Tuesday 6 December 2011

MB Selangor Baru Sedar Sungai Selangor Keruh?

Mkini: Kekerohan Sg S'gor: K'jaan negeri lantik pakar asing

Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding antarabangsa bagi menyiasat punca kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor sejak pagi semalam.

Dalam satu kenyataan akhbar, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, beliau telah mengarahkan pengawal selia air negeri serta juruaudit operasi dari perunding antarabangsa Halcrow untuk memeriksa empat loji rawatan.

Loji yang terlibat adalah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

“Satu laporan juga akan disediakan untuk dibentangkan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri, Rabu ini.

“Lembaga Urusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan penuh tentang kejadian ini serta mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang,” kata Abdul Khalid.

Pada masa yang sama, katanya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu membuat persediaan yang secukupnya sekiranya berlakunya gangguan bekalan air dan menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat menggunakan air.

“Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga menyebabkan pencemaran ini berlaku,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok Kuala Selangor berterusan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som dipetik berkata kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan, yang membekalkan 60 peratus bekalan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi semalam.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) pagi tsemalam berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya.

P/s: Dah berapa tahun memerintah baru tahu air sungai Selangor keruh ke?

Dah berapa tahun memerintah baru sedar sungai Selangor tecemar?

Keruh luar biasa atau tak luar biasa itu sama je! Air tetap keruh!

Tapi BTJ puji sebab ada inisiaitif! Cuma agak makan masa ye Khalid? Mungkin tak berapa nampak sebab rabun kan?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Buat perhatian, sungai ini keruh bukan sebab PR memerintah Selangor, tetapi semenjak UMNOBN memerintah puluhan tahun dah memang keruh!

Sungai Pahang pun dah keruh, MB Tok Nan ada kisah? Ada nak lantik pakar dari luar? Sibuk dengan Lynas je! Mungkin Lynas boleh menjernihkan air sungai Pahang kot? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Cintakan Alam Sekitar!



1 comment:

Anonymous said...

MB selangor bukan tak dan tengok tapi malas nak tengok lepas handle banyak sangat ketirisan masa mb lama pengang negeri.hahahaha
Isu air keroh ni pun bahana dari khir toyo dulu...
Baguih betoi ha,berak lepas tu orang tolong cuci.
Ni PR nak tukar gi duk Putrajaya tahun depan bersiap sedia la banyak tahi2 busuk nak dicuci

-insan teruntung-