Thursday 15 December 2011

Cabar Bil Perhimpunan Di Jalan Raya

Mkini: Mahkamah tak benar PAS cabar bil perhimpunan

Permohonan PAS mendapatkan kebenaran bagi mencabar dan menghentikan Akta Perhimpunan Aman ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, sekurang-kurangan dua daripada pemohon merupakan anggota parlimen dan berpeluang luas membincangkan dan menentangnya daripada diluluskan dalam dewan daripada menyalahguna proses mahkamah bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata, permohonan itu pramatang kerana akta itu masih belum menjadi undang-undang; dan sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahihannya masih boleh dicabar di mahkamah.

Percubaan oleh mahkamah untuk membetulkan atau memutuskan mengenai perkara itu akan mengganggu proses undang-undang parlimen dan melanggar doktrin pengasingan kuasa, tambah Rohana.

Hakim mengarahkah kos RM8,000 dibayar kepada kerajaan.

PAS pada 2 Disember lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad (atas, berbaju putih) Sabu dan dua anggota parlimennya, mereka antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan/atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai). Mereka diwakili peguam PAS Hanipa Maidin.

P/s: Ya, BTJ setuju bahawa negara kita punya doktrin pengasingan kuasa, tetapi hakikat sebenarnya ia tidak dipraktikkan sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia!

Tidak percaya boleh tanya mana-mana peguam atau pengamal undang-undang, mereka pasti tahu kecuali yang tahu tetapi tidak jujur dengan ilmunya!

Jadi, bagi BTJ hanya ada 1 cara iaitu turun ke jalan! Ini adalah doktrin yang tidak terasing oleh mana-mana rakyat. 

Jalan raya adalah milik semua rakyat. Pengguna kenderaan sudah tentu membayar cukai jalan dan sudah pasti si pembayar cukai punya hak mutlak untuk menggunakan jalan raya!

Jalan raya adalah hak awam, ia sama sekali bukan milik mana-mana pihak!

Tidak payah tuntut di mahkamah, mari kita tuntut di jalan raya!

Ayuh anak-anak muda dan sekalian masyarakat, jalan raya milik kita!

Mari Sokong! Malam Ini Turun Ramai-ramai!


Kita Ramai-ramai Tolak Ini!


No comments: