Friday 21 December 2012

Pelan Kitar Semula Lynas Meragukan - Ahli Radiologi

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas' - Mkini


Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenaipelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.

P/s: Alaaa..nadir bumi ni bukan bahaya pun
Makcik dan pakcik boleh pegang dengan tangan je
Tengok, takde kesan apa-apa pun
Tangan saya tak merah pun
Berapa banyak pun daaa
Hahaha!!!

Tak payah fikir banyak-banyak dah pasal Lynas ni
Tak payah susah-susah nak fikir
Jangan penatkan kepala otak
Lynas ini sah projek korni
Lynas ini sah menguntungkan beberapa pihak
Lynas ini sah masyuuuukk bagi seseorang
Hahaha!!!

Hanya 1 jalan nak hentikan Lynas
Apa?
Apa?
Apa?
Sila berada di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
12 Januari 2013, jam 2 petang!!!



No comments: