Friday, 14 December 2012

Satu Juta Rakyat Malaysia Pamer Aksi Terbaik Untuk #KL112

Shabery: 'Harimau Malaya pamer aksi terbaik' - Sinar Harian



MESKIPUN gagal untuk melayakkan tempat ke final Piala AFF Suzuki 2012, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak menganggap keputusan itu titik akhir buat skuad kebangsaan, sebaliknya menyifatkan perjuangan Malaysia masih belum berakhir.

Berpuas hati dengan corak yang dipamerkan pemain, Shabery berkata, pujian harus diberikan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal kerana memperlihatkan semangat juang yang tinggi dalam pertemuan itu.

"Saya ucapkan tahniah buat pemain negara kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi.

"Mereka telah melakukan yang terbaik, dan kita kena akui tahap permainan yang dipamerkan pemain Thailand sangat tinggi.

"Apa-apa pun, kita harus berpuas hati dan berbangga dengan perjuangan yang ditunjukkan pemain, dan kita kena ingat kalah pada hari ini tidak semestinya perjuangan negara telah berakhir," kata Shabery ketika ditemui di arena Sekinchan Ikan Bakar, Kuala Lumpur yang turut menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand, malam tadi.

Misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala AFF Suzuki berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan kekalahan ini, jurulatih kebangsaan, Rajagobal patut diundurkan diri, Shabery bagaimanapun menjelaskan pihak menteri tidak mempunyai hak menentukan keputusan tersebut.

Sebaliknya, beliau menyerahkan segala urusan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya.

"Bagi urusan ini bukan tugas menteri, ini semua ditentukan oleh FAM.

"Jadi, saya tidak menentukannya dan menyerahkan urusan ini kepada pihak FAM," jelasnya lagi yang melahirkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan yang ditunjukkan pengadil Korea.

P/s: BTJ tak faham dengan term "Harimau Malaya pamer aksi menarik" yang digunakan Menteri Belia dan Sukan ni
Apa aksi yang terbaiknya?
Babak mana aksi terbaik yang dimaksudkan?
Pemain yang mana pamer aksi terbaik tu?
Siapa boleh bagitahu BTJ?
Tolonglaaaahhhhhhh
Hahaha!!!

Berlapik sungguh Menteri Belia dan Sukan bagi komen tentang kekalahan pasukan Malaysia
Bolehkah kita bersikap jujur?
Katakan yang benar walaupun ia pahit
Pemain Malaysia mesti boleh terima
Cuma dua "Raja" dalam FAM je yang tak boleh terima
Hahaha!!!

No comments: