Friday 9 December 2011

Nasib Seorang Ahli Akademik Malaysia: Perginya Tiada Ganti

Sinaran Hairan: Aziz tinggalkan UIAM

DUNGUN – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.
Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.

Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.

“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.

Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.

P/s: Tahniah UmnoBN!

Tahniah UmnoBN!

Tahniah UmnoBN!

Akhirnya berjaya menyingkirkan seorang pakar dan ilmuan yang penting bagi melahirkan generasi muda mahasiswa/i yang hebat.

Tahniah UmnoBN!

Tahniah UmnoBN!

Tahniah UmnoBN!

Akhirnya berjaya memalukan alam akedemik negara dengan politik bodoh UmnoBN!

Kepada Aziz Bari, teruskan menyalurkan ilmu dan percambahan fikiran agar generasi Malaysia akan datang akan menjadi generasi yang berilmu dan celik akal fikiran.

Tolak UmnoBN di PRU-13!


No comments: