel sahaja tetapi Taiwan, Korea Selatan dan Brunei juga berada di hadapan Malaysia. Korea yang suatu ketika dahulu bersaing rapat dengan Malaysia dari segi pembangunan, kini mendahului Malaysia bukan sahaja dari sudut pembangunan, tetapi juga indeks rasuahnya. Pemimpin Malaysia yang dari dulu hingga kini adalah dari UmnoBN patut sedar dan malu dengan prestasi hambar ini. Tambah lagi baru-baru ini Rais Yatim mahu rakyat melupakan keinginan untuk menukar kerajaan. Jika anda semua melihat keadaan indeks rasuah yang kurang baik ini, adakah saranan Rais Yatim ini boleh diterimapakai bagi menghadapi PRU 13 yang bakal semakin menghampiri?

Benar, kita menukar pemimpin kerajaan belum tentu dapat mengubah indeks persepsi rasuah ini. Cuma ia adalah satu ikhtiar yang rakyat ada untuk melihat negara Malaysia ini terus maju dengan kadar rasuah yang kurang ataupun mungkin sifar. Percayalah, kita tidak akan rugi apa-apa pun jika melakukan perubahan. Kita akan lagi rugu jika kita kekal dengan keadaan sekarang sedangkan kita sudah jelas dan tahu keadaan sekarang adalah sangat buruk.

-BTJ-

Sumber: http://www.transparency.org/cpi2012/results#myAnchor1




No comments: