Tuesday, 4 December 2012

Sabotaj Calon Perkara Biasa Dalam Umno

Penganalisis: Cegah sabotaj, pilih calon layak - Sinar Harian

SHAH ALAM - Antara cara terbaik untuk mencegah budaya sabotaj dalam parti adalah tidak memilih calon secara bidan terjun.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, kebanyakan sabotaj disebabkan rasa tidak puas hati dari orang tidak terpilih, walaupun selama ini dia rasa mempunyai kelayakan, bekerja keras dan banyak berkorban demi parti.

“Parti perlu membuat pilihan terbaik dengan mengutamakan mereka yang banyak berjuang untuk parti.

“Semangat setia kawan haruslah dipupuk. Ia perlu disemai daripada akar umbi. Jentera parti perlu diperkasakan dengan nilai pendidikan melalui ceramah dan bengkel tentang dasar dan perjuangan teras dan sejarah penubuhan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, perlu ada sistem ganjaran untuk mereka yang tidak terpilih sebagai calon.

“Umno juga tidak boleh ketepikan mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi calon, tetapi tidak terpilih.

“Mereka perlu diberikan peranan dalam jentera pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, ahli yang melakukan sabotaj perlu dikenakan tindakan disiplin.

Kelmarin, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, BN akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika ahli-ahli tidak sabotaj parti.


Usaha sabotaj Umno dikesan - Sinar Harian

SEREMBAN – Usaha melakukan sabotaj parti dalam kalangan ahli Umno di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah itu.

Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008 lalu.

Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula ‘berputik’ di Negeri Sembilan.

“2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dun disebabkan faktor sabotaj.

“Ketika ini, di Negeri Sembilan ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.

“Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.

“Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .

“Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Paling penting, jangan kita biarkan ‘putik’ itu berbunga,” katanya.

P/s: Dalam Umno memang banyak sabotaj
Dalam mana-mana parti mungkin sahaja berlaku
Cuma dalam Umno ni sudah agak berakar
Hahaha!!!

Bila tak dicalonkan maka akan berlaku sabotaj
Mana ada ahli Umno setia pada parti
semuanya setia pada wang ringgit
Semuanya setia pada harata benda
Hahaha!!!

Dalam Umno ada ke calon yang layak
Demo untuk melawan PAS
Mungkin sahaja akan ramai lah muka-muka ulama' muda yang dicalonkan
Takkan Ketua Bahagian dan kroninya akan redha buat tak tahu je
Hahaha!!!

Rakyat dah nampak perkara ini akan berlaku
Tak percaya tunggu PRU 13 diumumkan
Sebab tu Najib tak berani bubar kabinet dan umum tarikh pilihanraya
Sebab takut bayangan jadi realiti
Hahaha!!!



No comments: